Saturday, May 7, 2011

Mee Goreng Sempoi Che CT




Assalamulaikum... terlebih dahulu CT mohon maaf sebab belum berkesempatan nak balas semua komen2 dari teman2. Dan CT ucapkan ribuan terima kasih banyak2 yang tak terhingga pada yang memberi ucapan tahniah untuk Dari Dapur CT yang sudah berhijrah ke www.sitidelima.com. Rasa terharu juga atas sokongan dari My laling CM yang banyak memberi sokongan padu pada CT selama ini dalam blog masak2 ni. Terima kasih pada My laling CM. Alhamdulillah, dah lama juga CT ingin punyai domain sendiri. Sekarang dah tertunai hasrat dihati... syukur sangat2. Dan untuk teman2 CT semua, bila dah senang2 nanti , InsyaAlah CT akan balas komen2 dan blogwalking ke dapur teman2 semua seperti selalu. Hari ni CT tak sempat nak buat begitu, penat, letih dan dengan cuaca yang sangat panas buat CT tak ada mood nak duduk depan laptop. Dok cari tempat sejuk jer memanjang... hihihi.

Alhamdulillah, petang ni CT masak menu yang ringan dan sempoi saja untuk keluarga tersayang. Dok asyik melengkor macam ular jer, tekak pulak macam nak makan mee goreng. Jadi, terus aje CT masuk dapur walau pun cuaca panas kena gagahkan juga lah memasak. Hidangan untuk petang tadi, CT masak mee goreng sempoi... hihihi. CT gunalah sekadar apa yang ada dalam peti ais jer. Dan hasilnya tengoklah sendiri. Dah kata sempoi jadi itu lah yang jadinya hehe. Untuk malam pulak tak tau lagi nak makan apa, makan kat luar aje kot...? hehehe.

Dan sebelum hari berakhir, CT ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu mertua CT, Hjh Rahmah binti Dellah yang berada di Majidi Johor Baharu. Ibu CT telah tiada, hanya doa yg dapat dikirim semoga roh arwah IBU sentiasa dirahmati dan digolongkan bersama orang2 yang bertakwa.. Al Fatihah. Dan kepada semua teman2 CT yang bergelar ibu (dan juga bakal ibu. Tapi tidak termasuk ibu ayam dan ibu gula... hehehe) yang begitu rajin memasak buat keluarga tersayang dengan hidangan yang begitu enak setiap masa dan begitu mantop2 semuanya. Semoga kita akan menjadi IBU yang solehah dan isteri yang mithali dan menjadi penghuni syurga... InsyaAllahhh. Amin Ya-Rabbal Al-aminnnn..


Mee Goreng Sempoi
Resipi Che CT

Bahan-bahan:
1 pek mee kuning - basuh sekejap dan toskan
20 ekor udang segar - bersihkan dan kulitya dibersihkan dan direbus. simpan airnya.
2 keping tauhu - potong dadu dan digoreng. Toskan minyak
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap manis
sedikit udang kering - direndam *
sedikit ikan bilis - direndam *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih * ( * kisar halus)
Daun sawi - bersihkan dan potong2
1 cawan air rebusan udang - (air rebusan ditapis dahulu)

Hiasan:
Cili merah
Limau nipis
Daun bawang
Hirisan tomato


Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap manis kacau rata. Masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng tadi. kacau rata dan masukkan air rebusan kulit udang tadi, tunggu hingga mendidih.
2. Masukan mee dan kacau rata. Tambah sayur sawi dan kacau lagi. Perasakan jika dah sedang elokrasanya bolehlah matikan api.
3. Tabur hirisan daun bawang, cili merah serta bahan hiasan yang lain sebelum dihidang.. Selamat mencuba :D



7 comments:

  1. aduh kak ct, ini bukan lagi sempoi kalau dh ada ikan bilisnye, udang keringnya, udang lagi...terliur plak mlm2 ni

    ReplyDelete
  2. kalau macam ni CT kata simpel kalau yang tak simpel tu macamana agaknya.. mesti spesel kan..?

    ReplyDelete
  3. Salam kak CT cayang, selamat hari ibu buat akak! waduhhhh alangkah best ada org masakkan kita mee goreng pagi2 gini sempena hari ibu :D sedapnyer! fev kita dgn suami kita :D

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu kak ct...

    sedappp pe tengok mee goreng tu...
    bak se[inggan..he..he..

    ReplyDelete
  5. IXORAROXI ~

    Yalah..yang simple ni kadang2 lagi sedap dan kenyang bila makan.. hihihi



    nuwairani ismail ~

    Oh.. kalau kena cukup bahan dah kira okey lah tu ya. Alhamdulillah..dah habis pun mee goreng tu :D

    ReplyDelete
  6. Along Maklong ~

    maklong.. kalau tak simple lagi meriah mee goreng tu. nasib baik tak boleh letak lambpu lap lip kat situ.. hahaha



    ijayuji ~

    Wa'salam ika..selamat hari ibu juga Ika, tr kasih :D kat rumah pun sama semua suka makan mee gorneg. cuma kalau kak ct nak makan tak ada sape nak tolong masakkan. kena masak sendiri lah jawabnya... hihihi



    Mas ~

    Selamat Hari IBU Mas..macehh :D
    Nak sepinggan ker..? sepiring pun dah tak dapat nak anto, dah elek lah Mas.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...