Assalamualaikum.... Kembali lagi bersiaran Dari Dapur CT - DDCT. Makin laju nampak sejak akhir2 ni kan. Alhamdulillah, kalau Blogger.com tak ada masalah laju jer lah. Harap2 jangan ada masalah teknikal lagi macam hari tu, macam nak pengsan bila semua entri tergendala dan masalah teknikal lain yang timbul.
Bila tengok ais blended roselle ni ada tak yang telan2 air liur atau nak numpang minum sekali.. hehehe. Haa.. pi beli RM1 jer dah banyak dapat. CT dok simpan biji dia kot2 boleh tanam kat dalam pasu nanti... hehehe. Minuman macam ni sesuailah bila cuaca panas2 macam sekarang ni. Bila dah panas diluar, kenalah kasi sejuk didalam badan pulak ya tak. Resipi ni tak lah susah mana pun, dok rebus buah roselle tu, tambah gula ikut kemanisan dan blend dengan ais kiub. Tuang dalam gelas, hidang dan slurrrppppp! sangat sedappp... huhuhu. Tapi sejuk dia sampai naik beku kat otak, macam ada karen jer bila dah masuk mulut tu... hahaha. CT letak jugalah resipi, walaupun senang jer nak buat ni :D
*CT dapat tau kebaikan bunga roselle ni amat bagus pada orang yang ada penyakit darah tinggi dan sebagainya. Dan banyak juga khasiatnye pada ibu2 yang menyusu badan pada bayi2 juga, bukan bapak bayi okehhh hehehe..
Ice Blended Roselle
Resipi Che CT
Bahan-bahan:
Buah roselle - rebus dengan air hingga mendidih -tapis dan ambil airnya.
Gula pasir
Ais kiub
Cara-cara:
Blend semua bahan2 diatas hingga halus, dan masukkan dalam gelas sesuai dan hidangkan. Dan jangan lupa baca bismillah sebelum minum tu :DD
aduhh.. sedapnyer.. nk gi cari buah roselle jugak laa.. setakat ni x jumpa lagi org jual..
ReplyDeleteRM1 dah dapat? Beli ct beli kat mana nih, murahnya.... ;)
ReplyDeletetun_telani ~
ReplyDeleteTun..kat sarawak tak ada orang jual ker buah roselle ni.lahhh siannya jangan ngences dahlah ya. meh bagi kak ct add, kak ct pos kan ke sana eh :DD
ShashaCatering ~
ReplyDeleteSha.. tu hari gi beli kat pasar tani Tmn Melawati ada orang jual. CT beli jer dalam 7-8 kuntum RM1 jer, murah kan.. hehehe.
akak...nak segelass..
ReplyDeletebestnya tengokk..
Bestnya..ari tu banyak kat kita dapat buah Rosel ni...wat sirap jer..
ReplyDelete