Tuesday, May 17, 2011

Sambal Udang - Merah Menyala




Assalamulaikum... bersua kembali dipagi Selasa yang ceria. Mungkin awal CT keudara pagi ni, tapi bersiaran awal ni hanya ingin masukkan entri Sambal Udang ni jer. Sekejap lagi dah mulalah sibuk kembali nak menguruskan rutin seharian seperti biasa. Bagi yang berkerjaya seperti CT iaitu suri rumah sepenuh masa pasti faham yang kerja kami ni memang tak pernah habis. Dari basuh kain kepada jemur kain, kemudian angkat kain dan lipat kain, lepas tu bukak kain dan cari balik kain ooooopps!! hehehe Tak boleh nak mengelak lagi dah. Nak mengharapkan bibik, bibik takde. Jadi, kitalah boss, kitalah bibik kat rumah sendiri.. hahaha. Nak buat macamana, dah BIG BOSS amanahkan pada kita tanggungjawab tu jadi kenalah kita terima amanah itu sebaiknya ye tak. Apapun, nanti nak mintak BIG BOSS naikkan gaji dari tuuuutt..... kepada TUUUUUUT... hihihi.

Okeylah... stop dari membebel, kita terus pada tajuk masakan hari ni. Menu hari ni, CT masak sambal udang merah menyala, khas untuk santapan seisi keluarga, jangan lepas makan menogak air pula, kalau terasa pedas gi telan gula... hahaha. Aduiii... tak tahu nak kata apa lagi dah, layan jer lah Sambal Udang Merah Menyala ni ya. Tak pedas mana pun sambal ni, cuma merah jer :DD


Sambal Udang - Merah Menyala
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
Udang segar - bersihkan dan buang kulit
1 cawan lada kisar
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 batang serai *
1 biji bawang besar - Dihiris
Air asam jawa
Garam
Gula merah
Minyak untuk menumis
(bahan bertanda * dikisar halus)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi gaul rata dan tunggu hingga udang masak dan sambal jadi pekat.
3. Akhir sekali masukkan bawang hiris, gaul rata dan perasa kan jika sedang elok rasanya bolehlah ditutup api. Hidangkan.




23 comments:

  1. Salam kak CT

    ishhh kak...sambal menyala cam ni la yg kita gemarrrr sekali...wat makan ngan nasi shedap, makan ngan roti jer pong kita suka!!! err...kak apakah rahsia ke-seliman mu kak..kita kalo makan sedap2 selalu cam nih..haizzz..paham2 jer la :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum CT
    amboi tergodanyer tengok sambal tu.. cantik berposing..

    CT gambar makin mengancam lah.. suka ita tengok lauk kailan tu pun cantik sungguh... terliur aje...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. kak Ct.. memang menyala mcm tudung akak tu ha.. hehe..

    makan ngan nasi lemak.. fuh.. sedap n kekenyangan sampai petang ni

    ReplyDelete
  4. merah memukau, terpaku!lawo sambal udang tu CT

    ReplyDelete
  5. Yat Maria ~

    Merah jer boleh harap yat, tapi tak pedas tak ada umphh lah. Tapi kalau dah kena lada kering yang pedas makan sampai meleleh hingus.. hahaha

    p/s: mana ada petua Yat, dah badan k.ct memnag nak comel dahhh.. hihihi

    ReplyDelete
  6. AZLITA AZIZ ~

    Wa'salam Ita.. belajar mengenal sesuatu benda yg baru amat menarik. kekadang bila hasil yang kita masak dan dgn tangkapan menembak yang cantik semuanya nampak indah. rasa puas hati bila semuanya telah terhasil dengan baik.

    p/s: ct pun suka gambar2 yang ita ambil kat blog ita nampak sangat menarik dan cantik tak kelip2 mata :DD

    ReplyDelete
  7. izahdaut ~

    Wa'salam Izah.. oh same ker kaler sambal tu dgn tudung... hahaha tak perasan lah. K.ct suka colek dengan roti putih atau tepek jer sambal tu kat roti makan mcm tu jer, lagi sedap Izah :D

    ReplyDelete
  8. IXORAROXI ~

    Sambal udang jer ke yang lawo, ct tak lawo ker..? hahaha. gurau jer Roxi :DD

    ReplyDelete
  9. Kak ct,merahnya makngah,hihi..Mmg nmpak sedap jer kak..Pic pong lawa..

    ReplyDelete
  10. CT.. maklong tetap suka mangkuk yang putih tu..? beli kat mana ye..?
    maklong pernah g JJ.. tesco & parkson tapi tak jumpalah..

    ReplyDelete
  11. Salam kak CT!!!! lamaaaaaa dah tak masak udang mcm niii malas punyer hall lah ni nak blender lada kering hihihi... merah itu menawan dan garang :D

    ReplyDelete
  12. fuhh.. amik spek itam jap.. nk tenung lama xleh merah menyala sgt nih.. hehe

    ReplyDelete
  13. salam kak Ct,
    merah menyala tu tak tahan...hihih =)

    ReplyDelete
  14. CT...merah sgtla mak Ngah...he he...memang tergoda ngan kalernya..pastu letak lak dlm mangkuk kaler putih...lagilah terserlah merahnya...menggoda u....he he serasi lauk udang ngan mangkuk kaler putih tu....:)

    ReplyDelete
  15. Zaliedana ~

    CT bila nak masak kenalah pakai lipstik merah2 gak, baru sesuai dn kena panggil makngah.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Along Maklong ~

    Oh ada juga yang suka ya, ingat maklong tak suka... hihihi. ada juga yang suka mangkuk yang cantik berbunga2 dan polkadot pun ada gak kan. nnt ct bagitau maklong ya :D

    ReplyDelete
  17. ijayuji ~

    Wa'salam Ika, k.ct pun kadang2 malas gak nak blend lada kering. Tapi kalau sekali dah blend k.ct buat lebih2 bila nak guna baru amik. senang kan, tak lah asik nak blend jer :D

    ReplyDelete
  18. tun_telani ~

    hahaha... Tun, silau ker.. ekekeke. Lain kali kalau dtg mai sini jgn lupa guna spek itam tu lagi eh.. hehehe

    ReplyDelete
  19. ~Norul Mas Hana ~

    Wa'salam norul, tak apalah sesekali tayang merah. kang tayang hijau atau belang2 mata jadi berpinau2 nanti..terus pening. hahaha..

    ReplyDelete
  20. cik cek ~

    Kak cek kalau guna pinggan atau sewaktu dengannnya warna putih senang CT nak pebagaikan kak cek tengok jer lah chef2 kat hotel semunya bnyk guna pinggan putih kan. :D

    ReplyDelete
  21. Amboiiiiii kak Ct..

    Memang merah menyala.. kalau makan ni mesti merah menyala jugak muka dan telinga..Nak sikitttttt...

    ReplyDelete
  22. Naz ~

    Tidak lah merah macam tu sekali muka Naz.. hahaha. cuma makin berseri2 adalah.. hehehe. Dah habis lahhh :DD

    ReplyDelete
  23. meksh untuk resepi ...look very delicious

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...