Monday, May 16, 2011

Kailan Sos tiram




Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pengunjung DDCT. Alhamdulillah... semoga kita semua sihat walafiat selalu ya. Kesihatan ni anugerah tuhan yang tidak terhingga. Kalau ada yang ada tanda-tanda macam kurang sihat tu cepat-cepatlah jumpa doktor tau. Jangan sampai melarat pulak. Contohnya macam blog provider blogspot kita nie, sekali dia demam dua hari entri kita tak keluar hehehe.

Okeh lah. Cerita pasal entri hari ni pulak. Antara menu masakan yg CT nak kongsi hari ni ialah resepi sayur yang simple aje iaitu sayur kailan bersos tiram. CT memang jarang masak sayur kailan pun. Tapi bila CT cuba, ehh sedap pulak rasa kat tekak ni. Ditambah pulak makan ketika ia masih lagi panas. Resepi ni cepat dimasak, simple dan sedap. Menu macam ni lah yang CT suka masak. Tak payah nak bersilat lama2 kat dapur kan... hihihi. Resipi ni CT ambil dari blog Hana hasil daripada selongkar gerobok yang dia bawak balik dari Jepun tu terjumpa pulak resipi sayur kailan ni hehehe. Okeylah, macam biasa CT mintak izin CnP jer dari Hana dan Yok masak Yokkkk !!


Kailan Sos Tiram
Resipi dari Hana

Bahan-bahan:
Seikat sayur kailan
4-5 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia - cincang
Air sedikit
Serbuk perisa - jika suka
bawang putih goreng / bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara:
1. Sayur kailan jangan potong dulu... panaskan air. Celur kailan dengan batang2 sekali.
2. Angkat dan toskan. potong lebih kurang 3 inci. Susun dalam pinggan dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau @ kekuningan.
4. Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau sebentar dan masukkan perisa jika suka. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin.
5. Didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur kailan tadi.
6. Hiaskan dengan bawang putih goreng / bawang goreng.





Update: CT baru terperasan sayur yg CT guna tu bukan kailan tapi sawi pak choy. Sebab masa beli tu kat bungkusan plastiknya tertulis kailan, rupanya kat dalamnya isinya lain, sabor ajelah hehehe. Tapi kepada sesiapa yg nak mencuba resepi ni boleh saja samada nak menggunakan kailan atau sawi pak choy ye. :D

17 comments:

  1. Assalam CT...
    Waduss... tengok gambo jew...udah terasa kesedapannya.. akak pon mmg suka klu sayur masak simple camni.. cepat di masak dan sedap di makan...

    ReplyDelete
  2. Nur Ede ~

    Wa'salam kak Ede. betul kak, sesekali makan macam ni memang sedap. CT pun dah lama tak masak ni kak Eda :D Itu lah bila masak macam ni anak2 tak gemar, kenapa erk..? payah benar nak tengok anak2 ni makan sayur kan kak :D

    ReplyDelete
  3. Aduh aduh kak CT... nak kena buat jugak ni...menariknya..siap munge2 lagi tu...

    ReplyDelete
  4. Sue's ~

    Jom sue... kita bawak bakul gi pasar sama2.. hihihi.

    ReplyDelete
  5. AS-SALAM KAK CT
    sedapnye sayur kailan sos tiram...nmpak menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. Ady ~

    Wa'salam ady.. memang tak dinafikan. sayur kailan ni memang mendapat temapt dihati kak ct. Tambah2 lagi kalau kailan ikan masin tau, perghh sangat sedap :D

    ReplyDelete
  7. sedap nya sayur gini.. tapi hubby saya slalu suh potong.. dia tak suke panjang2 gini.. hahaha.. mcm mcm kan

    ReplyDelete
  8. assalam kak ct,
    sedap nmpknya kak ct..sy suka sngt sayur kailan masak cam gini..walau ringkas tp sedap dimkn lebih2 lg masa panas2..

    ReplyDelete
  9. lama sudah maklong tak masak kailan.. rindu pulak.. tengok CT punya sayur ni mengiurkan.. seksi ko.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. izahdaut ~

    Izah.. ikut masing2 punya seleralah izah. kadang2 orang tak suka makan panjang2 takut erjuluq tercekek kat tekak kot... hahaha

    ReplyDelete
  11. Iza Akma ~

    Wa'salam Akma, memang kalau selalu makan sayur bagus dan memang sihat. tambah2 lagi macam ni tak banyak mengunakan minyak kan. Boleh lah masak bila ada kelapangan nanti ya :D

    ReplyDelete
  12. Along Maklong ~

    Maklongggg.. seksi tang mana tu..! hehehe. ada2 jer lah maklong ni, masak apa tuk family petang ni maklong :DD

    ReplyDelete
  13. wahhhh boleh cuba ni dalam peti ais ada sayur ni, sos tiram baru je beli.menu sihat ni, I Like!

    ReplyDelete
  14. salam kak...memang sedap sayur ni klu masak sos tiram...tap klu x silap saya sayur yg akak masak tu sebenarnya sayur sawi pakchoy bukan kailan...maaf yer klu salah....

    ReplyDelete
  15. Ixoraroxi ~

    Harus cuba tau. Simple dan ringkas tapi sedap.:D



    Norismaliana ~

    salam.. ye lah.. baru k.Ct perasan, tu sayur sawi pak choy! camanalah k.Ct bole tersilap ambik sbb kat plastik tertulis label kailan. Patutlah masa bukak dari plastic tu nampak lain macam kailan tu, jenis kalian lain agaknya kata dalam hati, rupanya memang sayur lain hehehe sabor ajelah :D :D tapi takpelah.. sape suka kailan bole pakai kailan, sape suka sawi pakchoy bole pakaisawi tu :D :D

    ReplyDelete
  16. kak ct. ajar la mcm mana nak buat bunga mcm tu. comel la. hik3

    -suri-

    ReplyDelete
  17. hehe...agaknya diorang salah label..saya penah gak kena cam tu...luar tulis lain dalam sayur lain...tap x per..resepi akak ni memang sedap dan ringkas...org cina pun suke masakan ni tau kak ct...;))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...