
Assalamulaikum... Kuih apam polkadot ni CT buat untuk sarapan pagi. First time CT buat apam ni dan hasilnya sangat dinanti2kan oleh anak2 masa CT dok buat apam ni kat dapur. Berwarna-warni, berbagai rupa dan kaler. Sungguh ceria sekali, kalau dilihat dalam blog teman2 yang lain pun begitu juga. Ada yang membukit, ada yang sekata dan ada juga yang cantik mulus macam pipi barbie doll pun ada... hahaha. Tapi, pipi barbie doll mana ada segebu macam apam polkadot @ dot dot ni, sebab apam ni laaagi gebu hehehhe. Apa2 lah... tapi CT akan buat sekali lagi, sebab macam kurang berpuas hati pada kemontelan dan kegebuan hasilnya kali ni. Oleh kerana CT bukan jenis yang cepat berputus asa, CT pasti akan ulang lagi. Lagi pun dah janji dengan anak bujang CT yang kecik kat rumah ni, Haqim. Dia kata nak bagi kat kawan2 kelas dia untuk merasa hasil air tangan mama dia. Resipi ni CT cnp dari MyResipi dan terima kasih pada Sheely yang sudi berikan resipi apam polkadot ni. Minta izin dipanjangkan lagi dalam Blog DDCT pulak ya.
CT nak citer. Sejak CT serius balik berblog kat sini, dah beberapa orang yg bertanya macamana CT menghasilkan gambar masakan CT yg cantik. CT dah reply semua pertanyaan tu mana yg CT tahu sebab CT pun bukannya pandai sangat pun bab fotografi ni, banyak yg CT belajar dari my laling CM jer. Tapi mungkin penjelasan dgn ayat je tak mencukupi jadi nanti CT akan share gambarnya macamana setting yg CT buat ye. Sementara tu bersabar ye :) OK lah, jom kita semak resepi Apam Polkadot ni.
Apam Polkadot
Sumber : Sheely MyResipi
Bahan-bahan: (untuk 50 biji papercup medium)
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
pewarna
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dalam 6-8 minit lebih kurang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
letakkan filling secukupnya, nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
5. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.letakkan filling secukupnya, nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
6. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15minit @ sehingga masak.


Salam pagi kak....
ReplyDeletecantiknya, bila tgk teringin je nak makan. Ira pun pernah buat sekali, nampaknya kena buat lagi agaknya
nampak apam rasa nak tumpang bekpes kat sini lak... kak rose bawak nescafe nak join sekali...
ReplyDeleteWanieyra ~
ReplyDeletewa'salam ira.. a'ah kak ct pun rasa nak buat lagi sebab tak berpuas hati dengan hasil kali perama ni dok mendak tak nak membukit. Ira sok buat ehh..hihihi
Kak Rose ~
ReplyDeleteJom kak rose ct tunggu ni. bawak kan ct neslo sekali eh.. 1 cawan :DD
Assalamualaikum Kak Siti... bestnyer apam, lawa plak tu... kita tukar ngan kuih tepung pelita yer...(bater trade) hehehe
ReplyDeleteSalam Kak CT... wahhhh comamnye apam tu...saya tiap kali buat, kalau tak bantat mesti mesti merekah kembang dua mangkuk.... :)
ReplyDeletesalam kak ct
ReplyDeletecomel apam akk tu mcm org nya
pic menarik...
lama x buat...rasa yg akk punye lah...
assalam kak ct,
ReplyDeletewau..meriahnya apam polkadot kak ct ni..comey2..sy lom pernah try lg..tp tengok ramai yg buat menjadi cantik..jeles pulak..
aah la kak ct..gambar2 kak skrg ada pembaharuan..menarik..
salam Ct - cantik jer polkadot nya tu....
ReplyDeleteAssalam kak ct,apam akak mmg sgt n comey n cun gile..Nak mkn pong rasa sayang jer,rasa nak simpan wat hiasan jer,hihi..
ReplyDeletelawo, lawo-lawo dengan polkadotnya tu..lawo macam tuan yang buat tu
ReplyDeleteCendana Kasih ~
ReplyDeleteWa'salam Noorma.. boleh jer, kak ct memnag minat dengan kuih2 yang lembut. meh datang umah jgn lupa pinjam tiffin biru mat gebu ya, isi lebih2 sikit.. hihihi
Sue's ~
ReplyDeleteWa'salam Sue... ya lah tengok nasib2 pembuat kuih apam lah kot.. hihihi. Sue kalau sue tak nak apam dot dot ni kembang setaman, jangan guna api besar ya, guna api sederhana saje :DD
Sheila Shafeareen ~
ReplyDeletewa'salam shiela.. alahhh. cubalah buat. mana tau sheila nya lagi cun dari kak ct kan. nanti buat eh..sok kak ct dtg dapor sheila.. :DD
Iza Akma ~
ReplyDeletewa'salam Akma.. apam ni ada yang kak ct tak puas hati, tak per sok lusa nak buat lagi sampai dia naik membukit kasi cun lagi.. hehehe.
Kalau nak amik gambar2 ni, kak ct belajar cara2 dia dari Hb kak ct akma, nasib baik Hb tu pandai kan :D
Lina ~
ReplyDeleteTr kasih Lina, dah buat eh.. ker belum ni.. hihihi
Zaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT.. tak kan nak buat hiasan kang berkulat sayanggg.. jgn lah membazir.. hihihi. anak2 kak ct pun suka ni trmasuk juga mak anak2 tu sekali.. hehehe
IXORAROXI ~
ReplyDeleteRoxi... tuan dia tak lawo dah. kalau tampal bedak baru nampak lawo.. hahaha
waduh!kak CT =0).
ReplyDeletesunggoh comey apam polkadot tuh..
kalau saya, tak sampai hati nak gigit...sayang ngn corak yang cantik tu! =0).
Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~
ReplyDeleteNurul... agak2nya kalau kak ct kasi frame ble tak.. hihihi. sabar jelah kan. buat apam ni kenalah makan sampai habis. kalau sayang nak makan tak best lah. buat penat2 tapi dok tengok jer.. hihihi
CT mokwo nak mintak resepi bleh...resepi nak jadik slim n kiut miut cam Ct..ade tak??hihi
ReplyDeletecomelnya apam CT ni.. macam tuan yang buat..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak CT,
ReplyDeleteSama pula kita buat apam polka dot ni pg ni yer kak..hihihi..
Kak, tipsnya camni, akak kena pukul asing telur, ovallet dan gula tu hingga gebu dan berwarna putih, baru masukkan susu dan juga tepung. Pukul dengan kelajuan minima. Tun buat macam tu jer kak..Insya-Allah kak..cuba la..
Assalamualaikum akak..
ReplyDeletecute nyaaaaa apam polka dot tu akak... sungguh menarik dan dah tertarik dah... comel ... suka tgk...
mokwonik ~
ReplyDeletehahaha.. mokwo ni buat lawak jer lah, ct tak ada petua dah memang semula jadi nak comel ni. kalau bole ct lagi nak besar nampak chubby sikit :DD
Along Maklong ~
ReplyDeletemaklong belum jumpa ct, kalau dah jumpa ct mesti pengsannn sebab kecik hehehe. gurau jer maklong suka mengusik maklong ni sporting sangat2 :D
Rabiatun Adawyah ~
ReplyDeleteTun ... tr kasih banyak bagi petua baut apam dot dot ni. InsyaAllah nak cuba lagi nanti sampai membukit macam tun buat tu. Macehhhhh sayanggg tun !
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana... cubalah Diana buat mesti lagi comel dan cute macam pipi Diana tu.. hehehe. Kak ct nak cuba buat lagi nanti, tak ber'puas' hati masa buat apam ni lah..
saya dah buat apam tu tapi kenapa xjadi bulat..bila boh dalam acuan..bila kukus dh leper..kenap???mcm mana nk bgi jadi bula sebiji2 bila kukus dh xleper
ReplyDeleteAssalamualaikum.saya baru buat apam polka dot ni. tapi kenapa ye apam ni rasa macam bantat? sebab banyak tepung ke? tak rasa macam apam. boleh bagi tips tak supaya saya berjaya membuat apam polka dot ni? terima kasih.=)
ReplyDeletepernah buat sekali. menjadi la jugak tp sbb time beli paper cup tu takde yg small size so amik yg besar. jadinya nampak tenggelam sikit :p http://mamaaliff.blogspot.com/2011/06/1st-version-of-apam-polka-dot.html
ReplyDeletehi
ReplyDeleteSaw your polka dot apam looks great, can i do without eggs. Please let me know at gawriganesh@yahoo.com.sg
regards
Lata