Sunday, May 1, 2011

Ikan Masak Taucu




Assalamulaikum.. salam mesra buat semua. Resepi kali ini adalah menu yang paling my laling CM suka, iaitu ikan masak taucu. CT pun suka gak, salah satu sebabnya adalah kerana ianya ikan, bukannya ayam hehehe. Rasa jelak asyik makan ayam selalu, tapi anak2 CT pulak memang tak gemar ikan jadinya memang tak akan pandang sebelah hidung pun hidangan ni.. hihihi. Resipi ni CT ambil dari satu buku masakan iaitu RESEPI BONDA. Resepi serupa sebelum ini yg dipublish sedikit masa yg lalu pun memang mengunakan resipi ini juga. Tapi CT letakkan juga lah resipi nya disini utk rujukan semua ya. Tak dan nak celoteh panjang lebar, sebab kepala masih rasa berdenyut2 lagi. Kepada penggemar ikan masak taucu, boleh lah kalau nak cuba resipi ni... silakan :D


Ikan Masak Taucu
Sumber dari Buku Resepi Bonda

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung (CT guna ikan pinang)
2 labu bawang besar *
2 ulas bawang merah *
1 biji lada merah *
2 biji lada hijau *
4 biji cili padi *
1 camca kecil air asam jawa
2 camca besar kicap manis
sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar sos tomato
1 senduk taucu
1 camca besar minyak masak
garam
(Bahan bertanda * - dihiris)

Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.
2. Sapukan sedikit garam pada ikan dan goreng hingga garing.
3. Angkat dan asingkan.
4. Masukkan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan cili padi kedalam kuali yang digunakan untuk mengoreng ikan tadi.
5. Goreng dan balik-balikkan.
6. Masukkan pula air asam jawa, belacan, kicap manis, sos tomato, taucu, gula dan garam. Kacau hingga rata.
7. Setelah mendidih baru masukkan ikan.
8. Balik-balikkan selama beberapa minit dan setelah kuahnya likat matikan api dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba ya.




8 comments:

  1. ikan kembung kalau masak taucu memang sedapp kan kak..
    mas pun suka tau..he..he..

    ReplyDelete
  2. nampak simple tapi makan dengan nasi panas, uishhhhh sedap tu :)

    ReplyDelete
  3. CT.. feberet maklong ni.. ikan pinang tu ikan apa ye..? maklong tak pernah dengarlah.. huhu

    ReplyDelete
  4. Kak CT,
    ni fav husband saya nih...mmg sedap.. =)

    ReplyDelete
  5. Mas ~

    kalau kak ct pun suka gak guna ikan kembung. tapi yang paling kak ct suka ikan gelama. Dulu2 arwah mak memang masak taucu mesti guna ikan gelama.. kak ct pun suka lebihkan lada padi..powerrr! hihihi



    IXORAROXI ~

    ya lah rozi, kalau nak masak lauk taucu ni jangan banyak kuah nanti tak berapa pekat jadi tak rasalah taucu nya kan.. yalah semalam hubby memang bertambah makan nasi.. hihihi

    ReplyDelete
  6. Along Maklong ~

    Maklong.. ct pun sukaaaa sangatttt! hihihi

    Ikan ni lebih kurang macam kerisi gak, cuma ikan pinang dia putih sikit dan lebar ada tanda merah sikit kat tepi insang. kalau orang Johor panggil ikan ni ikan pinang. kalau kat KL ni ct tak tahu pulak :D



    Norul Mas Hana ~

    Hubby kak ct pun suka termasuk kak ct juga.. sedap kan. bole lah masak untuk suami nanti Norul

    ReplyDelete
  7. peberet bakal mak mertua nih,,,!

    ReplyDelete
  8. saya cuba pakai ikan tenggiri. baru sekali try, umph sedap betul! licin pinggan dibuat nye. hehehe mmg sedap resipi dari dapur CT ne :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...