Saturday, May 14, 2011

Teknik CT Ambik Gambar



Assalamulaikum buat semua pengunjung setia SitiDelima.com hehehe.. Nampaknya hari ni blogger macam dah pulih tapi CT masih ada rasa ragu-ragu nak update entri sebab kot-kot bila dah update nanti hilang lagi. Aduh.. geramnyaaa.. Dgn situasi yg macam tu, CT nak ambik kesempatan ni utk tidak update entri masakan dulu tapi berkongsi teknik macamana CT menghasilkan gambar dalam blog ni seperti yg CT janjikan sebelum ni.

Sebenarnya sebelum ni, sebelum sawang dalam dapur CT ni dibersihkan, CT tak berapa kisah sangat pasal hasil gambar, ambik pun cuma guna kamera compact je, asal gambar nampak terang kira ok lah tu. Tapi bila CT berhasrat nak kembali semula berblog, my laling CM mintak CT serius sket bila nak sharekan gambar masakan tu. Dan bermula dari situlah hubby CT ajar CT sedikit sebanyak tentang setting2 asas pada DSLR tu, macamana nak aplikasikan penggunaan cahaya, sudut mana nak ambik gambar dan macam2 lagi lah. Dulu tak pernah kisah pun hehehe.



Inilah tempat yg fevret CT guna utk ambik gambar iaitu di balkoni. CT guna meja lipat dan hanger stand tu utk jadi tempat CT letak alas tu. Alas tu penting utk buangkan latarbelakang yg tak cantik dipandang hehe. My laling CM kata kat sini sesuai sebab cahayanya datang dari tepi dan cukup terang. Hubby bagitau CT kalau nak gambar cantik tak boleh guna cahaya terus, jadi CT memang tak gunakan flash. My laling kata, cahaya mesti datang dari tepi, barulah tone gambar nampak jelas, kalau guna direct flash, gambar akan jadi 'flat' dan 'wash-out' katanya.



Satu lagi hubby bagitau CT, kedudukan subjek dalam gambar pun penting. Subjek tu tak semestinya berada kat tengah-tengah. Kalau ambik gambar penuh, bagi sikit ruang samada kat kiri ke atau kanan ke supaya kedudukan subjek tu bukan kat tengah2 sangat.



Dan yg akhir sekali, hubby ajar CT bagaimana nak setting kat kamera tu. Kamera yg CT guna Canon 40D dengan lens Canon EF 24-70mm f/2.8 L. CT guna setting AV dengan lens set pada 2.8 dan guna Spot atau Evaluative metering bergantung pada warna makanan dengan alas yg CT guna. Itulah asasnya pada teknik yg CT guna pakai. CT tak tahulah samada apa yg CT kongsikan ni berguna atau tidak, tapi CT harap mana2 teknik yg boleh diguna-pakai dapat di manfaatkan oleh kita bersama. Dan utk kerja kat atas tu, kat bawah ni lah hasilnya.


17 comments:

  1. Semoga Allah membalas segala ilmu yang CT kongsikan ini dengan segala kebaikan dan rahmat.Baru ni saya tahu..Thanks so much!

    ReplyDelete
  2. saya pun baru nk belajar ambik gambar masakan dengan elok..Tq kak Ct..

    ReplyDelete
  3. CT, tq for sharing... wooo lens mahal tu... hubby dok aim tp x terbli lg. huhuhu

    ReplyDelete
  4. K.Ct..thanks for sharing..nanti next time nak pakai tripod gak..

    ReplyDelete
  5. IXORAROXI ~

    Alhamdulillah... Roxi apa salah nya kalau kita ingin berkongsi ilmu pada yang memerlukan nya. Ilmu tu tak akan kemana2 pun, andai masih ada yang memerlukan kita kena lah share bersama.. betul tak ?

    semoga Roxi dapat sedikit sebanyak ilmu dari cara2 ct ni ya. tr kasih sebab masih setia bersama DDCT ni Roxi :DD

    ReplyDelete
  6. Cendana Kasih ~


    Alhamdulillah.. sama2 kembali Noormah. Hanya ini saje yang dapat kak ct kongsikan ilmu yang ada pada kak ct. semoga kita sama2 mendapat ilmu dan sama2 dapat buat yang lebih terbaik lagi dilain kali :DD

    ReplyDelete
  7. Kak Rose ~

    Welcome kak rose :DD harap apa yang ct berikan sedikit ilmu ni dapat puaskan hati teman2 yang sering berkunjung ke DDCT dan juga kak rose.

    Hubby ct memang minta pada kamera ni kak rose. kat rumah ni dah penuh dengan kemara lama2 dan baru. Banyak juga duit habis ke situ jer... hihihi. tak apa lah kak dah dah minat Hubby nak buat macamana kan :DD

    ReplyDelete
  8. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    Nazrah... semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi sedikit sebanyak pada nazrah juga. Lepas ni makin cun dan meletoppp! lah gambar masakkan dari nazrah ya.. hihihi


    Happy cooking :DD

    ReplyDelete
  9. TQ! kak CT =0).
    tips yang berguna ni =0).
    saya nak try guna cara kak CT jugak tangkap gmbr nanti =0).

    ReplyDelete
  10. fuyoo.. hebatlah CT ni..
    tak leh tiru.. sebab maklong guna kamera cap ayam je.. :D

    ReplyDelete
  11. wahhhhh~terbaiklah kak siti! siap bersetting-setting bagai ^__^.Pasni leyh bukak due kedai la=)

    ReplyDelete
  12. CT, waaaaaaaaaaaaaaaaa...cayalaaahhh...nnt akak datang KL, tolong ajar sikit setting camera segala tu eh...Akak main tangkap muat jek...ekekeke...

    ReplyDelete
  13. bestnye dapat sokongan n ajaran dr asben lg...:) cantik, kepingin plak nak memiliki satuuuu

    ReplyDelete
  14. Salam Kak CT,
    Best nye pakai tripod gini gambar mesti sharp tak gegar kan. Kat balkoni plak tu, cuaca pun terang je :)

    Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  15. Amboi cik CT kita dah jd fotographer pulak.....bagus la kalau abg CT tu tolong ajar, kalau hubby akak....haram...takde seni langsong. Kamera pun tak canggih...hehe..

    ReplyDelete
  16. bile pakai DSLR mmg senang dpt gambo lawa kan... ditambah lagi ngan back ground yg cun... sgt puas ati...

    ReplyDelete
  17. Ya Allah happy nya baca entri CT pasal fotografi ini. saya memang minat fotografi tapi tak pernah ada kesempatan belajar. kamera pun, main hentam sahaja. Hubby beli utk my daughter EOS1100D. Teringin nak juma CT dan belajar in person, boleh kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...