Thursday, May 5, 2011

Donat Inti Kastard




Assalamulaikum... salam penuh keceriaan buat semua pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kali ni CT dapat buat Donat Inti Kastard buat keluarga tersayang yang ternyata berlainan dari donat yang CT pernah buat sebelum ini. Idea ni datang entah macamana setelah CT terbaca satu resipi dari chef luar negara yang CT jumpa melalui En Google. Gesa nak buat donat ni gara2 gi Blog Mas hari tu. Chef mat saleh ni mengatakan dalam tulisan dia yang donat ni kita boleh letak bermacam2 inti atau salut dengan coklat kegemaran atau letak cream custard pun boleh. Dari situlah timbul idea nak buat lain dari yang lain kan. Selalunya main letak topping coklat jer. Dan ini lah hasil yang CT dapat dari explorasi utk buat donat ber inti custard. Resipi donat ni semua dah tahu kan. Jadi boleh ikut masing2 punya resipi. Tapi utk kemudahan semua, CT letaklah juga resipi yang CT buat tu kat bawah. Untuk buat kastardnya pula, CT amik dari resipi Kak Ida 1001 resipi. Memang sedap *clap.. clappp.. clappp..* tepuk tangan untuk diri sendiri... hehehe. Terima kasih pada Kak Ida atas resipi kastard ni dan kalau ada yang nak cuba resepi baru ni silakanlah ye :))


Donat Inti Kastard
Resipi Che CT

Bahan-bahan:
280 ml air
300 gm tepung roti (high protein flour)
200 gm tepung gandum (plain flour)
10 gm garam (atau secubit)
60 gm gula halus
20 gm susu tepung
1/2 camca besar baking powder
3 1/2 camca teh instant yeast
2 biji kuning telur
50 gm lemak sayur (shortening)

Bahan kastard:
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gm butter
2 sudu teh esen vanila



Untuk kastard :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.


Cara buat donat:
1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda).
Kaedah lain: Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker (BM), pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donat dan alihkan ke dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap dan rehatkan 1/2 jam hingga naik lagi.
3. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3- 4 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan.
4. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus atau dituang coklat.



* Nota CT* :
1. Donat bentuk ni CT tekap guna mulut gelas yang sederhana besar. Tak perlu buat lubang dulu. Bila dah goreng dan sejuk sedikit lebih kurang 2-3 minit baru kita tebuk sedikit dengan pisau atau chopstik untuk buat sedikit ruang dalam donat tu. Hati2 ya jangan sampai tembus donat tu..
2. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donat tadi kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Hidangkan dan sedap dimakan ketika masih panas! Selamat mencuba ya :))





33 comments:

  1. akak...alahaiiii....menggoda betul la donut akak ni....
    terliur dah nengok donut inti kastard ni.....
    aaarrgghhh tidakkkk......macam tak sabar lak nak menerai....
    menu dah berderet2 ni ....
    nak pikir balik nak masak resepi mana dulu....

    ReplyDelete
  2. wah2..donut boleh main jolok2 plk yek...hehehehe
    donut inti kacang merah mcm mak lin bt pun sedapppp!

    ReplyDelete
  3. Assalam kak ct,
    bestlah resepi donut ni, mcm dunkin donut plak..
    bole cuba nnt, anak peminat donut :)

    ReplyDelete
  4. kak ct..anto ke sini 5 ketui..rajin laa akak neh.aritu adik wat inti doyan ..nih akak lak wat inti kastad..menggoda jek semua nih..hancus diet den..haha

    ReplyDelete
  5. menawan kalbu..save rsp ye kak..nak buat gak..hehe...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak.....selalu beli donut mcm ni kat dunkin donut je...

    ReplyDelete
  7. Slmt pagi Kak CT,
    rasa tak sabar nak buat donut inti kastard ni...dulu selalu beli je yg inti mcm ni..leh cuba ni...tq..

    ReplyDelete
  8. Mas ~

    hahaha.. Mas apalagi tunggu.. yok kita men'donat' yokkk !! kak ct tak tahan tengok donat kat dapur Mas tu yang mendonat gak arini.. hihihi

    ReplyDelete
  9. Sis-Lin ~

    yalah kalau letak inti kacang merah pun sedap kan. Tapi kalau buat pow inti kacang merah lagi seeedapppp! hihihi

    ReplyDelete
  10. mummyseri ~

    Wa'salam seri... kalau anak2 suka makan mesti kita seronok jer nak masak kan. Boleh lah cuba nnt untuk anak2 makan ya :D

    ReplyDelete
  11. HaSue ~

    lorrr.. tak yah nak diet, makan jer selagi sihat ni mek sue.. hihihi

    Tunggu jap lagi, kak ct gorengkan n pos kat sana. sok lusa baru sampai ehh.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Anna Qawina ~

    Anna..silakan.. kak ct suka kalau kawan2 semua rajin nak mencuba, macam kak ct gak lah. kalau ada benda baru mesti teringin nak cuba gak :)

    ReplyDelete
  13. Wanieyra ~

    Alhamdulillah.. memang sedap ni wanie. nak2 kalau paipkan custard tu lebih sikit..perghh tak yah beli lagi kat dunkin donut lagi dahhh.. :D

    ReplyDelete
  14. Yatie ~

    meh yatie kita men'donat' ajak mas sekali.. hihihi. kak ct makan habis 4 ketui..memang kenyang. cubalah Yatie kalau buat lg mengancam kan :D

    ReplyDelete
  15. nuwairani ismail ~

    terima kasih nuwairani..atas pujian ikhlas ni :D

    ReplyDelete
  16. salam CT.. maklong pun nak mendonat jugaklah..
    beli tepung roti dah lama.. tapi tak buat apa pun lagi..

    ReplyDelete
  17. Oh sukanya sukanya sukanya... terus print nih... agak-agak terus buat tak agaknya ye? Teruja nih... thank you Cik CT sayang...

    p/s : Mama beli chicken floss dari Yummies Bangi

    ReplyDelete
  18. Along Maklong ~

    wa'salam maklong..apa kata petang ni merajinkan diri nak maklong buat lah donat, apa2 donat pun tak kisah asal tepung roti tu luak.. hehehe. jgn maree ya maklong :D

    ReplyDelete
  19. MamaFaMi ~

    Thanks mama.. jauhnya ct nak gi beli tu sampai ke Bangi. aga2nya kat bandar kl tak ada ker.. hihihi

    CT rajin gak masuk kat FP mamafami... bnyk betul resipi suka sangat2 :DD

    ReplyDelete
  20. salam CT..lamanya tak masuk dapur CT Delima ni..macam-macam ada.Hmmm satu kelainan ni.Dunkin Donat pun ada inti kastad.Sedap sangat.

    ReplyDelete
  21. cikmanggis ~

    Salam CM... ya lah lama juga CM dok sepi kan. Dah bole buat macam ni lain kali tak payah beli kat dunkin donut dah bole buat sendiri.. hihihi

    ReplyDelete
  22. Assalam Ct,
    kita datng nak rasa donut custard ni..ada lagi tak?..nampak lembut aje kejadian donut ni..banyak recipe donut tapi tak tahu yang dah sejuk masih lembut lagi tak..sebab a few kita try dah sejuk dia keras kekau..hehe

    ReplyDelete
  23. k.cttttt...mamma sukeeee donat inti kastard cenggini, ingat ssh nak wat, ble try la da ada resepi ni...hehee

    ReplyDelete
  24. Ayu ~

    wa'salam ayu.. CT dah pernah buat sebelum2 ni, semuanya lembut sampai esok pagi. Cuma pernah sekali cuba satu resipi tu, dia ada lembik sikit. Tapi ct tambah lah tepung sikit dan esoknya pun masih lembut juga. resipi yang ni pun lembut juga, cubalah Ayu :D

    ReplyDelete
  25. Mamma Olyn ♥ ~

    Kalau suka mama olyn boleh cuba resipi ni, kak ct buat guna resipi ni sangat lembut dan gebu jadinya. cubalah dan bubuh kastard tu sekali :D kalau tak nak tak apa.. hihi

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.....
    Lamanya tunggu kak ct muncul. Apa pun salam kenal yea kak. Masa mula2 jumpa dapur akak ni selalu gak skodeng tapi masa tu kak ct cuti kut. Harap akak tak kisah yea kalau saya copy resepi yang ada kat sini.

    ReplyDelete
  27. ni kalau CT buka bisnes donut, mau tutup dunkin donut!:)

    ReplyDelete
  28. akaaak... sedaaapnyaaa... kalau ler irfan anak diana nmpk nie.. mmg dia suka nie.. silap2 suruh mummy dia buat skg juga.. hehee.. nasib baik dia x nampak... hehehee..

    ReplyDelete
  29. ni kegemaran sya la kak ct..terima kasih kongsi resepi..nnti sya cuba ye..

    ReplyDelete
  30. As salam ct. Adunan ni blh dpt brp donut?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...