Wednesday, April 15, 2009

Puding Roti Pandan Kukus



Salam semua..... Resepi ni adalah resepi MIL a.k.a. Ibu Mertuaku. Semasa duduk kat JB dulu, bolehlah dikatakan rajin buat Puding Roti Pandan Kukus ni. Sebab semua kat rumah ni memang suka makan puding roti ni, tu yang aku rajin buat dulu. Bila buat puding roti ni tadi, teringat bila bulan puasa mesti MIL buat hidangan ni. Dah macam hidangan wajib utk berbuka. Sejak kawin ngan my lalinglah aku pandai buat puding ni. Sebelum tu... memang tak pernah makan pun hehehe. Bila dah hidup bersama, kenalah tau apa masakan dan makanan yang my laling CM tu suka kan. Kalau ada yang nak mencuba resepi ni, amik lah ya. Kita kongsi bersama :-D


Puding Roti Pandan Kukus

Resepi Original CT (from my MIL)

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)
1/2 sudu teh esen vanila
20 gm kismis (untuk tabur-optional)
* sedikit pewarna hijau
* sedikit garam


Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air. Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.

12 comments:

  1. sll wat yg basa jek..nnt try wat cam akak ah..

    ReplyDelete
  2. mummyD nnt buat layer pertama tu taburkan kismis pun boleh gak..cubalah.makan sejuk lagi sedap :-)

    ReplyDelete
  3. Mama Qaypo... jom cuba resepi ni. mesti sedap :-)

    ReplyDelete
  4. Fadhlah....kalau makan sekali nak tambah dua kali hahaha

    ReplyDelete
  5. kak ct..sedapnye...nape lah fila jauh kat putrajaya...kalo tak dh bley rase... :(

    *kak,buat puding roti bekismis..nk try pulak*

    ReplyDelete
  6. bolehh..cuba lah memang sedap ni.kalau makan sejuk lagi lerrr sedap :-)

    ReplyDelete
  7. masuk je dapur CT alahai...buat geram nya mcm2 dimasak nya.

    zue ni pandai beli je...eee malunya.

    ReplyDelete
  8. alah apa nak malunya..kita ni kena lah cuba sesuatu yang baru zue.dulu ct pun x pandai nak buat2 semua ni.bila dah kenal ngan kawan2 memasak n chef2 ni..terus dgn sendiri kepandaian tu datang hehehe

    Cuba lah..mana tau jari2 seorg wanita akan membuat masakkan yang terhebat buat keluarga nnt.

    ReplyDelete
  9. Ayo yo..adik manis!..saya tak bleh tahan! my fvrt..yum yum

    ReplyDelete
  10. hohoho... mmg x leh tahan, so kena lah cuba baru tau tahan ker x tahan keh3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...