Monday, July 9, 2012

Biskut Butter Warna Warni


I'M BAAAACK !! Did you miss me??? I bet you did hehehe

Assalamualaikum... Salam manis, salam penuh kerinduan dari CT buat semua pengunjung setia Dapur CT. Maaf ya kerana Dapur CT ni bercuti terlebih tempoh kan, nasib baik tak sempat bersawang lagi hehehe. Mulanya kata nak tutup berehat seminggu aje tapi mencecah dua minggu pulak jadinya. Biasalah kalau dah cuti ni nak mula balik mulalah liat macam gula tarik, haa.. kalau nak tahu gula tarik macam mana kena tanya Azlita Aziz ya hehehe. Alhamdulillah, bila dah selesai tugas dan projek yang diberi rasa lega sangat. Tapi urusan dirumah pulak yang tak pernah selesai, ada saja yang perlu dibereskan. Tambah-tambah lagi bila dah hampir nak masuk bulan puasa ni. Lagilah macam malas aje nak duduk kat blog dan FB hehehe. Tapi jangan risau Insya'Allah CT akan cuba yang terbaik untuk terus mengupdate blog macam biasa ya.


Haa... hari tu CT ada letak teaser pic kat FB, suku aje gambarnya suruh teka apa ker benda tu. Ada juga yang meneka apam dan ada juga yang teka biskut. Jadi yang teka biskut tu betullah tu hehehe. Pandai betul semua yang meneka biskut kan. Inilah dia gambar sebenar biskut yang CT buat untuk kudap-kudapan anak-anak dirumah. Buat sikit aje untuk sebahagian dari projek CT juga kiranya ni. Sebenarnya sukatan adunan ni banyak, jadi CT buat setengah adunan saja. Buat besar-besar jadi cepat habis. Bubuh gula icing atasnya dan deko lah sikit untuk menarik minat anak-anak makan juga sebenarnya.


Sebenarnya resipi biskut butter ni CT ambil dari satu website minah saleh. Biskut ni simple aje kosong tak ada letak apa-apa pun. Jadi CT hanya tambahkan telur dan letak gula icing sebagai hiasan. Kalau ikut pada resipi juga adunan doh nya sedikit lembik, jadi CT tambah sedikit tepung saja agar senang untuk diterap mengunakan acuan. Kalau resipi asal ia dimasukkan dalam pipping beg dan dipaipkan bentuk bunga. Macam leceh sikit rasanya lambat, jadi CT olahlah sikit letak tepung tu agar doh lembut dan mudah diterap. Dan hasilnya seperti gambar yang CT ambil tu hehehe. Besar jugalah biskut ni nak kena 3 kali gigit baru habis ngap hehehe.


Biskut ini juga akan CT buat lagi untuk hidangan dihari raya nanti, Insya'Allah. Tapi patutnya kenalah puasa dulu baru cakap pasal raya, ya tak hehehe. Banyak jugalah resipi yang telah CT simpan untuk dibuat dibulan puasa nanti. Kalau diberi kesihatan yang baik disepanjang bulan puasa nanti akan CT cuba kongsikan bersama di blog kesayangan CT ini buat teman-teman juga. Harap-harap IBU mertua juga dapat merasa hasil air tangan menantu sulong dia lagi untuk hari raya nanti seperti tahun-tahun sudah. Tahun lepas tak cukup katanya sebab sikit sangat CT buat, alahaiii... tahun ni kena gandakan sukatanlah jawabnya. Sebab nak bahagi kepada 3 buah rumah, rumah CT, rumah kakak dan rumah IBU mertua, adil lah tu kan hehehe.


Tinggal dua minggu aje lagi bulan Ramadhan akan menjelang, bahang panas bulan puasa seperti dah semakin terasa. Bagi kita yang dirumah ni kurang sikitlah terasa panasnya, tapi bagi anak-anak yang kesekolah berjalan kaki tu pasti letih. Tapi ok lah sebab walaupun panas tapi masih ada hujan. Semoga anak-anak CT dan anak-anak yang lain juga dapat melaksanakan rukun islam yang ke 4 ini dengan sempurna seperti tahun-tahun yang sudah, Insya'Allah.


Sempena bulan mulia yang bakal menjelang tak berapa lama lagi, CT harap apa yang CT kongsikan bersama di blog Dapur CT ini mendapat keberkatan dariNYA. Dan untuk semua resipi yang telah CT cuba dari perkongsian teman-teman diluar sana, CT mohon mintak dihalalkan segalanya ye. Semoga apa yang dikongsikan itu mendapat keberkatan didunia dan diakhirat... Aminnnn. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT buat teman semua. Daaa....


Biskut Butter Warna Warni
Sumber : Che CT

Bahan-bahan:
125 gm butter - lembutkan
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanila
1  3/4 cawan tepung gandum - tambah jika perlu
1/2 sudu teh baking soda

Hiasan Gula Icing :
1 biji putih telur
200 gm Gula Icing
1 sudu kecil air perahan lemon

Cara: Pukul putih telur, gula icing dan air perahan lemon hingga sebati, kemudian tambahkan pewarna yang digemari.

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180 C. Bakar biskut api bawah saja.
2. Satukan butter, gula kastor, telur dan esen vanila didalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan sederhana dan mengikis tepi mangkuk dengan kerap agar adunan rata hingga berkrim dan putih.
3. Dengan kelajuan rendah masukkan tepung dan baking soda yang diayak kedalam adunan butter dan gaul sebati.
4. Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut. Terap adunan dengan acuan pilihan. Jarakkan adunan biskut atas loyang yang dialas kertas minyak 1 1/2 inci.
5. Bakar selama 15 minit hingga tepi biskut perang keemasan. Bergantung pada ketebalan biskut juga. Sejukkan sepenuhnya atas rak dawai baru dipaipkan dengan gula icing berwarna.

25 comments:

  1. moning kak ct..he hhee biasalah kak bila dh cuti mmg malas nk mulakan balik..cantik biskut tue kak..menarik minat bdk2..deco pun cantik.suka tgok

    ReplyDelete
  2. Salam CT
    muah.. muah.. muah..
    Salam peluk cium dari ita.. ^_^

    Rindu dengan CT.. tu lah janji 1 minggu dah nak masuk sebulan dah menunggu mana lah hilang lama-lama ni..

    Nasib baik dapat biskut comel ni.. kalau tak merajuk dah kita..

    Selamat kembali semula merancakkan lagi blog masakan ni CT

    Dah terbau-bau dah aroma biskut ni.. nanti nak cuba lah nampak menarik! dan sudah semestinya menjadi penarik di meja hidangan di pagi Hari Raya..

    ReplyDelete
  3. salam kak ct..lamanya dia cuti.hehe
    kreatif nya biskut ni..bak sini sekeping

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum CT, amboi dah tayang kuih raya, puasa penuh tak?

    ReplyDelete
  5. Welcome back, Kak CT cayang... wahhhhhhhhh... dah dekat beno nak raya ni... cantik, menarik, memang debommm!!

    ReplyDelete
  6. Asslmkum kak CT.
    Yeee!!!..sue teka betul kan. Hadiahnya sekut satu balang tau..
    Hadoiii..dah mood raya ni kak..Ngeee

    ReplyDelete
  7. As salam kak CT,
    cntiknya biskut tu...nak buatnya pun mcm senang je bhnnya...nak try la nnti nie...

    ReplyDelete
  8. Salam rindu CT... nak biskut kaler maler sebalang

    ReplyDelete
  9. cantik lah biskut tu..memang menarik hati

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Kak CT..
    Hehehe jgn lupa bwk ke JB sikit raya nnti.. :)

    ReplyDelete
  11. Salam sis Ct...
    Rinduuu banget! Waaa...sekali muncul tayang sekut cantik pulak tu..bak sebalang 2 buat kudapan tengok tv...

    ReplyDelete
  12. cantiknya biskut raya kak ct..hehehe..tu le tengok resepi biskut butter...biasanya org duk paipkan je...bagus jugak idea akak ni..saya pun jenis suka terap lagi dari guna piping bag ni...suka lah..:)

    ReplyDelete
  13. salam Ct..
    cantiknya biskut ni rasa macam nk try je utk raya comey lotey mesti ramai yg suka nanti,welcome home Ct..

    ReplyDelete
  14. salam...kak ct, dah start projek sekut mekut ker kak... sedap sungguh nampak biskut tu... saya lebih tertarik dgn bentuk n icing kat atas tu... rajinnya akak pipe satu2...

    ReplyDelete
  15. ya Allah, rajinnya akak niii...jeles saya menengoknyeee...tambah jeles tengok gambar2 yang cantik kat sini~ berpinar2 biji mata saya..hahaha~

    ReplyDelete
  16. Assalam CT cayang...waaahh belum pose dah tayang2 kasi godaan dah ni...adeehh, akak tempah dgn CT je la raya ni eh..nak 2 balang...hehe. Cantik manis biskut ni mcm tuannya jgk...xpa besar2 gedabak pun, kenyang kena seketuii dua kan...hehe

    ReplyDelete
  17. salam kak ct, welcome back....nice biscuits & looks yummy too : )

    ReplyDelete
  18. salam kak ct

    cantiknya kukis tu, ala2 decorated cookies je kan

    kalau rajin, kalau lah boleh lah buat untuk raya nanti hehe

    ReplyDelete
  19. Malam kak ct sayang, mesti lah miss akak,lama tak mampir kesini, cantik cookies nya,sayang mau di makan nya.. di tunggu cookies hari raya nya yah,nanti melly datang bantuin abisin cookies nya..hehe

    ReplyDelete
  20. CT, cantiknya. Sayang nak makan klu cam gini. Banyaknya props CT, mana dibeli semua ini. Saya mmg tak ada semua ni sb baru nak belajar masuk dapur jer.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Kak CT,
    alahai comelnya sekut raya ni, geram je tngk..cantik yg amat..rajinnya akak kita sorang ni..dah terasa2 bahang rayalah..eehhh kita puasa dulu ya...

    ReplyDelete
  22. kelas kak ct...comeyyyyy sangat cookies tu...sangat rindu tunggu kak ct lama tul...anyway wish u gud luck...

    ReplyDelete
  23. Salam Kak Ct...
    dah masuk balang k biskut yang comei2 tu?..sangat cantik la kak..bole jadi perhiasan dalam balang tau..

    ReplyDelete
  24. kemain comelnya biskut tu..mmg dah mula terasa bahang puasa kan..bila nampak biskut, lagilah terasa suasana ramadhan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...