Thursday, July 26, 2012

Biskut Kelapa

 

Assalamualaikum... Salam manis dan salam mesra buat teman-teman yang selalu dekat di hati CT. Semoga semuanya didalam keadaan yang sihat sepanjang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Buat diri CT, begitulah juga. Sentiasa berdoa dan meminta supaya sentiasa diberikan kesihatan yang baik, berlebih-lebih lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini. Agar dapat menjalani ibadah ini dengan sebaik-baiknya, supaya dapat juga menyediakan hidangan berbuka yang terbaik untuk insan-insan tersayang di rumah. 


Untuk resepi hari ini, CT kongsikan resepi biskut yang jika ada yang berminat boleh juga dijadikan sebagai tambahan kepada senarai biskut yang sudah berderet di meja untuk tetamu yang datang berkunjung pada hari raya tu nanti. InsyaAllah, CT juga rasa nak buat Biskut Kelapa ini lagi untuk lebaran nanti. Sebenarnya, biskut ini adalah hasil untuk projek biskut yang CT buat semasa CT bercuti dari berblog tempohari. 


Resepi biskut ini adalah hasil pencarian CT dari satu laman ke satu laman web yang lain dalam mencari resepi biskut yang berkenan di hati CT. Akhirnya terjumpalah resepi biskut ni dari satu laman web. Tapi adunan dalam resepi tu tidak diletakkan kelapa kering untuk ditaburkan sebagai hiasan diatas biskut tu. Yang itu CT tambah untuk menampakkan lebih seri pada biskut kelapa ni. Biasalah kalau tidak menderhaka sedikit pada resepi, bukan geng masak-masak lah tu namanya hehehe.


Resipi yang CT kongsikan dibawah ini adalah 1/2 adunan dari adunan yang asal. Tapi itu pun banyak jugalah CT dapat, dalam satu balang plastik tu penuh juga. Jika hendakkan hasil yang lebih banyak, gandakan saja sukatan tu kepada mengikut banyak mana nak dapat hasilnya ye. Dan kalau rasa adunan tu bila dibuat nanti terasa sedikit lembik, tambahkan sedikit tepung untuk mendapatkan kepejalan adunan yang diinginkan. Tapi jangan pula ditambah terlalu banyak,  nanti bila dah siap dibakar, biskut jadi terlalu keras pulak.


Okeylah, kalau ada yang ingin menambah koleksi biskut dipagi raya nanti, bolehlah mencuba dan copy resipi yang telah CT letakkan dibawah ni ya. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Biskut Kelapa
Sumber: Che CT

Bahan A :
90gm butter - suhu bilik
40 gm gula aising
1/4 sudu teh kelapa kering

Bahan B :
50 gm tepung gandum
75 gm tepung kentang
15 gm kelapa kering
15 gm santan serbuk segera

Kuning telur + sedikit saja air - untuk sapu atas biskut

Hiasan :
Kelapa kering secukupnya - untuk tabur
Sedikit pewarna hijau

Gaul mesra hingga rata


Cara-cara :
1. Masukkan adunan A dalam mangkuk adunan dan pukul sehingga putih. Masukkan bahan B yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan lembik sedikit. Tambahkan sedikit tepung dan uli rata.
2. Tabur tepung atas meja dan gelek adunan setebal 1/4 inci dan terap dengan acuan pilihan.
3. Griskan dulang dengan sedikit butter atau alas dengan kertas minyak dan susun adunan biskut diatasnya. Jarakkan sedikit adunan.
4. Sapu atas biskut dengan kuning telur dan taburkan dengan kelapa kering yang telah diwarnakan.
5. Bakar suhu 170 C selama 15-20 minit atau hingga perang keemasan. Sejukan atas rak dawai sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.



17 comments:

  1. wah dh start mengukis ye kak, ni yg x sabor nk raya hihihi...biskut kelapa ni slh satu biskut wajib yg mak muda mas buat, sedap mas suka rasa serat2 kelapa ms gigit. Cntik je ada kale hijau ats biskut tu, idea menarik, leh tiru ni hehehe

    ReplyDelete
  2. emmm look nice...teringat kecik2 mak selalu wat biskut ni...dulu2 mana ada biskut coklat kn kak ct..tp ni pakai serbuk kentang ye...t zila cari resepi mak yg kelapa tau...hehehe........

    ReplyDelete
  3. enjin ngukis dah mula yerk kak..
    cantikk sekut kelapa akak tu..

    ReplyDelete
  4. Asslmkum Kak Ct.
    Sue ni pun tgh mencari2 sekut yg best2 utk raya juga ni. Rasanya dah tiba masa utk mula mengeledah hihihiii... Tahun ni nak buat sekut sendiri. X mo beli...Heee

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak CT,
    alahaiiiii comelnya biskut kelapa akak ni, teruja melihatnya..mcm sekarang gak nak mengookies...

    ReplyDelete
  6. tina tak penah buat biskut kelapa walaupun suka makan

    nanti boleh lah try buat hehe biasa beli je

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan kak ct!hehe..
    adoiii..Cantik jek kejadian kukis kak ct tu..*sambil hulur balang kosong

    ReplyDelete
  8. salam ct..
    semalam semasa bundo membelek majalah kat kedai, terjumpa dengan buku pemanis mulut ct. Terus sambar bawak balik. Bilalah kesampaian hajat bundo nak buat buku pulak agaknya..
    Angin buat biskut dah sampai ye ct. mmm.. sedap nampaknya.

    ReplyDelete
  9. Salam ramadhan CT, cantik acuan tu....hehe....biskut pun. Akk baru ada tart je, nak buat lg satu hari ni....kuih apa...tgh cari.

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik dan sedappp...
    Bahan2 pon mudah nk didapati..
    x sabar nk try buat sendiri.. ;))

    ReplyDelete
  11. kalau x pakai tepung kentang ..ok x agaknya kakCt..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalam CT cayang..cantiknya gambar...meh pinjam tangan tulun snap gambar2 food akak nnt...hehee.. Kukis tu nak gak, tukar dgn balang kosong, boleeeyyyy? ^____^

    ReplyDelete
  14. Nice blog :)
    salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  15. As'salam kak CT Cayangg..

    Alahai comel, cute cookies akak. Nanti kita tukar2 balang ehh~~~
    hehee

    ReplyDelete
  16. Stock untuk raya ke ni kak?...Dah masuk dalam balang kuih tu?...hanya menanti kehadiran aidilfitri nampaknya...Nak datang beraya boleh? (macam ayat Upin Ipin je...hu)

    ReplyDelete
  17. assalam Ct yg cantik manis...

    wahh... dah mulai buat kukis raya ye CT? cantik berseri kukis kelapa ni bila dimekap mcm tu.... tetamu tengok pun berselera nak menjamahnya..

    slmt berpuasa ye CT..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...