Assalamualaikum... Selamat berhari Isnin untuk pengunjung setia Dapur CT. Minggu lepas rasanya dah banyak kongsi resepi kuih, jadi hari ni CT nak kongsi resepi kek pulak. Dan kek hari ni pulak berposing dengan kamera klasik my laling hehe. Bukannya apa. Yang sebenarnya, kamera dan makanan yang ditayangkan adalah gandingan yang paling akrab dan tidak dapat dipisahkan. Kalau tak kerana kamera, takdelah gambar2 makanan yang cantik tu kat muka2 majalah, kat blog, kat facebook segala betul tak? Cuma, biasanya kamera jadi 'orang belakang tabir' je. Kamera yang buat keje, tapi makanannya yang dapat nama, betul tak? hehe. Jadi CT buat sedikit penghargaan pada 'orang belakang tabir' dari zaman dulu-dulu koleksi my laling CM yang berjumlah lebih 50 buah tu untuk diposingkan sekali-sekala bersama resepi CT sebagai props hehehe. Dan untuk yang ditampilkan hari ni, kamera klasik Yashica FX-3 yang my laling telah gantikan dengan kulit berwarna merah.
Berbalik pada resipi CT hari ni, resepi Marble Cake yang CT ambil dari blog JUN. Mula2 masa pukul telur dan gula tu punyalah naik tinggi sampai naik penuh mangkuk adunan. Bila dah masukkan tepung segala dia turun plak... hehehe. CT tak ada serbuk koko sebab dah kehabisan masa buat RVC tu hari. Jadi CT gantikan dengan susu tepung dan buat marble 3 warna jer. Itu pun tak berapa jelas kalernya. Tak kisah yang pasti kek ni memang moist dan sedap. Next time nak guna loyang empat segi 6 inci biar dia naik tinggi sikit. Yang CT buat ni guna loaf pan 8x5x2.5 jadi dia duk nipis dan memanjang. Walaupun dia nipis rasanya sedang2 elok jer tak berapa manis sangat. Terima kasih ya JUN untuk resipi kek yang betul2 sedap dan lembut ni. Jika disimpan semalaman lagi sedap. Izinkan CT berkongsi resipi ni dalam Dapur CT pula ya JUN. You follow, I followwww......
Marble Cake
Sumber : JUN Yummylicious
Resepi di olah : Che CT
Bahan-bahan :
4 biji telur (CT guna gred A)
200 gm krim masam
120 gm butter - dicairkan
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat + 1 sudu teh cuka masak
1 sudu besar susu tepung (resepi asal guna serbuk koko)
Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu selama 5 minit . (pastikan ada jam disebelah anda ya :) )
2. Masukkan butter cair dan krim masam. Masukkan tepung, campuran soda dan cuka. Pukul lagi pada kelajuan sederhana.
3. Adunan dibahagi dua, satu campurkan dengan serbuk koko. (CT bahagi 3 dan warnakan berasingan setiap satu).
4. Masukkan adunan kedalam loyang beralas dan bergris secara berselang-seli. Bakar pada suhu 175C selama 40minit atau hingga masak.
Salam Ct.Cantik warnanaya.Bolh la buat minum kopi petang ni.
ReplyDeletesalam kak ct.sedapnya kek.nak sepotong wat breakfast :)
ReplyDeletePuan Ros @ Sinaranmenu.blogspot ~
ReplyDeleteWa'salam kak rose, kek ni sesuai dimakan bila2 masa pun. ct buat pun memang untuk minum petang merangkap ker bf ni haa..hehehe
nonierahman ~
ReplyDeleteWa'salam Nonie, boleh meh singgah sini kkita makan sama2 ya :)
salam ct. Bundo dah berangan sejak minggu lepas nak buat kek ni tapi bizi sampai tak sempat. Nampak gebu dan sedap kek ct ni. Cantik jer susunan kaler tu..
ReplyDeletesalam kak CT...
ReplyDeletepagi2 dah tayang kek....teringinnya!!!
Ibundo ~
ReplyDeletewa'salam ibundo, tulah ct pun alam dah simoan resipi dari Jun ni. sering kali belek buku resipi ct nak buat tapi asik tertunda jer. last2 nekat buat juga dan jadilah akhirnya..hehehe
Wanieyra ~
ReplyDeleteWa'salam ira, pagi2 saje k.ct nak tayang nak buat ira kecur ni haa.. hehehe
Assalammualaikum CT & Slmt pagi Isnin..
ReplyDeleteWah pagi nih tayang kek pulak.. walaupun CT kata kek nyer agak rendah pada mama dh memadai sbb senang nak ngap msk mulut hehehe mcm moist kan cake nih...
Yg kat bawah roti pandan kukus tak blh tahan lah mama tgk..lama tak buat..yummy nyer hehehe
Mak ai mengancam nya kek tu...nampak sungguh moist...n bila nampak gambar kamera tu, sungguh meruntun ingatan pada kamera lama saya... terus rasa ank tinggal jejak kt sini...salam ukhwah dr saya...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum K.CT,
ReplyDeletepagi2 tngk marble cake buat terliur je...lama dah tak membaking...rasanya nak wat gaklah..tu pun kalau mood rajin dtnglah....minggu ni anak2 exam2...busy sikit...
salam CT...color yg cantik...bertambah terliur nk mkn...
ReplyDeletesekali tengok cam puding, dua kali renung baru nampak cam kek.. lawo la.. match jer dgn kamera pakai jaket merah tu .. :)
ReplyDeleteaslmkm kak CT...krim masam tu tukar yogurt ok tak? hehe..cantik kek akk buat ni
ReplyDeleteas-salam kak siti
ReplyDeletemmmm... menggoda kalbu kek marble tu..warna yg cantik..
omeynyer kek kak ct.. mmg nmpk cam puding, sure mosit kan..
ReplyDeleteSelamat pagi Kak CT
ReplyDeletetak bole nak kata apa lagiii...ternganga je mulut tengok kaler yg cantek berseri tu..kebetulan Rahel ada buat kek marble gak pagi ni,tp yg kukus punya...emmmm enak banget.
sedapnya, kak CT boleh ajar tak cmana nak belang kan kek ni, saya fail bab2 mcm ni
ReplyDeleteMama Hawa/Mama Nani ~
ReplyDeleteWa'salam Mamahawa..slmt petang :) baru sempat jengah lagi ni. lama rasanya tak buat kek ni mama. Harap boleh buat mama teringin nak mencuba pulak nanti..hehehe
roti kukus pandan tu, seisi keluarga memang suka Mama, meh lah cuba :D
Chah ~
ReplyDeletekek marble in memang mois Chah.Tambah2 lagi kalau disimpan semalaman. kalau nak cuba resipi dari JUN ni, silakan ya :D
peminat tegar kamera lama juga ker Chah :D
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam Yatie, menjadi kebiasaan anak2 akan exam mak2 dia yg susah hati kan :)
k.ct kalau buat kek ni tak boleh selalu Yatie, kang tak ada siapa nak kasi habis. setakat buat sikit2 atau yang sedap kat tekak anak2 cepatlah habisnya..hehehe
lyn at home ~
ReplyDeleteWa'salam Lyn, nak balik kampung ker raya haji nanti, mesti seronok berkumpul dengan family kan. semoga selamat semuanya dan jangan lupa buat kek ni untuk keluarga tersayang raya nanti ya :D
noorsafone ~
ReplyDeletewa'salam Mamanoor, hehehe..terliur jangan tunggu lama2 mama. cepat2 buat hubby mama mesti suka nanti :D
K.Nor ~
ReplyDeletehahaha..nasib baik dua kali tengok cam kek. kalau cam batu marble dah kena check mata tu Nor..hahaha. Adoi..gurau2 ya nor. kita tukar nor dengan daging berempah tu, sedap sangat ct tengok :)
Anna Qawina ~
ReplyDeleteWa'salam Anna, kalau nak tukar yoghurt boleh kot, rasanya lebih kurang sama jer. Ehh..cuba tanya orang yang lebih pakar, k.ct main cakap jer ni..hehehe
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam ady, tr kasih. Tapi terpesona lagi dengan muffin yang ady buat tu, lain kali nak cuba :D
tun_telani ~
ReplyDeleteTunnnn! k.ct pun comel gak kan..hahaha. Dah dua orang cakap nampak macam puding. ni nampak gayanya memang kena buat puding lah macam ni..hehehe
Rahel ~
ReplyDeleteselamat petang rahel, dah tutup mulut belum tu..hehehe. kalau nak nganga, meh sini k.ct suap sekali kek ni meh..hehehe.
nak buat kek marbel kukus..sedap banget mois gituuu! meh cuba resipi dari Jun ni nak tak :D
Tina Othman ~
ReplyDeleteTina, kalau nak marble kek selalunya k.ct selalu gunakan pisau yang kecil dan sukatannya adunan tu kasi sama dan kalau nak nampak lagi cun lah kan. selalunya k.ct akan tompok2kan adunan tu dan buat pusingan dengan lidi satay jer. lain orang lain caranya Tina :D
salam singgah
ReplyDeletesesekali kita tukar warna marble cake ni bagus sungguh..selera nak makan dan buat pun tinggi..suka sangat
dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com
Qhaifa Nur ~
ReplyDeleteSalam kembali Qhaifa nur, terima kasih singgah Dapur CT dan follow. memang elok kalau kita mencuba sesuatu yang baru. Tidaklah terasa macam sama kaler2 yang dibuat tu kan. apa pun kek marble ni memang sesuai kalau kita buat kaler2 yang lembut sedikit nampak cantik jer kan :)
sedapnya Ct...tergoda Liza tgk kek marble ni...
ReplyDeleteSalam cayangggg CT...amboiii cantiknya marble2 kek tuuu..nampak cukup gebuuu dan halus...harus akak buat nnt...kek halus...tp akak xkan halus la macam kek ni....adeeiii :))
ReplyDeleteSalam CT cayang. Walaaaa.... cantik nya kek, tambahan nampak sangat pro ler gambo2 tu.
ReplyDeleteCantik kak keknya.. Warne mewah. Rasa pun mewah yg pastinya. Nk pulak kek guna krim ni kan. Mmg cntik bila prop antik ada dsitu
ReplyDeletekek marble mmg fav kami sekeluarga... utamanya irfan n daughter... lain kali bole ikut resipi nie.. mmg cantik n nmpk sedap kek tu akak..
ReplyDeletecanteekkknya..emas jerk tergoda tengok.....
ReplyDelete