Monday, June 6, 2011

Strawberry Yogurt Muffin




Assalamualaikum .... salam ceria di pagi isnin untuk semua. Pejam celik dah seminggu anak2 cuti sekolah. Dan pejam celik juga dah dua hari CT bercuti dari update entri diblog juga hehe. Sebenarnya dua hari yang lepas ni CT sangat busy. bukan busy apa, cuma busy makan angin sekitar kotaraya dan membeli-belah sakan keperluan anak-anak aje. Niat hati ingin balik kampung di JB tapi terpaksa dilupakan memandangkan my laling sangat sibuk dengan urusan kerja sehingga akhir bulan Jun ini. InsyaAllah bila ada kelapangan selepas bulan Jun nanti barulah dapat balik kampung.

Berbalik pada resipi hari ini iaitu Strawberry Yogurt Muffin ni, CT ambil dari FP Cek De Sam. Hasil meronda2 dari FP RinnChan maka bertemulah resipi yang sangat senang dan cepat nak disediakan. Buah strawberry pun masih berbaki dalam simpanan, jadi sayang pulak kalau tak diguna sebelum dia kecut. Jangan membazir itu amalan yang tak baik, maka terjadilah kejadian muffin yang lembut, sedap dan terasa sedikit manis serta masam dari buah strawberry ni. Kalau ada yang ingin mencuba, silakan ya. Terima kasih buat penyumbang resipi ni. Minta izin untuk CT kongsikan dalam DDCT juga.


Strawberry Yogurt Muffin
Sumber : FP Cek De Sam

Bahan-bahan :
85 gm mentega
85 gm gula halus
2 biji telur gred A (CT guna gred B)
175 gm tepung gandum *
10 gm baking powder * (* diayak) (CT letak 1 susu teh)
80 gm yogurt perisa strawberry (CT guna yogrut plain)
1 sudu teh strawberry emulco (CT tambah)
3 biji strawberry segar, dipotong kecil (optional)

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup. Ketepikan.
2. Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan strawberry emulco, putar rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
3. Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. (Ada lebihan buah strawberry tu, CT potong dan letak atas muffin tu).
4. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
5. Boleh guna apa perisan yogurt mengikut kegemaran.



16 comments:

  1. Mesti sedap ni KCt..masam masam gitu.. i like...cun giler

    ReplyDelete
  2. Salam kak CT! betul kata kak Nazrah! kita suke mkn masam2 sbb dia punyer adunan tu dah manis layankan pulak dgn strawberry mmg best! rasa mcm nak buat jgklah! nanti nak carik strwberry :D

    ReplyDelete
  3. Salam kak CT.. Nampak sedap je muffin akak tu.. Comel dan sweet rupanya...

    ReplyDelete
  4. salam CT
    comelnyer muffin tu..
    strawberry pun ada ni boleh lah cuba nanti...

    ReplyDelete
  5. Salam CT..

    suka tengok orang buat muffin.. tapi belum rajin nak buat.. macamna ni.. huhu..

    ReplyDelete
  6. salam ct,pagi2 tadi akak dah dtg tapi tak dpt nak komen..ni akak dtg lagi ambik resepi..teringin nak buat ni..hehe

    ReplyDelete
  7. rasa masam2 manis tu yg buat saya terliur CT.. saya suke jugak buat muffin.. sng n cepat.. makan panas2 masa minum ptg mmg best..

    ReplyDelete
  8. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    Nazrah, memang sedap kak ct dah makan lepas bako tu biar sejuk jap. lepas tu makan, sangat mois. cuba lah :D

    ReplyDelete
  9. ijayuji ~

    Wa'salam Ika...cubalah ika. kak ct cakap sangat sedap tapi kak ct buat 1/2 adunan jer pun dah banyak dah untuk family macam akak nilah.

    ReplyDelete
  10. Juwita Jamaludin ~

    Wa'salam Ita... hehehe. cun macam tuan yang buat. kecik2 jer memang sesuai 2 kali ngap terus masuk mulut ni ita.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Azlita Aziz ~

    kalau biuah dah ada, apalagi tunggu ita, jom lah buat muffin tu untuk minum petang pulak...hihihi

    Happy Annivesary ya Ita :D

    ReplyDelete
  12. Along Maklong ~

    Wa'salam maklong..apa kata maklong merajinkan diri petang ni. sambil godek2 sekejap jer dah siap. boleh lah suami maklong dan anak2 merasa masakkan tu nanti :D

    ReplyDelete
  13. anymz ~

    Wa'salam Kak Anim..terima kasih kak, sudi bertandang lagi. nak datang berapa kali pun tak apa kak, pintu dapur ct ni sentiasa terbuka. masuk ikut pintu, kalau tingkap tak muat kang.. hahaha.

    meh lah cuba kak sedap muffin ni masam2 manis gitu rasanya sedappp!

    ReplyDelete
  14. dZana ~

    Sebelum ct amik gambo dah seketul ct makan, sebab nak merasai macamana kalau diletak buah strawberry lebih dalam tu, memang terasa masam2 manis lah kat muffin tu. sesuai lah bagi pengemar buah strawberry kan. cubalah zana :D

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum akak..
    aduh akak ct ku cayang... cantik nya muffin tu akak... pasti sedap nie kan akak.. nak nak.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...