Saturday, June 4, 2011

Cabaran Daisy 2011



Assalamualaikum.. Salam berhujung minggu buat kawan-kawan semua. Dalam diam dah hampir seminggu rupanya cuti sekolah berlalu. Tinggal seminggu aje lagi, lepas tu rutin seharian kesibukan anak-anak bersekolah akan bermula seperti biasa.

Hari ni CT tak akan bercakap tentang masakan atau menayang menu masakan seperti biasa tetapi CT ada berita yang hendak dikongsikan kepada semua.

Dua hari lepas, CT dapat message dari seseorang bernama kooiching di kotak Msjbox di sebelah tu. Dia jemput CT untuk menghadiri satu majlis pelancaran dan mintak CT hubungi dia. Biasalah bila dapat message yang macam tu mulanya CT buat dek aje sebab CT ragukan kesahihannya jadi CT mintak encik suami tolong siasat dan pastikan. Lepas tu my laling CM tolong uruskan dengan menghubungi orang tu dan semalam my laling bagitau dia dah dapat emel kepastian dari orang tu bersama jemputan rasmi. Rupanya dia adalah pegawai dari UTUSAN MEDIA SALES SDN BHD yang juga mewakili akhbar KOSMO. Pihak KOSMO dan Daisy bersama duta masakan mereka iaitu Chef Liza Zainol akan menganjurkan event usahasama "Cabaran Daisy" jadi mereka akan mengadakan majlis pelancaran pada hari Khamis depan bersama sidang akhbar sekali. Untuk majlis tu mereka turut menjemput beberapa wakil blogger yang dipilih untuk bersama-sama memeriahkan majlis dan selepas itu diminta untuk mempromosikan event tersebut dengan menyiarkan iklan berbayar tentang "Cabaran Daisy" dalam blog masing-masing. Itulah ceritanya..

Nampaknya CT berpeluanglah untuk berjumpa dengan Chef Liza Zainol yang juga merupakan duta Daisy dalam majlis tersebut. Selepas majlis tu nanti, CT akan bercerita lebih lanjut ye. Sehingga tu, salam berhujung minggu untuk semua :)

9 comments:

  1. Assalamualaikum akak..
    wah tahniah buat akak ct cayang... seronoknya dapat jemputan tu akak....bangga ngan akak.. :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. tahniah CT..
    tak sabar nak dengar cerita selanjutnya.. hehe..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ct,
    seronok dgr cerita ct, amie pun tumpang bangga & gembira, moga ct terus maju ke depan...amin.

    ReplyDelete
  4. Salam CT,
    Wahhhhh bestnya, dpt berjumpa chef terkenal, tumpang rasa bangga makin ramai blogger masak memasak yg menjadi glamer

    ReplyDelete
  5. Tahniah juga dari saya..Rezeki dari Allahkan, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. salam CT..
    waaaaaa.... seronoknya ita dengar...
    Syabas! dan sekalung tahniah dari ita.. semoga CT terus maju jaya!

    ReplyDelete
  7. Kak CT haritu dtg x leh komen.. Tahniahbkak.. Jgn lupa amik gambar ye pergi nanti

    ReplyDelete
  8. Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...