Thursday, June 16, 2011

Puding Roti Marble




Assalamualaikum.... Apa khabar teman2 semua hari ni, mudah2an kita semua ceria, bahagia dan dalam lindungan Allah selalu ye... aminnn. Hari ni kepala rasa berdenyut2 pulak, berdenyut yang datang setiap bulan tu.. alah takkan tak tau kot hehehe.. tapi CT tak layan pun. Buat macam biasa, walau pada hakikatnya bila berjalan tu macam bergegar je rasa kepala ni. CT jarang nak telan panadol kalau sakit kepala ni. Sebab CT tak nak manjakan diri sangat dengan ubat. Bawak berehat secukupnya dan banyak minum air masak, insyaAllah mesti hilang sendiri sakit kepala macam tu ye tak.

Resipi hari ini, Puding Roti Marble ni, CT ambil dari MyResipi dari Hana Kuantan. Dah ubah nama lak yek Hana sekarang ni... hihihi. Dulu Hana Jepun kan, sekarang dah jadi Hana Kuantan pulak. Tapi tak kisahlah sebab orang nya tetap sama. CT tak marblekan puding ni, cuma dok lapis2kan jer. Masa buat ni kepala tengah tingtong jadi hasilnya tak berapa cun sangat lah. Tapi alhamdulillah sebab rasanya memang sedap, dan saje jer CT letak hiasan buah laici atas puding tu... hihihi. Sesekali makan macam ni, memang sedap tambah lagi kalau disejukkan dulu dalam peti ais, lagilah bertambah sedap. Terima kasih buat Hana dan MyResipi juga. Ada yang nak mencuba ker puding roti marble ni, meh lah cuba ye :D


Puding Roti Marble
Sumber : Hana & MyResipi

Bahan-bahan : ( satu loyang )
4 keping roti - disiat2
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter / marjerin - (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)

Cara-cara :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis / me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding / agar2 ni mudah sejuk / membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!




38 comments:

  1. Salam CT...

    Pagi hari dah singgah sini...cantiknya puding roti....dahla gambonya cantik...rasanya confirm sedap ni....kak cek nak sebiji boleh....:)

    ReplyDelete
  2. morning kak CT..
    awalnya arini.. nmpk mcm aiskrim laa puding roti tu.. hihi. omey!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    puding ni memang sedap. cantik le gambar2 kat atas ni.

    ReplyDelete
  4. nakkk pudinggg...
    sedappnya tengok puding tu...
    cantik la tu..

    ReplyDelete
  5. wadduh..!! mengancam giler...gojes

    ReplyDelete
  6. Assalam kak ct,wah pepagi dah nmpak puding mabel laici yg sodap nih,comey mcm tuannya kak,Btw,rehat secukupnya kak,org pompuan camtu lah kak kan,tiap2 bulan,pstt igt tadi pening da isi,hikhik..

    ReplyDelete
  7. Salam kak CT

    jelitaaaa nyaaa mak oiii puding nih!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Ct...
    Pepagi udah singgah umah Ct nie... bila akak tenungggg dan terus menenunggg.... wadusss cantikkkk ler kejadian Puding yang Ct buat... feling abisss akakk...

    ReplyDelete
  9. cik cek ~

    Wa'salam kak cek, tr kasih kak sudi singgah Dapur CT ni. bukan satu malah ct boleh buat tu kak cek lagi kalau nak... hihihi. memang sedap kak tambah lagi kalau makan sejuk2 :D

    ReplyDelete
  10. tun_telani ~

    slmt pagi Tun manis. oh ada macam aiskerim eh. sebab dia molat2 gitu bentuk dia..hihihi. yalah dah namanya puding kena buat bentuk apa2 pun sesuailah kan. comey mcm kak ct tak tun.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Kak Sam ~

    Wa'salam kak sam, tr kasih kak sudi dtg Dapur CT. Alhamdulillah..memang sedap ct dan anak2 pun suka makan. Thanks to Hana lah kan.

    ReplyDelete
  12. Mas~

    Mas, buat lah tuk petang ni. sekejap jer dah siap tu kalau dok godek2 kat dapur :D

    Harap ain dah sihat ya :)

    ReplyDelete
  13. Gee ~

    Terima kasih Gee, ada nak cuba buat tak ni :D

    ReplyDelete
  14. Zaliedana ~

    Wa'salam CT..hahaha. dah nak masuk asar, tak dan nak jaga baby lagi dah CT. nak rehat dah... hihihi.

    CT cuba lah buat puding ni. sedap tau tak tipu punya :D

    ReplyDelete
  15. Yat Maria ~

    Wa'salam Yatt, jelita dan anggun macam kak ker? ...hahaha. Tak kan puding jer yang jelita, puji lah kak ct sekali.. makaiiii..melebih2 dah yek.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Nur Ede ~

    Wa'salam kak ede, alah kak buat puding tu macam rasa tak sempurnalah. kepala tengah pening2 jadi nak melapis pun macam tak syok jer tengok :)

    ReplyDelete
  17. adoiiii... pengsannnn!!! tak tau nak cakap apa dah mmg cantik sangat!!! tergoda...

    ReplyDelete
  18. Salam CT..

    hisshh.. tergodanya tengok puding tu..... cantik betull.. berkilat2 berlapis2 lagi...

    tiap kali tgk kawan2 wt puding mmg teringin sgt nak wt.. tp... sudahnya.. angan tinggal angan je.. hahaha.. alasannya takut sendiri buat & sendiri kena habiskan.. hehe.. kat rumah tu anak2 & en.suami kurang gemar sgt puding2 ni.. kalau mkn pun sekadar merasa aje tak reti nak mkn ulang2.. tu yg mood nak memuding selalu cepat luntur..

    oh ya.. tahniah CT coz masuk Kosmo! husband MaDiHaA memang tiap2 hari beli Kosmo! cuma sy je kdg sempat baca & kadang tak sempat baca... nnt ku belek2 semula akhbar tu yer... hehe..

    ReplyDelete
  19. as-salam kak ct
    amboi.. tersangat cantik lah pudding roti tu.. tergoda lah ni..

    ReplyDelete
  20. kreatif sungguh:)..cuaca panas begini memang sesuai makan puding ..sejukkan dulu:)...teringin..

    ReplyDelete
  21. CT, amboiiii...puding tu terbekenan jek akak tgk...kalau dpt seketuii tu..pengsaann lelap tdo..puashati..hehe

    ReplyDelete
  22. waa~~cantik dan nampak sedap!rajin kak CT..pening2 pon msh nk buat puding roti:))

    ReplyDelete
  23. Azlita Azizi ~

    Jap..jao ita, nak pengsan ker? ct bentang tilam dulu tau.. okey boleh pengan sekaranggg.. hahaha

    ReplyDelete
  24. MaDiHaA a.k.a Ratna ~

    Wa'salam Ratna, tr kasih atas ucapan tu. ct memang dulu tak baca kosmo pun baca metro jer. lepas jumpa chef liza tu terus beli dan baca kosma.. hihihi. ada makna tuuuuu.. hehehe

    Okeylah kat rumah masih ada yang sudi nak makan puding2 ni. Tapi ct jarang nak buat banyak2. ikut pada puding2 gak lah. kadang2 buat sikit tak cukup gak ratna :D

    ReplyDelete
  25. Ady ~

    tr kasih ady, meh lah cuba setakat makan sikit2 anak beranak tu bolehlah buat nanti. ikut kreatif ady mesti lagi cun :D

    ReplyDelete
  26. cikmanggis ~

    CM..sekarang cuaca dah panas balik, memang betul sesuai sangat, buat makan2 petang hari pun boleh ni.

    Harap CM sihat2 selalu ya :D

    ReplyDelete
  27. Ummi ~

    kak ummiiiiiiii... meh2 ct suapkan..hihihi makan puding ni sambil baring2 atas kerusi malas tu syok gak kak. sambil makan puding hirup sekali smoothie mangga memang sesuai kak... hihihi.

    ReplyDelete
  28. Maira Anjami ~

    Maira, nak buat camana, dah nak makan kenalah rajin juga dik. pening2 kia ni kalau tak gerak tak dapat lah nak makan sedapkan.. hihihi.

    Dah dapat makan kek coklat tak ni :D

    ReplyDelete
  29. salam k.ct,

    kitakan dah kawan dalam fb sebab main game, tapi langsung lupa nak link blog k.ct dgn my blog. minta izin link blog ye k.ct :D

    ReplyDelete
  30. wow terpegun tgk puding akak ni...cantik mcm org yg buatnya juga...suka tgk gambar akak semuanya cun jer..:)

    ReplyDelete
  31. Sizuka ~

    Wa'salam shidah, tu lah pasal. kalau shidah tak masuk sini sampai bila2 kak ct tak kenal siapa sizuka ni tau.. hihihi. apa pun thanks ya shidah :D

    ReplyDelete
  32. Ida,Japan ~

    suka ker, pi lah buat tak susah pun ni ida. buatnya pun sonang sangat2 :D

    ReplyDelete
  33. Nieza ~

    Nieza, jangan lah puji2 sangat, kang pengsan kang..hahaha. Gambar2 nieza pun apa kurangnya masak pun pandai dan sedap2 semuanya :D

    Bila lagi nak gi memancing, nak ikuttt :D

    ReplyDelete
  34. salam kak CT shanteknya suka tengok... kreatif la akak.. puding ni sedapkan

    ReplyDelete
  35. Juwita Jamaludin ~

    Wa'Salam ita..memang sedap ita tak muak makan, apa kata ita buat juga mesti anak2 suka makan ni :D

    ReplyDelete
  36. salam kak.... tgh terkebil2 nih tgh puding cantik tuh... tang mana la yg dikatakan tak cun tuh... rasa terlebih cun ada la.. hihihihihi... thanx kak sudi try... tgh ting tong skrg nih mls nk update.. huhuu...

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum akak...
    cantiknya puding tu akak... kalau diana dpt segelas nie kan... pasti dok tenung dulu puas2 puding tu tau akak... hehehee... sayang plak nak makan.. cantik sgt...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...