Sunday, May 31, 2009

Puding Sago Gula Melaka




Jom menjamu selera dengan Puding Sago Gula Melaka... lepas makan pedas2 kena lah makan dessert yg sejuk cam ni pulak kan. Yang ni pun request dari my laling gak lepas dia tengok rancangan Travel & Living kat Astro 707 yg tunjukkan chef Mat Saleh tu meneroka makanan Malaysia, salah satunya puding sago ni lah. Banyaknya permintaan my laling ni kalau dia ada kat umah hehehe. Tapi tak apa lah, untuk yang tersayang sanggup ku korbankan apa jua hehehe. Dah ramai gak yang buat dessert ni, tapi tak apalah aku kongsikan resepinya kat sini ya :-D


Puding Sago Gula Melaka
Resepi Original CT

bahan-bahan:
200 gm biji sago
200 gm gula melaka
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Masak sago dengan air mendidih, masak sehingga jernih. Setelah siap diangkat, cuci bawah air mengalir hingga hilang kanjinya. Toskan dan masukkan sago dalam acuan dan dinginkan.
2. Untuk kuahnya, Santan pekat dimasak dengan daun pandan yang disimpul bersama sedikit garam. Jangan sampai pecah santan ya.
3. Sebagai pemanisnya, Gula melaka dimasak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat.
4. Untuk menghidangkan, sago yang telah disejukkan diletak dalam mangkuk dan dituangkan santan sejuk keatasnya. Diikuti dengan sirap gula melaka. Sedap dimakan semasa sejuk.


16 comments:

  1. sodapnya....dah lama tak makan sago nie

    ReplyDelete
  2. Jom ler padlah..dah cuti skola ni kan..mula kan projek kat dapor pulak hahaha

    ReplyDelete
  3. Cantik je sago tu duduk dalam gelas... sago dgn gula melaka memang sedap... terbukti turun temurun.heheh :)

    ReplyDelete
  4. wahhh..nampak sangat cantik dan pastinya sangat sedap!..sejuk tekak!

    ReplyDelete
  5. ermm yg ni pun peberet cik abg sabar gak..lg plk keluar dr peti ais...ermm sodapnye...

    ReplyDelete
  6. Memang sedap puding sago ni ijan... nak2 kalau makan sejuk2 emmm nyaman jer masuk tekak :-)

    ReplyDelete
  7. CikManggis... sejuk tu memang sejuk tapi buat sikit tak cukup pulak hehehe

    ReplyDelete
  8. Lin...cik sabar suka gak ehh..bole lah buat untuk cik sabar bila balik nanti ehh *wink*

    ReplyDelete
  9. sedap puding sago gula melaka ni....nyaman jer kat tekak.. tapi kalau kita buat la kan.. kit makan sorang-sorang jer.. org rmn tah shuke...uhu...jamu mata jer la.. kat dapur Ct

    ReplyDelete
  10. Nora.. tak per lah kalau yang lain tu tak suka..yang penting kita suka kan hehehe

    ReplyDelete
  11. Tak pernah makan puding sagu, selalu makan sagu bakar .

    Tapikan ... menu kak nampak eksklusif bila makan ngan sudu tuh kan .. kan ...

    ReplyDelete
  12. my feveret dessert ni... sedap.. nak kurang kolestrol kite leh gune susu cair kan.. betol x kak ct??

    ReplyDelete
  13. Linda...kalau tak pernah makan,haaa..tu yang kena cuba dulu.bila dah rasa mesti nak lagi ;-)

    ReplyDelete
  14. imma - vogue ... bole jer kalau nak guna susu cair.sedap gak kan dah cuba belum hehehe

    ReplyDelete
  15. kak ct

    terliur tgk sago tu..pernah buat sago dulu sekali tapi tak jadi..camner nak buat sago lawa mcm gitu?

    ReplyDelete
  16. ct adoi i buat sago likat gile. ke terlebih air. plz advice me dr A-Z sago tu dibersihkan hingga d msk bagaimn....santan & gula melaka jd dah ni sago x nmpk bubble ye dah ni...rasa nak buang ke tong sampah je ni....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...