Wednesday, May 20, 2009

Kuih Seri Muka




Kuih Seri Muka ni kalau buat untuk sarapan pagi dan minum petang pun okey gak kan. Aku amik resepi dari umah Cik MatGebu yang sekarang ni tengah hangat kumpul barang2 antik I tell you hehehe. Kat resepi tu mat letak color biru... tapi aku tak letak lah color biru, takut anak2 tak nak makan pulak. Aku biar dia original putih dan hijau jer, naik gak serinya hehehe. Sekarang ni tengah dilanda kemaruk malas nak masak2 hua... hua... hua... Sebab semua bahan dalam petiais tu harus diberes kan dengan segera. Nak balik kampong la katakan.. hoyehhhh... Tapi bukan lama pun. Cuma 2 ari jer... boleh lah gantung periuk dan kuali hehehe. Tapi rindu gak 2 hari tak dapat bukak blog nanti kan :-( Apa-apa pun, jom kita layan resepi ni okeyyy... CnP jer dari umah mat, kemalasan sedang melanda (^_^)


Kuih Seri Muka
Resepi dari MatGebu

Bahan lapisan bawah :
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)

Bahan lapisan atas :
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*
1 camca teh pandan paste
(bahan bertanda * - dikisar dan tapis)


Cara-cara:
1. Untuk lapisan atas: Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 inci, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).
2. Untuk lapisan bawah: Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
3. Untuk kuih seri muka: Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...

5 comments:

  1. lor nape x guna color purple jek...mesti anak2 suke CT..
    blk kg nnti kasi roger2..lin hr sabtu& ahad ni ada yassin&fardhu ain lak..nnti CT sms klu dh sampai oke..

    ReplyDelete
  2. Lin...kalau guna purple..kang ank2 x suka lak. Lian lah buat talam maybe diaorg bole makan hehehe

    ReplyDelete
  3. my peberet,...tapi tak berani mkn byk2 sbb ada puulutkan?....siti caesaran masa berslin hr tu...takut nak mkn pulut..

    ReplyDelete
  4. kita suka makan yang atasnya je,suami kita suka makan pulut je!..hehe

    ReplyDelete
  5. terliur tgk kuih seri muka ni..my feveret!!! kak ct, if balik jb ajak la cik mat dtg rumah hntr kuih ni..hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...