Wednesday, May 13, 2009

Kue Teow Goreng Kerang




Ini menu untuk anak2 dan juga aku petang tadi. Oleh kerana my laling keje, jadi kue teow ni kita orang yang makan bagi perabis petang tadi. Hari tu aku ternampak kat umah Hana menu ni. Dah berapa hari nak masak menu ni, asik tertangguh jer disebabkan kerang tak muncul2 kat kedai. Kue teow ni pulak memang feveret aku, tu yg aku telan air liuq jer dulu.. Hari ni dapat juga menunaikan hasrat dihati hehe.. Emm... apalagi kita layan duluuuuuu..


Kue Teow Goreng Kerang
Resepi dari Umi_e MyResepi.com

Bahan-bahan:
1 kilo kue teow (CT buat 450 g)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada kisar (kepedasan ikut suka)
2 biji telur
20 batang crab meat (CT ganti dgn kerang rebus)
1 genggam taugeh (CT ganti dgn daun kucai)
1 bungkus fish ball (CT tambah sendiri yg ni)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
1/2 cawan air
(Bahan bertanda *- blend/tumbuk hingga halus)

Cara-cara:
1. Cuci dan toskan kue teow. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg diblend/tumbuk, bersama lada kisar dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kacau rata. Tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh ditambah lebih air kalau suka).
4. Masukkan garam dan perasa dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau hingga telur sebati (akan jadi pekat).
6. Masukkan daun kucai, kerang rebus dan fish ball, kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, masukkan kue teow dan gaul hingga rata, perasakan dan tutup api.

4 comments:

  1. saya pon suka makan kuiy teo...tgk gambar tu...aduhai..ble bikin meroyan tau!

    ReplyDelete
  2. ermmm sedapnye..nnti lin dtg lg,btkn kuew tiaw lak ek..kerang lbh!! hehehe

    ReplyDelete
  3. Meroyan..!hiss jangan, x dapat den nak nolong nya padlah hahaha

    ReplyDelete
  4. Insya-Allah lin... kalau ct sihat bole lah ct buat kan ya hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...