Monday, June 1, 2009

Onde-Onde Buah Melaka




Sedapnya Onde-onde Buah Melaka yg aku buat untuk santapan keluarga ni. Lama dah tak buat kuih ni sebenarnya. Dan selalunya orang buat kuih ni cuma dengan menggunakan tepung pulut sesaje. Tapi kalau aku buat kuih ni, aku letak keledek dalam campuran tepungnya. Jadi tak lah dia liat sangat dan rasanya pun ummmm sedap!!! bila masukkan dalam mulut dan kunyah jer, "Pop!!" dia meletup dalam mulut kita..sedapnya!! hehehe. Tak yah cakap panjang2 ya.. penat menelan liur dah ni hehe.. Kita layan resepi ni ya :-D


Onde-Onde Buah Melaka
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut
1 biji keledek yang sederhana besar
1 buku gula melaka - potong kuib
1/2 biji kelapa parut putih
7 helai daun pandan - dikerat kecil
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
Sedikit air

Cara-cara:
1. Kupas keledek dan rebus dengan garam hingga empuk. Angkat dan toskan. Lenyek hingga lumat dan sejukkan.
2. Blend daun pandan bersama sedikit air. Kemudian tapis untuk mendapatkan 1/3 cawan jusnya.
3. Campurkan jus daun pandan kedalam keledek yg dilenyek tadi, gaul hingga sebati.
4. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit kedalam campuran tadi dan gaul hingga sedikit pejal.
5. Ambil sedikit adunan, buat bentuk bulat dan leperkan sedikit. Bubuh gula melaka yang dipotong kiub tadi, gumpal (tutup) semula hingga menjadi bulat. Buat sampai habis.
6. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan adunan tadi. Kuih akan timbul setelah masak.
7. Setelah kuih masak, toskan airnya dan golekkan diatas kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
8. Bolehlah dihidang untuk sarapan pagi atau minum petang. Selamat mencuba.

5 comments:

  1. ermm onde2 ni peberet naz..selalu na lin bt...naik jemu mkn si yana dgn amat..tp skrg dh tkr lak..lin selalu bt apam beras lak..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Kak CT, saya ni dok berkira-kira nak buat onde2 dah sikit punye lama.. kalau guna brown sugar ganti gula melaka aci tak? takde la gula melaka tu kat sini...:)

    ReplyDelete
  3. Lin...apam beras tu pun sedap gak..kalau buat pas kesini erk..

    ReplyDelete
  4. Ijan... kalau dah tak der nak buat camana kan. Tapi tak tau lak apa rasanya ,sama jer kot hehehe

    ReplyDelete
  5. Sayakan kalu buat comel2 manja gituu ... terus ngapp dlm mulut.

    Tapi omak saya gelakkan . dia kata kalu setakat mulut dia .. kena 2-3 bijik ngappp, baru puas !!!

    hik hik hik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...