Assalamualaikum... Salam Manisss dan salam ceria dari CT buat teman-teman semua. Minggu ini adalah minggu peperiksaan penting untuk 2 orang anak CT, anak dara yang di UITM Jengka dan anak bujang yang di tingkatan 3. Dengan penuh debaran... CT panjatkan doa kehadrat Allah, semoga anak bujang CT, Mohamad Azree ditenangkan hati, diperluaskan pemikiran dan dipermudahkan jalan dalam menduduki peperiksaan PMR nya hari ini. Sebagai ibubapa kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dalam getir mereka menempuh pelbagai ujian peperiksaan sepanjang zaman pengajian mereka untuk mencorak masa depan. Walau apa pun, CT sentiasa mengharapkan anak-anak dapat buat yang terbaik Insya'Allah... Aminnn
Resepi yang CT kongsikan hari ini diinspirasikan oleh cuaca yang sangat panas kebelakangan ini. Rasanya sudah beberapa hari cuaca panasnya sangat melampau hinggakan air dalam badan pun terasa cepat sangat kering, sekejap-sekejap mesti terasa nak minum air. Mungkin disebabkan cuaca yang panas dan kering, Haqim anak CT yang bongsu demam. Suami pun sama, nampak tak berapa sihat juga semalam. Dalam cuaca yang macam ni nampaknya segala aktiviti luar kenalah ditangguhkan dulu. Nanti bila dah ok sikit bolehlah sambung semula ye.
Berbalik pada resipi kali ini, CT kongsikan resipi ini yang mudah dan ringkas untuk disediakan dan inilah pertama kali CT mencubanya. Resipi ini hasil intipan CT seminggu yang lepas dari Classic Chocolate Cupcake tapi CT olah resepinya menjadi seperti kejadiannya sekarang dan CT namakannya Ice Cream Cone Cupcake. Lepas aje siap dibakar, anak CT yang bungsu terus teruja nak merasanya. Tapi CT cakap tunggu selepas Mama deco dan ambil gambar dulu baru boleh makan hehehe.
Bila dah siap diambil gambarnya, tak sempat pulak Haqim nak merasa sebab dah nak kesekolah. Abang-abang dia lah yang dapat merasa dulu. Dan masing-masing dah chop dulu nak yang itu, nak yang ini, hehehe. Akhirnya CT bagi aje apa yang dah siap tu, janji merasa sorang satu. Dan bila dah makan, masing-masing kata "tak cukuplah Mamaaaa...." hehehe. Apa taknya, CT cuma buat 1/2 adunan dari resipi asal tu sebab takut kalau buat banyak-banyak nanti tak habis. Rupanya jangkaan CT meleset, kurang pulak jadinya. Alahaiiii.... nampak gayanya kenalah buat lagi nanti.
Penyediaan resepinya amat mudah. Semudah ABC aje. Kalau nak tahu sendiri kenalah cuba kan. Tentang kejadiannya pulak bolehlah mengikut kreatif masing-masing untuk digayakan. Dan kalau nak buat dengan perasa vanila atau coklat pun boleh juga. CT juga pasti Ice Cream Cone Cupcake ni juga sesuai untuk dihidangkan dalam sambutan majlis harijadi anak-anak. Kalau ada cone ice cream yang kecik-kecik macam ais krim cone yang mini tu lagi cantik agaknya, tapi mana nak beli. Satu perkara yang buat CT ralat ialah CT terlupa nak ambil gambar cupcake ice cream yang sudah dipotong.
Okeylah CT tak nak cakap panjang-panjang, jika ada yang berminat untuk mencubanya, dipersilakan. CT buat cuma 1/2 adunan dari resipi asal dibawah. Tapi kalau nak dapat banyak, buatlah satu adunan ye. CT pasti ia nya akan mendapat tempat dihati anak-anak. Salam manisss dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa.....
Ice Cream Cone Cupcake
Resipi Olahan : Che CT
Bahan-bahan :
225 gm mentega - suhu bilik
225 gm gula kaster
225 gm + 2 sudu besar Self-raising flour
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna makanan :
pink, oren, kuning
Cara-cara :
1. Panaskan oven 175 ' C. Sediakan acuan muffin yang dilapik aliminium foil dan dicucukkan cone ice cream kedalamnya. Ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk adunan dan putar mixer pada kelajuan sederhana selama 5 minit.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama rata. Letak pewarna dan kacau rata.
4. Sudukan adunan atau paipkan dengan piping beg kedalam cone ice cream hingga 3/4 penuh.
5. Bakar selama 20 minit atau hingga adunan masak. Biarkan cone didalam loyang muffin 5 minit. Kemudian pindahkan atas rak dawai dan sejukkan sepenuhnya.
6. paipkan dengan buttercream yang digemari sebagai hiasan toppingnya.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk adunan dan putar mixer pada kelajuan sederhana selama 5 minit.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama rata. Letak pewarna dan kacau rata.
4. Sudukan adunan atau paipkan dengan piping beg kedalam cone ice cream hingga 3/4 penuh.
5. Bakar selama 20 minit atau hingga adunan masak. Biarkan cone didalam loyang muffin 5 minit. Kemudian pindahkan atas rak dawai dan sejukkan sepenuhnya.
6. paipkan dengan buttercream yang digemari sebagai hiasan toppingnya.
Assalamualaikum..Morning Kak Ct sayang..
ReplyDeleteNakkkkk...Cantikkk la kak..
Wa'salam Sue, pagi ceria, tq dear hihi
DeleteSalam CT,
ReplyDeletepertama sekali semoga anak2 berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi.
Keduanya...upcake to comel & cantikkk sangat....
wa'salam Marsita, Alhamdulillah..aminnn.
Deletect jawab kat sini aje ya. sebenarnya 2 sudu besar tu serbuk koko. tp ct skip dan tambah dengan SRF aje.
Assalamualaikum....cantiknyer, pasti kanak2 suke...cone aiskrim tu bakar sekali ek masa bakar muffin tu? Cmne ek?
ReplyDeleteWa'salam Hanim, ya aduan letak dalam cone ais krim dan bakar macam biasa. ada cara2nya ct dah bagi tahu tu kan.
DeleteOh yaa Citi...resepi tu tak lengkap tu...tepung apa yg + ngan self raising flour tu?
ReplyDeleteMeruntun qalbu.. aiiiii Kak Ct ni..
ReplyDeleteSalam Sari, hihi..gi buat Sari, anak2 pasti suka :)
DeleteSelamat pagi Kak Ct...
ReplyDeleteComelnya ice cream cone cupcake tu...teruja nak mencuba...alah..nape aka buat sikit jer...kita pun nak jugak...
Salam Rahel, jom membaking Rahel, senang dan mudah aje tu nk buatnya.
DeleteAs'salamualaikum Kak CT cayangg....
ReplyDeletemenariknyer...!! cantik pula tuu...
Bukan anak-anak ajer yang tertarik, Nina yg dah beranak nie pun teruja nengoknya!
lain kali nak buat simpan kan satu tuk Nina ehh..
hehehe
wa'salam Nina, hahaha k.ct pun suka siap makan dulu lepas masak, tapi yang tak ada buttercream lerr.. :)
Deleterajinnya kak CT ni...pinjam tangan sat...hihi
ReplyDeleteKalau dah pinjam tangan, k.ct nak pakai tangan apa Anna hahaha
Deletecun banget...menarik tertarik...
ReplyDeleteTerima kasih Lily :)
Deletecanteknye.... budak2 mmg kalau nampak gini.. diorang suke kan.. jgn kata budak2 ler.. kita ni pun over exited gak.. hehehehe.. :)
ReplyDeleteBetul tu, anak2 memang suka, nampak lain dari yang lain katanya. cubalah Nani :)
Deletecantikknya.....
ReplyDeleteklu nampak kat ain ngan daniel...hmmmmmm....kena juga mas buat..he3
Mas..k.ct dah goda2 dah ni, gi lah buat hehehe
Deletetersangat la cantiknyer.. :)
ReplyDeleteAlahai.. terima kasih Nor. tak nak cuba gak ker :)
Deletetersangat comel.... =) sayang nk makan =)
ReplyDeletePuteri Ayu, k.ct buat sikit aje, kalau tak makan lagi sayangggg hihi
Deletesalam CT..selamat berjuang dlm dewan peperiksaan buat anak2..anak akak pun sama2 PMR..tulah nampaknya kena buat sendirilah kalau nak tau camno rupa dalam dia..resipi buttercream yg mane CT guna???
ReplyDeleteWa'salam Kak Nik Ja, mudah2an anak2 kita dapat buat yang terbaik, Insya'Allah.
Deletebuttercream tu terpulanglah nak buat yang mana semuanya boleh.
Salam CT.. menarik sungguhlah.. i like it a lot... :)
ReplyDeleteWa'salam She Jais, semestinya suka kan, ct pun suka so tak nak mencuba :)
DeleteSedapnyalah nampak kek comel tu...Kat tempat sy ujan la pulak...sejokkkk...Semoga anak2 kak CT berjaya degan cemerlang ye...Amin...sy lama tak update blog...cam slow jek...nak upload gambar pun amik masa lama...kenapa ye...
ReplyDeleteKl panas tu yang sesuai makan ais krim kan. Tapi yang ni cupcake bukan ais cream Fazian hehehe
DeleteTak apa slow2 dulu bila dah okey update ya :)
Cantiknya cupcakes Kak Siti ni.. Bila2 boleh cuba. Kreatifnya Kak Siti, ditambah pula gambarnya pun superb..
ReplyDeleteBlog pun dah berubah. Header baru.. Banyak kelainan.
Salam Nur-nba, header tu lama dah tukar inginkan pembaharuan. kenalah cari pembaharuan juga dalam masakan baru ada kelainan kan Nur :)
Deletesalam kak ct,
ReplyDeletemmg cute kak..bdk2 mmg x sabar klu lps kluar dr oven kan..mesti diorg nk merasa dulu..he ehehe
wa'salam Zila, yalah macam anak kak ct teruja dia masa tengok dalam oven, memang sukalah senang cakap hihi
DeleteSounds delicious for this recipe! It's make me so hungry! I can't wait to eat this :)
ReplyDeleteHi Meatloaf Recipe. Thanks for dropping by. Look delicious? Why don't give it a try? :)
DeleteAs'salamualaikum Kak CT,
ReplyDeleteMoga anak2 berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi. AMIN.....
Kebetulan nak tanya juga, yang atas ais krim tu(panjang dan warna warni), apa ya ?.
Macam mana nak buat. Kalau beli di mana boleh dapatkan nya ? Amat cantik sekali. Teringin aiskrim tu.....
Wa'salam, Aminnn..terima kasih. tu biskut (keropok) ikut kreatif kita nak letak apa, janji nampak cantik kan :)
Deletesalam rindu ct cayaaangg..buttercream ct wat tu nmpak licin cantek jek..ada resipinyer tak?? thnx 4 sharingg..muaaaahh!!
ReplyDeleteSalam Pn Doc Inahar, alahai dah banyak kali ct buat tu Ina, resipi biasa aje.. Nanti ct bagi ya Ina :)
Delete