Friday, October 19, 2012

Moist Chocolate Cake - Selamat Hari Lahir Suamiku


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, kurniakanlah kedamaian hidup serta sinar kebahagiaan buat SUAMI KU di dunia dan di akhirat, berkatilah dan rahmatilah hidup SUAMI KU, panjangkan usianya, perluaskan pintu rezekinya dan berikan SUAMI KU kekuatan dan ketabahan yang diperlukannya dalam mengharungi setiap dugaan dibumi mu ini.... Amin Ya Rabbal Alamin. 



Alhamdulillah syukur...  Selamat Ulang Tahun buat Suami yang tersayang RAHMAT HJ ABD AZIZ atau lebih senang dipanggil Che Mat. Semoga dengan bertambahnya usiamu akan bertambah juga keimanan didadamu. Penuh kesabaran penuh dengan kecintaan kepada Allah setiap masa. Sesungguhnya daku dan anak-anak berasa amat bertuah memiliki seorang Suami dan Ayah yang sangat baik hati, penyayang dan baik budi pekertinya. Tiada hadiah yang istimewa untuk diberikan di hari lahir mu, hanya sekalong DOA kudus disetiap sembah sujudku kepada Ilahi agar SUAMI KU sentiasa didalam lindungan ALLAH S.W.T. setiap masa dan waktu... Aminnnn


Sebenarnya CT tak datang ilham nak buat kek apa untuk hari lahir Suami yang jatuhnya hari ini. Tahun lepas bila CT tanya, dia hanya mintak dibuatkan pulut kuning saja. Tahun ni tak kan nak buat pulut lagi kan. Dengan kerajinan yang ada, seawal pagi semalam lagi CT dah menyiapkan segala bahan-bahan untuk membuat kek ini untuk Suami tersayang. Harap dengan apa yang telah CT lakukan ini Suami suka hendaknya. Alahhh...  deco biasa-biasa aje, maklumlah banyak bahan-bahan yang dah hampir habis. Belum ada masa nak membelinya. Jadi apa yang ada dalam pantry CT tu itulah yang CT jelmakan dengan penuh kasih sayang khas untuk hari lahir Suami tersayang hari ini. Dengan ikhlas dihati pasti apa yang kita lakukan sentiasa diberkati... Alhamdulillah


Mohon maaf ya CT tak dapat nak potong kek ni untuk diambil gambarnya, sebab ini bukan kek untuk hari lahir CT hehe. Kebetulan masa CT buat dan ambil gambarnya pun Suami sedang bekerja, jadi untuk publish dalam entri ni terpaksalah letak sebuku kek yang belum dipotong. Tapi nanti jika ada berlebih kek tu nanti CT cubalah ambil gambarnya dan update dalam entri ni ye. Jika tak sempat, harap cukuplah menjamu mata sekadar apa yang sudah dipublish ni ye. Resipi asal kek ini adalah dari wanita anggun yang sangat CT kagumi, siapa lagi kalau bukan wanita yang sentiasa segar bila kedapur NIGELLA LUCY LAWSON. CT memang suka melihat bila dia didapur walaupun usianya 52 tahun namun beliau sentiasa kelihatan muda dan sentiasa ceria serta seksi dipandang mata. Entah bila CT akan dapat menjadi sepandai dan sebaik beliau hehehe. Tinggi sungguh angan-angan CT ni hehe. Tapi, if she can do it, WHY CAN'T I DO IT TOO right?... Insya'Allah


Berbalik pada resipi kek yang telah CT cuba ni, ia memang sangat lembut. Dah nama pun Moist Chocolate Cake sudah tentulah lembutkan, sepadan dengan namanya. Tapi CT tambahkan lagi serinya dengan letak Chocolate Buttercream Frosting dan susun coklat Malteser atasnya. WOWWW ! walaupun ia mahal sedikit tapi berbaloi-baloi melihat hasilnyanya. Sambil susun atas kek tu CT pun cakap, satu untuk kek... dua untuk CT... 2 untuk kek... 3 untuk CT hehehe. Memang nikmat makan coklat ni rupanya hehehe.


Kalau berminat dan ingin mencuba silalah semak resipi dibawah ye. Adunan yang CT buat ni, sukatan gulanya CT dah kurangkan dari 2 cawan kepada 1 1/2 cawan supaya manis tu lebih kat senyuman ketika menikmati kek ni nanti. selamat mencuba dan selamat menjamu mata, jika ada keizinan dari Allah kita jumpa lagi ye. Salam ceria dan salam manisss dari CT. Daaa...


Moist Chocolate Cake With Malteser
Resipi olahan Che CT

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan gula kaster
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1 cawan buttermilk
1 cawan kopi / nescafe - bancuh dengan air panas
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu teh ekstrak vanila

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar kepada 180 'C. Gris 2 loyang 9 inci dengan butter dan alas dasar dengan kertas minyak dan gris lagi. Diketepikan.
2. Dalam mangkuk adunan satukan gula, tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder. Putar sebentar dengan mixer pada kelajuan rendah sehingga sebati. Tambah telur, buttermilk, air kopi panas, minyak sayuran dan ekstrak vanila. Pukul pada kelajuan sederhana selama kira-kira dua minit, hingga adunan sebati. Tuangkan adunan sama rata ke dalam loyang  yang disediakan.
3. Bakar dalam ketuhar selama 30 hingga 35 minit untuk loyang bulat, 35 hingga 40 minit untuk loyang segi empat tepat atau sehingga diuji dengan lidi sate ia keluar bersih.
4. Biarkan kek dalam loyang 10 minit, keluarkan dari loyang dan biar kek sejuk sepenuhnya di atas rak dawai.
5. Hias kek dengan chocalate buttercream dan susun coklat Maltreser atasnya.


Chocolate Buttercream Frosting

Bahan-bahan :
250 gm mentega - suhu bilk
3 cawan gula icing - ayak
1/2 cawan serbuk koko - ayak
2 sudu teh esen vanila
4 sudu besar susu - suhu bilik

Cara-cara :
1. Putar mentega sehingga berkrim selama beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Matikan mixer.
2. Masukkan gula icing dan serbuk koko didalam adunan mentega dan putar lagi dengan kelajuan rendah hingga gula dan koko sebati dengan adunan mentega.
3. Naikkan mixer pada kelajuan sederhana dan tambah esen vanila dan susu, putar selama 3 minit.
4. Jika inginkan adunan pekat sedikit tambahkan gula icing. Dan jika inginkan adunan sedikit lembut tambahkan sedikit lagi susu.
5. Biarkan sebentar buttercream dalam peti sejuk kemudian bolehlah dihias pada kek.

56 comments:

  1. Selamat hari jadi pada hubby CT. Untung dapat isteri pandai memasak. Mana sama kek dibuat sendiri dg kek kedai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Azie, kek beli rasanya sama tapi buat sendiri lagi banyak lainnya, betul tu penuh dengan kasih sayang :D

      Delete
  2. Assalamualaikum kak Ct..Alhamdulllilah..sampai juga harinya yeee Syukur..Tak Lupa Kami Sekeluarga buat ucapan...walau pun x kenal di luar,di alam maya ini nak juga Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Abg Che Mat..Moga di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik n happy selalu

    Nak Pengsan negok kek akk...boleh tahan lg ni...suka deco kek yg simple mcm ni...tebaik dari kak Ct..kek coklat moist mmg sdp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Sheila..terima kasih mendoakan kesejahteraan suami kak ct..aminn

      alahh..deco biasa2 aje ni masih belajar2 hehehe

      Delete
  3. Asslmkum Kak CT.
    Happy Birthday buat en suami akak. Semoga dimurahkan rezeki dan semoga hidup akak berdua sentiasa berbahagia dan dipenuhi kasih sayang hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam Sue, Alhamdulillah..Aminnn. Thanks dear :D

      Delete
  4. selamat arilahir suami kak ct..tp kak t, zila nak jugak kek bola2 itu...rajin akak..

    ReplyDelete
  5. Aminnn... moga CT dan family bahagia selalu...

    ReplyDelete
  6. Semoga CT dan famili bahagia sentiasa dan sentiasa berada dalam rahmat Nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...Ya Allah. Terima kasih Masita diatas doa2nya.

      Delete
  7. Selamat hari lahir buat suami Kak CT....Hb sy 18 Oct...tapi sy masih hutang kek lagi ni...Lum sempat nak membaking...akan diusahakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fazian..and happy birthday buat hubby you juga ya. esok bolehlah buat kek tuk suami :)

      Delete
  8. Happy birthday buat En Suami Cik CT tersayang tu ....
    Cantik kek tu, simple tapi menawan ... idea bernas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Syimama, Alhamdulillah. cake simple but nice for me :D

      Delete
  9. Kak CT bertuah dikurniakan Che Mat.. & Che Mat juga bertuah mempunyai isteri serajin Kak Ct, happy birthday & senyum2 selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Sari. harap begitu juga buat Sari dan suami ya :)

      Delete
  10. as-salam kak ct
    happy besday to your husband kak siti..wow, this looks beautiful! looks pretty perfect to me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Ady. and thank so much hope you like it :)

      Delete
  11. Salam Kak ct,
    Happy besday untuk Che Mat.. semoga Doa kak siti dimakbul Allah..kek yang sungguh menarik dan penuh kasih sayang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Umi, Aminnnn... terima kasih untuk doa yang ikhlas. kek istimewa untuk tersayang harus diisi dengan kasih sayang juga :)

      Delete
  12. Selamat lang tahun buat hubby dia... moga rumahtangga bahagia hingga akhirnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...mudah2an. Terima kasih cikgu Amie :D

      Delete
  13. Selamat Ulangtahun buat hb sis...muga bahagia dunia akhirat...
    Cantik kek tu...chocolate pulak...adusssssssss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih Lily..coklat menambat hati :D

      Delete
  14. Semuga kak ct dan che mat sentiasa disinari cahaya keimanan. Kek tu dah ' menyinari' hsti saya......hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Aminnn. kalau dah menyinar dihati kenalah cuba buat tu Uda :D

      Delete
  15. Selamat hari jadi buat hubbynya Kak Ct...semoga sihat,bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... moga dimakbulkan doanya ya Rahel :)

      Delete
  16. Selamat ulang tahun buat che Mat semoga semakin bertambah usia semakin bertambah-tambah iman di dada dan melimpah ruah rasa kasih saya terhadap keluarga..

    Ceria selalu

    Salam hari lahir juga dari suami ita ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn... Alhamdulillah, Insya'Allah mudah2an doa Ita dimakbulkan olehNYA.

      Delete
  17. selamat hari lahir utk hubby kak ct..

    kak ct kek tu serius cantik n menyelerakan..
    ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kek ya, Alhamdulillah dah selamat masuk dalam perut kami tu Misz Uzmy hehehe.

      Delete
  18. selamat hari lahir buat hubby kak ct...
    semoga apa yg kak ct doakan buat beliau di kabulkan oleh allah ye kak...
    aminnn/....

    bertuah sangat beliau punya istri macam kak ct... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...Alhamdulillah, Insya'Allah ya Mimie moga kita dapat menjadi isteri yang baik untuk suami. Moga Mimie juga dapat memberikan yang terbaik juga buat suami ya.

      Delete
  19. Happy birthday buat suami kak CT,

    cantikk la kek tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek yang cantik dah habis pun dimakan Mas hehehe. Insya'Allah akan menyusul lagi dan lagi ya hehehe

      Delete
  20. As'salamualaikum kak CT cayanggg yg dirindui~

    HAPPY BIRTHDAY CHE MAT...!!
    Wish u all the best ;)
    Amin....

    lama sungguh Nina tak singgah sini... RINDU sangat kat kak CT
    Keadaan kesihatan Nina tak mengizinkan baru2 nie..
    Insya'Allah, lepas nie Nina akan selalu singgah sini dan update blog Nina ;)
    Cantik sungguh kek B'day utk Che Mat tuuuu >>>>
    erkkk... nanti dah potong kek tuu simpan sikit tuk Nina ehh~~
    HEHEE . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Nina, tak sihat rupanya patutlah lama tak main masak2. take care ya lepas tu merempit balik kat dapur hehehe.

      nak makankan kek dah habis pun tu Nina :)

      Delete
  21. Selamat ulangtahun buat suami Che CT. Tergoda sungguh dgn cake ceklat tu laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksaih wish b'day suami kak ct ya. bolehlah cuba buat bila dah berkenan tu nanti Shiela :)

      Delete
  22. Happy Birthday for hubby, :) wishing him the best. Dear CT, what the different between tepung gandum and all purpose flour, because I see almost of your cake recipe using 'tepung gandum'? Can I use all purpose flour instead ?
    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Nisa :D ct lebih suka mengunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati. All purpose flour juga sesuai untuk sebarang jenis masakan. kedua2nya sama sahaja.

      Delete
  23. happy belated bthday wat che mat yer..smoga sentiasa dlm linduagannya..amin..untung dapat wife yg pandai segala bagai ..kek cantik kak..suka tgk:))

    ReplyDelete
  24. Selamat Hari Lahir buat suami kak CT..semoga panjang umur di murahkan rezeki..dan selamat menikmati kek yg cantik tu dgn penuh nikmat..baru blh rasa kasih sayang dari pembuat kek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... keikhlasan yang kita curahkan dari masakan banyak memberi erti disebalik apa jua yang kita sediakan untuk keluarga tersayang. terima kasih Wanie :)

      Delete
  25. happy belated birthday che mat..!! happy & healthy always to u both lah..!!!

    ReplyDelete
  26. happy birthday utk che mat.... moga sentiasa dirahmati Allah selalu hendaknya dlm apa juga yang sedang di lakukan... amin...

    ReplyDelete
  27. amin..wah sedapnya bebola coklat kat atas kek tu..selamat hari lahir che mat..

    ReplyDelete
  28. kretipnye kakkkk..cantik sangat kek tuu...sy mmg suka makan kek coklat hehe

    ReplyDelete
  29. Sedapnya tengok kek ni.. Akak memang kreatif.
    Happy Belated Birthday buat suami kak CT..

    ReplyDelete
  30. Salam kak ct.. nescafe 1 cawan... campur dgn air brapa bmyk?

    ReplyDelete
  31. Salam kak ct.. meleleh air liur tengok cake ni. Nk tanya 1 cawan nescafe campur dgn aur brapa bnyk?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...