Aaacuuuhhhh..!! Adehhh.... terus selsema bila masuk dapur Che CT ni. Berhabuk dan bersawang dah, maklum ler lama sangat tak masuk dapur ni... hehehe. Apa tak nya Che CT bz dengan berkebun di farmville dan cafe world jer.... hahaha. Bukan lupa nak jengah dan nak update di Dapur CT, ingatttt. Cuma malas nak letak masakkan yang sama jer setiap kali. Semua resepi dah ada disenarai Dapur CT. Rindu juga nak bersembang dengan kawan2 semua, rindu dengan resepi2 baru dari kawan2 juga. Ada juga singgah dan menjengah ke blog masakan kawan2 cuma tak tinggal jejak jer.... hehehe. Lagi pun 3 ari lepas laptop tak bole nak on9, jadinya tertangguh lah lagi nak masukkan resepi. Okey... untuk sekian kali ni aku cuba resepi kuih lapis pisang amik dari buku masakkan Talam & Kuih Lapis. Ada kelainan sikit dalam resepi kuih lapis ni, ada campuran pisang dalam tu. Kali ni mencuba resepi lain sikit, pasti sedap tak salah kalau mencuba kan. Kali ni kena taip lah sebab amik dari buku kannn... jenuh nak menaip ni hehehe.
Kuih Lapis Pisang
Sumber dari Talam & Kuih lapis
Bahan A:
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard/jagung (CT guna tepung jagung)
1 sudu teh garam
Bahan B:
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek halus
1/4 cawan air
Bahan C:
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah dan kuning
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada loyang. (CT letak plastik supaya senang nak keluarkan kuih nanti).
2. Gaulkan bahan A sehingga sebati. Tapiskan (CT blender dan tapis). Bahagikan kepada dua bahagian.
3. Campurkan bahan B dalam bahagian pertama dan kacau rata.4. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan setengah cawan air. Gaulkan dengan sebati.
5. Panaskan loyang sekejap dan tuangkan satu senduk adunan B dan kukus selama 10 minit.
6. Lapiskan pula satu senduk adunan C dan kukus selama 8 minit.
7. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis.
8. Biarkan betul2 sejuk dahulu baru lah boleh dipotong.
* adunan yang dicampur dengan pisang CT letak sedikit perwarna kuning.
Salam CT cayang, apa khabar? Lamanya akak x jengah sini..CT pun lama nmpak x sapu dapur ni ha..hehee..Tgk kuih lapis pisang ni, terasa-rasa je kat tekak..mcam kena buat jek..ish, byk tul makan benda manis2 niii..happy weekend n take care!
ReplyDeleteSalam Kak CT...
ReplyDeleteLapis pisang tu bak mai dua tiga ketui.. geram tengok dok dalam pinggan tu ler. hehe
salam perkenalan.....
ReplyDeletebiase makan kuih lapis biase je...mesti sedap rase pisang tu.....
wow kuih lapis pisang pulak ek...rajin!
ReplyDeletesalam kak .. aaha akak dah lama x update .. saya lak dah lama x jenggah sini .. kdg2 tuh kalau dah leka di FB .. lupa kat laman dapur erkk kak .. hehe
ReplyDeleteselamat ari ibu kak !
salam CT..cikmanggis datang ni..nak minum petang...rezeki nih..kuih lapis pisang..sedapp!!
ReplyDeletehi kak ct,sy suka sangat dg kuih lapis pisang ni,tp blm pernah buat lg,mintak resepi ye kak st? lain hari nak try buat,hehehe.
ReplyDeleteMintak sepotong..laperrr
ReplyDelete