Sejak akhir-akhir ni aku tengok geng2 blogger masak memasak dah ada hobi baru iaitu mengumpul koleksi pinggan-mangkuk zaman dulu-dulu. Mula2 tu tak ramai tapi semakin lama semakin ramai pulak yg dok menayang koleksi dorang. Ni yang tak boleh jadi ni sebab aku masih ingat lagi yg arwah mak aku dulu pun banyak menyimpan koleksi yg macam tu kat kampung. Hari tu masa aku balik kampung, aku selongkar almari lama dan sedihnya aku sebab banyak yg dah hilang. Ada yg pecah dan ada yg lesap cam tu aje. Tapi mana yg dapat aku ambik tu, walaupun cuma seciput, namun dapat jugalah aku menyimpan sedikit dari koleksi pinggan mangkuk antik tu. Bak kata orang tu, sikit2 lama-lama jadi bukit.
Sudu, Piring & Pinggan bercorak Bunga Kangkung
Piring 6" bercorak Mawar Liar
Piring 6" bercorak Kekwa Merah Samar
Teko bercorak Black Rose
Jug Air Kaca zaman dulu
Set cawan dengan lingkaran Jingga dan Emas
Set Gelas & Piring mini zaman dulu
amboiii..dia pun dh stat mengumpul gak...ini cik mat gebu x tau ke ni..hahahahahaha
ReplyDeletekak cttttt!!!!!!!!!!!...pinggan kekwa tu cun laaa...ada byk ke, nak beliii..tak pun kita tukar nak tak?...
ReplyDeletesalam..jelousnya..dia dah ada teko lamalah pulak..akak tak ada lagi ni..jelousssssss
ReplyDelete