Thursday, July 2, 2009

Daging Beriani




Salam kawan2 semua.... semoga sihatlah semua hendaknya. Hari ni menu spesel sket ya, masak daging beriani. Oleh kerana hari ni nak makan nasi beriani.... kenalah lawan ngan lauknya pulak. Resepi diambil dari blog Kak Liza tapi di CnP dari blog Mat Gebu hehe. Halal ye Mat.... tau2 jer lah K.CT ni masih kemalasan lagi ni. Tak kisahlah ye asal kawan2 yang lain dapat berkongsi sama resepi ni. Apa lagi tunggu meh ler cuba resepi daging beriani ni, layannnnnnn......


Daging Beriani
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-bahan:
1 kg daging *
4 sudu besar rempah beriani *
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
3 biji kentang - potong kecil
2 biji tomato buah - belah 4
3 biji tomato buah ranum - mesinkan dengan 2 cawan air
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar - belah 4
1 pokok daun ketumbar - potong kasar (ct tak letak)
garam
(bahan bertanda* - bancuh dgn sedikit air)

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak


Cara-cara:
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.....Mat hidangkan bersama nasi beringin...

2 comments:

  1. beriani kak Nor, mak si izam pun sedap gak kak. mengancam!! sy siap belajar lg...tp lum pass2 lg.hihihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. ini pun faberat gerau. Kalau badan gerau comel macam apam pink kat atas tu harus hari-hari gerau makan daging ni. huk huk. kenapalah gerau terlebih comel. Jadi montel.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...