Harum memang harummm...... Tak boleh tahan bau nasi beriani udang ni sedapnyaaa.... jom makan hehehe. Rasa dah lama sangat tak dapat berkongsi resepi dan masakan di Dapur CT ni. Percutian yang lama buat aku malas nak membaking dan memasak seperti biasa. Masak tu ada lah kan.... tapi resepinya yang biasa2 jer bukan yang luar biasa hehehe. Oleh kerana lama dah tak ada resepi menarik, hari ni aku kongsi dan selitkan menu kegemaran my laling CM Nasi Beriani ni. Aku pun suka gak, tapi jangan selalulah takut muaklah pulak kan. Resepi asal dari blog Kak Liza juga, tapi cam biasalah aku amik dari blog Mat Gebu jer, mana lagi kan. Dah tak reti2 ker nak CnP jer dari sana huhuhu. Kemalasan untuk menaip masih menebal dijari2 ku ini. Jom kita intai resepi ni dulu okey :-D
Nasi Beriani Udang
Resepi dari Mat Gebu
Bahan-bahan:
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan *
1/2 camca teh serbuk kunyit *
Sedikit garam*
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula
Bahan tumis:
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihirs
2 cm halia - dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani
(bahan bertanda* - digaul rata)
Bahan lain:
1/3 cawan kismis - goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang Bawang goreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....
Kak CT...sedapnyerrrr....meh le sepinggan ngan lauk pauk sekali.huhu
ReplyDeleteSedapnye Kak CT... kite pernah buat resipi nasi beriani CM Gebu versi tadak udang... best.. yg ade udang ni harusla laagii best..
ReplyDeletesedapyne....ari ni je dalia dah lawat 5 blog yang bg resipi ..tp dalia tak nak resipi kak..nak yang dah siap terus makan..hehehhe...
ReplyDeletecedap!! cedap!! :D
ReplyDeleteperghhhh. meleleh dah lama tak masuk sini pekena air tangan kak ct.. ha ha.. ermm jarang beryani lawan dgn udang kan.. hu hu.. antar sket ke kasawari7
ReplyDeletenasi beriani sotong ada x..ngencesss le tgk ni,hrni hr jumaat,kwn ada jual ns beriani..huhuhuh
ReplyDeleteeh eh..faham ke komen kt atas tu,bahasa cina tu..kakakakakah
hi nice blog u have here
ReplyDeletei would like to invite u to view my sales blog:)
we have cottons from all over the place, mainly from dubai, kebaya and kurung fabrics from indonesia, and much more to choose!
be our follower and u can enjoy more with us:)
see u there: