Assalamualaikum... Selamat pagi Jumaat yang ceria, semoga keceriaan ini akan kekal berpanjangan di hari-hari mendatang. Tak nak cerita panjang2 lah ya, rasa macam kesian pulak kalau CT dok taip panjang2 kang sampai kering mata dok baca celoteh CT ni. Last2 semuanya scroll jer short-cut terus sampai ke bawah... hahaha. Bergurau jer dipagi hari apa salahnya kan, Kena selalu bersenda supaya hilang rasa jemu dan bosan ye tak. Tapi CT pulak kalau berblogwalk suka membaca dengan teliti setiap yang ditulis sebab nak tahu apa cerita yang nak disampaikan.
Kali ini CT nak kongsikan satu resepi yang CT cuba dari Sweet 4ever dari MyR. Sebenarnya ini kek yang kedua CT buat. Yang pertama tu CT buat perasa coklat, tapi yang ni ada sedikit perasa strawberry. Entah kenapa suka betul dengan kaler pink ni, nampak lembut dan manis jer kat mata CT... hehehe. Mula2 tu ingat nak deko sikit lah kek ni, tapi bila belek2 rasanya tak payahlah. Biar plain gitu senang sikit nak cepat habis. Kek span ni memang mudah nak disediakan jadi mungkin akan ada ulang tayang lagilah nampaknya. Terima kasih pada tuan punya resipi. CT copy dari MyR dan kurangkan sukatan gula tu juga. Jom kita lihat resipi dibawah ya.
Kek Span Strawberry
Resipi asal : Sweet 4ever MyR
Di olah: Che CT
Bahan-bahan : ( 1 biji kek )
150 gm tepong super fine
120 gm gula kastor
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
1 sudu teh pes strawberry
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna pink
Cara-cara :
1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna pink... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
"Barangsiapa memaafkan dalam keadaan mampu membalas, maka Allah akan memaafkannya pada hari yang sangat sulit." (Tabrani).
salam CT..
ReplyDeletemalasnya maklong nak mengekek..
nak rasa CT punya kek boleh..
sepotong je.. sebab tengah diet ni.. hahaha.. dietlah konon..
salam ct...kek stroberi ni mmg best kan sbb dia ada rasa masam2 manis gitu...
ReplyDeletesalam CT..
ReplyDeletepagi2 bila singah sini pasti tak mau balik..
dah tergoda dgn kek span yang mengetar jiwa..
aii.. macam nak buat aje.. kebetulan ita mmg peminat kek span.. hihi
selamat pagi kak ct
ReplyDeletepagi2 kalau tak senyum2 mmg tak sahkan...
suka coretan kak ct.. tapi tulah aku nie berniaga..
sukar nak jalan2 ke blog kawan..
kak... mmg mengancam kek kak ct..
pink colour..
eh...
maklong, liza dan kak ita dah sampai sini......
selamat pagi semua
singgah dapur ct tgk kek, gebunye..mcm terasa ada kat tekak..hehe
ReplyDeletesalam kak ct,
ReplyDeletepg2 dah nampk kek akk ni...lapooo....nampk sgt gebus..yummy
salam... pagi2 sy bukak blog tgk2 je sedap kek akak ni.. gebusss je nmpk..
ReplyDeleteas-salam kak siti
ReplyDeletewow! terliurnya..strawberry span kek.. npk gebu kek span ni..ada lagi tak kak ct kasi 2 potong untuk b/f...
Salam pagu Jumaat CT,
ReplyDeletecantik warnanya tu... nampak lembut je, mesti sedapkan!
Selamat pagi Kak Ct
ReplyDeleteadoiii...terpandang kek span lagi..susah nak patah balik..asyik pandang kek je...nak ambik tapi jauh..emm.
Cantik kaler kek tu kak...nampak gebu je..
yummmyyyy sedapnyaaaaaa....nak cubalah..
ReplyDeleteGambo yang menggoda jiwa...menyilau mata...memang dah tegods sesgt dah ni...nak buat kek span bagai ni lambat...kak cek dtg nak makan je boleh ke...he he...seriusly...gambo2 CT amik makin bertambah cantik...bukan dulu tak cantik...cantikkkkk...skrg ni makin cantikkkkkk....teruskan letak gambo cecantik ya...kak cek suka tgk gambo beso2 ni...maklum jelah mata ni semakin kelabu bila dah meniti usia ni...he he...:)
ReplyDeleteKak CT
ReplyDeletekita dah terberkenan ini...warna memikat hati...
kak ct!naaakkkkk.sukanya perisa strawberi
ReplyDeleteAssalam, K Ct...
ReplyDeletewaaa, sedapp nampak kek span strawberry ni... nak sepotong!!
wahhh.. kak CT.. gebunyer!!!! kagum tun tgk!
ReplyDeleteni salah satu kek yg tun x confident langsung nk buat. xtau la nape, dr dulu lg gigil2 kalau nk buat kek span atau chiffon. huhu..
nampak gebulah ct. Colour also very nice.
ReplyDeleteAlong Maklong ~
ReplyDeleteWa'salam Maklong... ya ker maklong diet ni, alahhh baru ct nak belanja makan stik dah kata diet tak jadi lah nak belanja..hahaha
Harap maklong sihat2 selalu ya. cepat2 masak ya, jangan main game jer nanti dapur tak berasap..hahaha. maaf ya gurau2 jer ni :)
Liza ~
ReplyDeleteWa'salam Liza...kek span ni bla kita gigit macam ada satu bunyi kan liza. tak reti nak sebut tapi memang sedap nak buat pun taklah susah mana kan :)
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteWa'salam Ita...terima kasih sudi singgah Dapur CT. CT pun kalau masuk blog ita tu macam nak hangkut semua bawak balik..hahaha. berkenan dengan kek yang Ita buat tu tapi tengoklah bila angin seru yang terlampau datang baru boleh cuba..hehehe. nampak macam senang tapi kena sabar banyak2 tu..hehehe
Kek span tu memang sedap Ita, cuma ct buat ni guna loyang besar jadi nipis sikit lah jadinya :)
Citarasa Rinduan ~
ReplyDeleteSelamat petang Ayu, Alahmdulillah senyuman itu satu sedekah jadi setiap senyuman yang ayu berikan itu buat ceria Dapur CT juga :)
K.ct faham jadi kalau ada kelapangan Ayu singgah lah ya. semoga Ayu ceria dan sihat2 selalu.. :)
Sofea ~
ReplyDeletehehehe... sofea rasanya sebelum masuk tadi ct dah bagi rasa kek span tu dulu kot, cuma belum hidang air jer erk..hahaha. Tu yang terasa2 macam kat tekak jer :)
Hani ~
ReplyDeleteWa'salam Hani cyg...tr kasih hani. kek span ni boleh tukar dengan brownies hani tak, sedaplah suka tengok. nanti k.ct nak cuba juga buat :)
Jujue Ahmad ~
ReplyDeleteWa'salam Jujue..ya ker. ada penyeri kot kek span ni..hehehe. Terima kasih Jujue sebab sudi singgah Dapur CT :)
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam Ady..alahhh sampai dah lambat. teman2 semua dah cubit2 tadi jadinya dah habis lah..hehehe. esok datang awal2 sikit kompom dapat rasa :D
Amie ~
ReplyDeleteSelamat petang Amie, baru ni dapat balas komen2. biasa lah anak2 semua ada kat rumah payah sikit nak duduk lama2 ni..hehehe. kek ni ct dah buat kali kedua ni Amie, memang sedap soft dan tak sedar dah berkeping2 ct makan..hehehe
happy annivesary ya Amie, semoag kekal bahagia selamanya.
Rahel ~
ReplyDeleteSelamat petang Rahel cyg.. hehehe suka juga kek span ya. cuba buatlah nanti boleh jamu k.ct pulak bila k.ct masuk dapur Rahel :)
kek annivesary tu suka sangat k.ct tengok, itu kek coklat kukus ya Rahel :)
Kak Ina KL ~
ReplyDeleteKak..dah popular dah sekarang ya, makin glamor dah kakak ku sorang ni..hehehe. buat lah kek span ni, tak susah mana pun. kalau k.ina buat call ct nanti ct datang..hihi
Cik Cek ~
ReplyDeleteKak cek cyggg..tr kasih kak. gambar2 ni memang letak besar2 jadi sennag nak tengok harap2nya taklah menyusahkan teman2 kalau nak bukak Dapur CT ni lambat atau sebaliknya. ct pun suka bila tengok gambar2 masakan yang terang dan jelas. memang rasa puas hati lah kan. Gambar kak cek sekarang pun dah meletup dah kak, suka ct melihatnya :)
Yat Maria ~
ReplyDeleteYat..apa kurangnya gambar apam dot yat tu..terpikat terus menusuk kejantung. nanti nak buat geram pulak tengok dia gebu2 tu..hehehe
Kak Ct,sy pon kalo BW,sukabaca smp abis setiap pa yg ditulis tuh,sbb nak tau pe cita,hihi..Wow akak mkn kek span stoberi smp layan novel eks,kelas gittew..Nmpak gebu gebas toi kek akak tuh..Sy b4 da ank dulu sukalah baca novel kak,skang nih mmg xsmpat dah,tuh pon bknnya apa,takut xsmpat baca dah abis kena koyak,hihi..
ReplyDeletenonierahman ~
ReplyDeleteNonie...nak ker..? dah habis lah dik. apa kata jamu k.ct dengan kek coklat yang menikam kalbu tu. geram pun ya gak ni, macam nak buat..semuanya nampak nak buat yek Nonie..hehehe
Nurul ~
ReplyDeleteWa'salam Nurul...dah diberi dah habis dah, jadinya kenalah layan mata jer ya..hehehe.
tun_telani ~
ReplyDeleteTun..sebenarnya k.ct pun sama apa yang Tun rasa. Tapi sebab teringin sangat nak makan dan tengok teman2 buat semuanya menjadi. cekalkan hati dan buat jer, dah akhirnya kali kedua ni sempatlah publis kat Dapur CT..hehehe
Cubalah Tun..kuatkan semangat insya'Allah menjadi punya :)
Ibundo ~
ReplyDeleteThanks bundo..kaler yang ct suka nampak manis jer pink ni. entah kenapa setiap kali buat kek atau apa2 jenis kek atau muffin rasanya nak guna jer kaler ni..hehehe.
Ibundo dah balik ker..? mesti makin laju merempit kat dapur tu nanti kan :)
Zaliedana ~
ReplyDeleteCT cyggg.. k.ct ni memang suka membaca. Novel ni jarang beli. ada yang dapat hadiah dari kawan dan ada juga yang anak dara k.ct beli. sesekali layan baca Novel bagus juga CT. bolehlah kita tenangkan fikiran atau menajamkan ingatan dengan membaca ni. maklum lah umur macam k.ct ni sering jer pelupa..hahaha.
Biasalah ada anak2 kecik ni CT pantang jumpa kertas dan pen habislah jawabnya nak jadi 'penulis' novel kat buku atau dinding lah pulak..hahaha
Assalamualaikum akak ct cayang..
ReplyDeletewah mangoda tgk kek tu akak... mmg nampak gebu dan sedap... tmbh2 lg perisa strawberry... sedap!
Salam kak CT..
ReplyDeletenampak sedap...teringin nak rasa..
kena buat lah ni.. masuk list..hehe
msti harum sedapur dgn bau strwbry.. suke tgok warna.. myelerakan la CT..
ReplyDeleteDiana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana maniss..ramai yang suka kek span termasuka k.ct juga. nampak gayanya kek span ni mendapat citarasa hati lah kan. anak2 k.ct pun suka. terima kasih lah pada penyumbang resipi kek span ni kan Diana :)
tr kasih ya Diana..walau dalam sibuk2 sempat juga singgah Dapur CT ni..sayang Diana..muahh!
Norul Mas Hana ~
ReplyDeleteWa'salam Norul..harap Norul sihat selalu ya. Tu hari k.ct masuk blog norul nampak kek jugaka kan. agaknya tu yang terbekenan terus cari lah kot..hehehe. Tapi resipi jer lain2, kaler maintain sama pink :)
dZana ~
ReplyDeletememang harum jugalah cikgu zana, tapi kalau buat perisa pandan baunya lagi kuat berbanding strawberry ni. lain kali nak cuba gambung perasa lain2 pulak. kira macam buat bentuk ala2 marble agaknya elok tak erk..hehehe
mesti cikgu sibuk dengan anak2 murid yang menduduki peperiksaan SPM tu kan. jaga kesihatan juga ya cikgu zana :)
dah malam baru sempat singgah ni... nanti kita nak cuba buat tapi mcm x yakin sebab mix sekali ngan tepung...takut bantat plak...
ReplyDeleteassalam kak CT, hari ni naik jet tak laju tu sebab tu sampai lewat dapur akak ni..sure kek pun dh abis kan...:D
ReplyDeletesedapnya tgk kek span tu kak...halus dan gebus jer ..rasa nk ngap jer ni..hehe.
salam CT..
ReplyDeletekita samalah CT.. kalau masuk blog kwn2... panjang mcmana pun celotehnya mesti nak baca sampai abis sebab nak tau apa yg nk disampaikan. lg pun mana tau kalau2 ada tips2 masakan yg nak disampaikan... dpt juga dikutip... hehe..
kek span akak dah lama tak buat... kek ni kalu nk letak krim.. guna fresh cream mesti bestkan?
Salam CT cayang. Kek ni kalau kasi Along sebiji pun boleh abis sorang, ringan jer tak sedor abis sebiji...hehe
ReplyDeleteNazrah ~
ReplyDeleteNaz..k.ct dah buat dua kali, jangan bimbang memang tak bantat punya. masa nak putar tu kenalah guna speed yang tinggi dalam 5 minit kompom menjadi punya. cubalah memang tak menghampakan :)
Nieza ~
ReplyDeleteWa;salam Nieza..hahaha. amboi naik jet ya. mengalahkan Nor dah ya..hahaha.
kek span ni memang sedap Nieza, k.ct suka juga makan, tak sedar nak luak juga setengah. nasib baik ingat anak2..hehehe
MaDiHaA a.k.a Ratna ~
ReplyDeleteWa'salam Ratna..betul3x ct pun suka baca tak kisahlah anjang berjela ker. sebab tu kalau tenet lembab nak tunggu di lodding punyalah lama. tu yang kadang2 macam nak marah jer. kalau tengok gambar tanpa tahu isi pembuatnya macam kosong jer kan.
Oh ya ker..ct tak pernah cuba lagi Ratna. Ratna ada resepi dia ker..? nanti nak selongkar almari Ratna..mintak izin ya..hehehe
HomeKreation ~
ReplyDeleteWa'salam Along..betu tu..kek span ni memang lembut dan ringan. tulah kalau tak pikir anak2 dan suami memang sekejap jer mengadap kek span ni terus bersih..hehehe.
anak bujang Along pun dah pandai masak dah ya macam mama dia gak. kompom sedap!
Assallamualaikum Kak CT..
ReplyDeleteKak, nmpk lembut gebu jer kek akak ni.. Bila2 nk cubalah.. Menarik nampaknya..