Assalamualaikum... Salam mesra dan salam sayang untuk semua teman2 Che CT. Hari ini nak share menu mat saleh pulak lah ya. Selalu dok tayang masakan melayu, sesekali kita layan pulak menu western ni. Ini kiranya yang pertama CT buat dan letak dalam Dapur CT. Macam biasalah lama dah beli spaghetti ni, tapi dok peram jer nasib baik tak expired lagi... hehehe.
Terima kasih buat penyumbang resipi ni IDA yang duk kat Jepun tu. Nampaknya anak2 pun suka resepi ni, jadinya memang sedaplah masakan dari air tangan mama dia ni kan... angkat bakul sendiri nampaknya... hahaha. Okey2... CT banyak kerja lagi nak buat, jadi kita terus pada resipi jer lah ya. Terima kasih buat IDA sebab berkongsi resipi ni, dan izinkan K.CT letakkan juga dalam Dapur CT ya.
Spaghetti Bolognese
Resipi : IDA
Bahan-bahan :
250 gm spaghetti - direbus sehingga lembut, titiskan beberapa titik olive oil ke dlm air rebusan
toskan setelah lembut
Bahan-bahan kuah :
300 gm daging lembu kisar... boleh dilebihkan
1/2 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
3 hiris nipis halia * ( Kisar bahan bertanda * )
1 labu bawang besar... didadu halus
1 biji tomato... didadu
1 botol sos pasta/435 gm....boleh dikurangkan
3 sudu besar sos tomato
2 sudu teh serbuk cili... boleh dilebihkan/dikurangkan
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh/lebih serbuk lada hitam.....yg kasar
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 sudu teh oregano
Opptional.....serbuk perasa kalau suka
Cendawan bulat ( shitake )....dipotong nipis
Sedikit air utk tambahan kuah...kepekatan kuah ikut citarasa masing2
Sedikit olive oil untuk menumis.....boleh juga pakai minyak biasa
Cara-cara :
1. Tumiskan bahan kisar /bahan *sehingga naik bau/sedikit garing
2. Masukkan bawang besar, tomato yg didadu dan serbuk cili......tumis sekejap
3. Masukkan daging cincang dan serta bahan2 lain....kacau sehingga masak.
4. Tambah air jika kuah terlalu pekat dan teruskan memasak.
5. Sedia dihidangkan bersama spaghetti....maka jadilah spaghetti bolognese ..sebab itulah nama asal diberi..
P/S - Gambar kat bawah ni pulak ialah teaser untuk entri yang akan dipublish esok, iaitu Meatballs Bolognaise. Hidangan yang sesuai dimakan bersama spaghetti. Tunggu ye :)
selamat paagi kak ct.spagetti nie favourite nonie.nak semamgkuk hehehe
ReplyDeletenyum, sedapnya spagetthi, lama tak masak, tgk kak ct masak teringin lah pulak
ReplyDeletesedapnya pepagi tgk spaghetti ni, terus rasa lapar, tapi yang nilah faveret anak2 saya
ReplyDeletesalam kak ct...liza dtg bawa pinggan kosong ni....ekekekekke
ReplyDeletemenjejes dah airlioq gee tgk menu western CT harini... wallah!!
ReplyDeleteresepi dari dapur ida ke kak CT?..mekasih la krn sudi try...apa la rasa agaknya...last week baru wat spaghetti..selalu2 buat diaorg kt umah ida ni cepat jemu...cun ler pic tu kak
ReplyDeleteselamat pagi Ct... sedapnya SB...Amie suka bubuh kuah lebih-lebih..terus telan... slurrrp...slurrrpppp
ReplyDeleteCT...gambo semakin cun...cantik menggoda...memang sah dah tergoda ngan spaghetti ni...alahai...molek cantik je dok dalam pinggan tu...saje je nak buat kak cek jelezzzz...tapaukan kak cek sikit bolehhhh...he he :D
ReplyDeletekak CT, ada lagi ker tu? Mintak semangkuk..hehehe
ReplyDeleteSelamat pagi Kak Ct..
ReplyDeletesedapnya spagetti bolognese di santap time panas2...emmm telan liur lagi..
morning kak ct! amboil.. siap ada teaser tu. hehe.. tun kalau spagetti mmg bolognese ni feveret la. suka wat pedas2! tekak melayu la katakan. hihi
ReplyDeleteSalam CT, tumpang telan air liur ya..uishhhhh favourite saya tu
ReplyDeletenonierahman ~
ReplyDeleteSelamat petang nonie, selalunya menu2 western ni ramai yang mengemarinya. termasuklah k.ct. dulu2 tak biasa makan sebab dok kampung kan. sekarang dah pandai dah sekali ngadap memang tak cukup sepinggan..hahaha
Tina Othman ~
ReplyDeleteTina..apalagi tunggu, jom masuk dapor masak spaghetti lebih2 tau :)
MAMASYAZA ~
ReplyDeleteFav anak2 juga ni mamasyaza, masa buat ni ulang2 jugalah anak2 mintak ditambah dalam pinggan tu. bawak kemalam juga rasanya menu ni :)
Liza ~
ReplyDeletebawak pinggan mana cukup liza. lain kali bawak mangkuk tingkak lah senang nak isi banyak2..hahaha
Gee ~
ReplyDeleteLorr...patutlah ada bekas2 kat laptop tu yek..hahaha. Gee..sesekali layan menu2 macam ni memang sedap Gee. Tapi tak bolehlah selalu, kang nasi kat rice cooker tak luak kang..hehehe
Ida,Japan ~
ReplyDeleteIda..tr kasih share resipi ni, sedap lah Ida..nak masak pun tak lah susah mana pun. sesuai dengan tekak k.ct dan anak2. cuma hubby kata kena pedaskan sikit lagi jer. Lain kali tak payah nak makan luar dah..masak sendiri lagi jimat dan dijamin bersih...hehehe. Tak gitu Ida :)
Salam..Spaghetti Bolognese nampak sedap sekali. And not forgetting, you have a lovely blog. The pictures you take are simply wonderful too!
ReplyDeleteAmie ~
ReplyDeleteCT pun suka banjir2 gak Amie, tapi ni sebab nak amik gambo kenalah letak sikit2 jer..kang banjir2 tak nampak pulak spaghetti tu :D
cik cek ~
ReplyDeleteKak cek cyg.. jangan majuk2 kak. kalau ct makan akan masuk sesuap dalam mulut khas tuk kak cek yg cantik ni haa...hehehe
esok kak cek buat ya, ct terbang datang kat rumah tumpang makan pulak ya..hihi
Naz / Nadz COSK ~
ReplyDeleteHarap maaf Naz...dah habis dah ni, dapat layan gambar jer lah ya..hihi
kalau rajin2 tu gi masak k.ct tumpang makan sekali :)
Rahel ~
ReplyDeleteSelamat petang Rahel cyg..memang sedap kalau dihidang panas, tapi kena tiup2 dulu baru masuk dalam mulut ya..hehehe
tun_telani ~
ReplyDeleteselamat petang Tun, biasalah petang2 baru sempat jengah Dapur CT. dah rehat2 baru nak BW sana sini.. Betul tau, k.ct first time makan SB ni terus jatuh cinta. yang ni memang kurang pedas sikit sebab anak2 ada yang tak boleh tahan pedas lah Tun :D
IXORAROXI ~
ReplyDeleteWa'salam Roxi, sorilah ya buat Roxi terkecur pulak.. nak disuapkan dah habis, jadinya telan2 lah air liur tu lebih2 ya..hehehe Jahat ct ni kan Roxi.. hehehee
Nurwin Heny ~
ReplyDeleteWa'salam Nurwin..tr kasih sudi singgah blog Dapur CT.
Alhamdulillah..blog Dapur CT ni biasa2 jer, gambar yang ct ambil ni pun banyak belajar dari Hubby yang sering memberi tunjuk ajar pada ct. masih banyak lagi yang perlu ct pelajari lagi ni Nurwin :)
wowww.. mmg terliur tgok spgty CT ni.. aimman tak leh tgok ni.. mau merengek suh buat pulak..
ReplyDeletesedapnya!! sukax2....gambar pun cun lagi ler suka..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum akak ct cayang...
ReplyDeletespghti bolognese mmg fav.. sedapnya tgk... btl apa yg nieza katakan tu... gambar mmg cun sgt...