Friday, April 22, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake / Muffin




Assalamualaikum.... Moga kawan2 semua sentiasa dalam naungan Allah. Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi semangat pada CT untuk terus kembali DDCT ni. Sejak 2-3 hari ni hati CT tak berapa selesa sama sekali. Bila insan tersayang tak berapa sihat, hati seorang isteri akan turut merasai kesakitannya bersama. Semoga my laling CM akan cepat sembuh, sihat waalfiat dan sentiasa di lindungi Allah selalu hendaknya.. Aminnnn.

Berbalik pada resipi ni CT buat 2 kali dah. pertama kali buat dalam muffin cup yang kecik molek jer. Sebab percubaan pertama ni CT akan buat sedikit jer dulu, tengok pada permintaan insan2 tersayang dirumah. kalau mendapat sambutan kena lah buat lagi. Haaa... memang berbaloi2 CT cakap kat you alls memang sedap, mois lah senang citer. Tapi CT ada tambah sedikit jer pada resipi tu. Ada bahan2 yang CT tak ada stok kat rumah.. hihihi.Tak apa asal resipi asal masih maintain jer kan. Kali kedua pun CT masih buat versi muffin gak, tapi kali ni yang besar sikit lah. Tu yang buat 2 adunan jadi kena tamah lah aduanan tu ya... hihihi. Thumbs up lah buat Dayang memang tak rugi mencuba resipi ni. InsyaAllah CT akan buat versi kek pulak nanti. Kena tunggu birthday kita lah kot.. hehehe. terima kasih buat Dayang Jack.... muahhhh!

Super Moist Eggless Chocolate Cake / Muffin

Resipi dari Dayang Jack

Bahan-bahan : (untuk loyang 6-7 inci)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon (CT ganti dengan 1 sdb orange sunquick ... :D )

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


14 comments:

  1. wahh dah sampai ke dapur kak ct dah kek si hitam manis ni...hehe bila pula nk sampai dapur saya ni yer....hmm..nk buat jugalah nanti...btw didoakan semoga laling kak ct cepat sembuh yer...amin.

    ReplyDelete
  2. comelnya kak siap ada toping lagi,semoga hubby akak cepat sembuh. sabar dan doa banyak2 ye kak

    ReplyDelete
  3. Salam CT...
    Dah bejangkit kat dapo Ct pulak kek ni....sedap kan...sume org pun nak buat dan nak rasa....kak cek lama dah tak baking cake2 ni...kat rumah tak ramai org...kalau buat mesti bwk p opis...

    pekabo hubby Ct...harap2 beransur sembuh ya....

    ReplyDelete
  4. Salam CT, alahaii cik abang x sihat ke..xpa..CT setia menemani..tu lah yg akan jadi penawarnya nnt di samping air tangan isteri masak sedap2 tuh..hehe

    ReplyDelete
  5. wahh siap ada topping!! semoga CM segera sembuh ya..

    ReplyDelete
  6. selamat malam CT delima..
    itulah kan, kalau en suami kurang sihat.. kita si isteri yang akan merasainya

    PS: meleleq lah.. hantar sini sikit..

    ReplyDelete
  7. aslmkum CT .. bila la nk buat kek ni.. mmg terguda bila baca ayat2 ct ..

    ReplyDelete
  8. Slmt mlm kak ct..

    comelnya muffin siap dgn toppingnya skali..nyummm. nak satu!

    ReplyDelete
  9. sedap!! tun pun suka wat eggless choc cake =) mmg moist sgt2!! nk ada ada topping tu, cupp!!

    ReplyDelete
  10. nyum..nyum selera la tgk muffin k.ct...hehe, siap deco lg:) minta ckitttt..hihi

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum Kak Ct..
    Salam kenal kak. Tartarik sgt3x dgn hasil tgn akak di dapur.. Kek cekelat tak guna telur ni pun dah ada di dapur akak ye.. Kuih lapis pelangi akak di bawah tu cantiknya... Naz 4llow & link akak ke blog Naz yer.. Selamat berkenalan kak..

    ReplyDelete
  12. Eggless Cake ni bagus juga, selain dari sedaaappp, tak payahlah susah-susah cari telur. Betul ke?

    Thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  13. KAk CT, aku pingin mencoba bikin cake ini karena sudah terkenal sedapnya. Tapi masih bingung...apakah sama cawan dengan cup. Dan kalaulah menggunakan cup apakah sama cup untuk tepung, cup untuk coco, cup gula dan cup untuk liquidnya. KArena kalau konversi Amerika ternyata cupnya beda beda...

    ReplyDelete
  14. wah...bila dengar moist....ni yg nak cuba...nnti nak cubal a resepi kak ct ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...