Friday, April 15, 2011

Apam Beras




Assalamulaikum... terbitkan senyuman penuh keikhlasan agar wajah berseri macam kuih apam ni ... hihihi. Berkaler2 sungguh memikat hati, macam pelangi pun ada gak. Cuma tak cukup 1 jer lagi kaler tu... hihihi. Dah lama teringin nak membuat kuih apam beras ni. Kawan2 lain semuanya dah sampai kebulan 2-3 kali. Tapi CT masih lagi duk dibumi tak sampai2... hehehe. Bukan tak mahu buat, cuma sikap tak nak 'merajinkan' diri tu jer yang membuatkan CT tak nak buat. Ni kali kedua CT buat apam beras ni. Mula2 buat tu apam ni macam segan nak senyum. Tapi kali kedua pulak semuanya senyum2 kambing aje. Harapnya supaya dia tersengih lebar.. "tersengih macam selipar koyak" kata Pak Jabit dalam movie hantu kak limah... tapi tidak pulak nampaknya ... hihihi. Dailog dalam cerita hantu kak limah ni dah jadi macam fenomena kan. Kat mana2 dengar budak2 mengajuk-ngajuk. Seronok pulak CT tengok bila anak2 semua dok melayan citer tu sambil diulang2 dailog tu sekali... hehehe. Berbalik pada resipi ni CT amik dari blog Azita Kitchen @ kak ita. Geram bila tengok apam beras yang kak ita buat tu semuanya tersenyum jer. Terima kasih pada kak ita kerana berkongsi resipi ni :))


Apam Beras
Resepi dari Azita Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula (CT tak guna gula ni tapi guna 1 3/4 cawanbrown sugar)
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam halus (CT kukus sekejap supaya kelapa boleh tahan lebih lama)

Cara-cara:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. (CT masukkan air sedikit2 hingga nasi betul2 hancur)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa putih yang telah di gaul dengan sedikit garam.. siap!


15 comments:

  1. kak ct,
    gambar mcm dlm majalah laa...nak warna biru plsss...ngeee

    ReplyDelete
  2. Nor ~

    Thanks.. mcm diri kita gak kena berwarna warni agar sentiasa ceria selalu ..hihihi


    Izan ~

    Kemeriahan ni lah yang selalu memikat ank2 untuk makan izan. tapi k.ct memang suka main dgn kaler2 ni. nmpk cantik kan :)


    Hani ~

    Hani.. semanis madu namamu..hihihi. bole aje, tapi sudah finis lah. suka pada biru ya, k.ct suka pada pink kaler :D

    ReplyDelete
  3. kak CT, memang cun la apam akak ni berseri2 gitu rasa nk ngap jer nengoknya ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Nieza ~

    Oh ya ker..hehehe. k.ct dah ngapp! dulu ni nieza..hihihi. next time nak cuba bt apam eno lak :D

    ReplyDelete
  5. Issnita ~

    hahahaha...lawak sungguh lah issnita. rasanya gitu lah kot sambil layan dvd tu sambil bt apam gelak sorg2 kat dapur erk, tu yang tersengih sumbing jer apam tu..ekekeke.

    ReplyDelete
  6. salam rindu buat kak.ct yang disayangai...
    pekaba kak?? arap akak skluarga sihat2 belaka..... masakan lupa ngan akak... ingat selalu cuma dsebabkan kebizian yg agak melampau skrg nih tak leh nak ronda2 dan bertanya kabar akak.... banyak n3 akak yg tertinggal... terkedek2 nih hah nak khatam.... kekekeke.... sonok tgk akak dah stat masak2 smula.... kim salam cikmat ngan anak2 yer kak...

    nanti pm kiter eh amik no.tipon and alamat... :)

    ReplyDelete
  7. mama kalau buat pun dia tak senyum lebau.. sebab air kot.. hahaha.. tp biar senyum simpul.. janji masuk mulut nyamannnnnnnnn

    ReplyDelete
  8. wah sopan dok beratur apam yg kalerpul.

    ReplyDelete
  9. mamazizah ~

    kenapa payah bebenor apam ni nak senyum ya Ma..agaknya dia segan kot nak sengih lebau2 ..hehehe


    lina_pg ~

    tersusun rapi mcm nak tggu turn masuk mulut tu lina..hahahaha. sabau jer lah kan :D

    ReplyDelete
  10. Salam CT, waaah dah aktif semula nampaknyaa...cantik menawan apam beras tu CT, komain kaler dia...leh fengsaannn! Hehehe..waaah gambor mokcik tudung merah kat sebelah dgn sudip nih...cantik loorrr...tp pegang sudip tu akak takut laa kena hambat kang...x jadi masuk rumah CT..hehehehe

    ReplyDelete
  11. Hana ~

    trtinggal lak komen dari Hana cayang... hehehe. Alhamdulillah k.ct sihat juga. k.ct ni pun baru on balik ni Hana. rasa rindu dan sayang pada Dapur CT ni. Dan juga rindu pada kwn2 semua.

    K.ct dan pm Hana kat facebook..insyaAllah bila ada kelapangan k.ct akan singgah ya :)

    ReplyDelete
  12. Ummi ~

    kak Ummi...muahhhh! hahahaha. tr kasih kak. ni nak amik awra k.ummi rajin masak2 ni, asik dok bersawang jer setiap waktu kat sini..hahahaha.

    Sudip tu buat gimik jer kak ummi. Ni semua idea CM lah. CT dok posing jer cari kelainan Dari Dapur CT. semoga kerajinan masak2 ni akan sampai bila2..insyaAllah..aminnn.

    Jangan lah takut kak ummi ct tak hambat sesiapa pun malah menerima dgn rela hati setiap yang masuk kesini. tr kasih sebab sudi dtg lagi kak..hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam kak ct sara buat tpi x pch atas yer npe ek? Agak2 apa salah adunan sara? Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...