Assalamualaikum.. Salam sejahtera dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Apa khabar teman-teman semua. CT harap semuanya sihat sejahtera saja ye. Maklumlah selepas balik daripada musim cuti perayaan yang panjang. Malah sesetengah tu ada yang baru semalam baru pulang dari bercuti. Jadi bila dah balik semula tu, harapnya badan dan minda semakin cergas dan cerdas. Dan semakin bersemangat untuk bertugas dan memulakan hari-hari yang lebih baik. InsyaAllah.
Untuk memulakan hari pertama pada minggu ini, CT kongsikan resepi sarapan pagi kuih tradisional iaitu Kuih Nagasari Pandan. Versi tradisionalnya tidak berperisa pandan dan berwarna putih dan sekadar dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus kuih lepat pisang atau lepat ubi. Tetapi versi yang CT buat ni CT ubahkan sedikit penampilannya dengan membungkusnya menggunakan daun pandan seperti acuan Kuih Tepung Pelita dan CT buatkan adunannya berwarna hijau dan berperisa pandan.
Kuih-kuih tradisional begini sedap dan tak jemu untuk dinikmati berulang-ulang. Cuma ada kuih-kuih tersebut yang kurang menarik rupa dan penampilannya dan kuih nagasari ni salah satu kuih yang tak cantik dipandang mata sebab berbungkus dengan daun pisang. Itu yang kadang-kadang budak-budak kurang tertarik dengan kuih-kuih tradisional seperti ini tetapi lebih menggemari kuih-kuih moden yang menarik penampilannya seperti kek, muffin dan pastri.
Jadi untuk menarik perhatian anak-anak kecil untuk menggemari kuih-kuih tradisional begini, kadang-kadang kita mesti berinovasi sedikit untuk menjadikannya nampak menarik tetapi dalam masa yang sama tidak merosakkan keaslian rasa asalnya. Bila rupa dah nampak menarik pastinya anak-anak juga akan tertarik. Kalau nak hidang pada tetamu yang datang pun nampak sedap dipandang mata. Betul tak, hehe.
Resepi ni adalah salah satu daripada 5 resepi CT yang telah disiarkan dalam Majalah RASA keluaran bulan Mac 2013. Dalam majalah tu cuma diletakkan 1 gambar saja bagi setiap resepi jadi tak terserlah keenakan kuih ni daripada penampilannya. Jika ada yang tertarik dan berminat untuk mencubanya setelah melihatnya di sini, bolehlah semak resepi di bawah ye. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaaa...
Kuih Nagasari Pandan
Resepi Che CTBahan-bahan :
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar gula pasir
7 helai daun pandan - kisar dengan 1 cawan air, tapis airnya
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
2 biji pisang masak - kukus sebentar
Cara-cara :
1. Sediakan dahulu acuan mangkuk dari daun pandan, ketepikan.
2. Didihkan air dalam periuk kukusan.
3. Satukan tepung beras, tepung jagung, gula pasir, garam, santan, air
pandan dan sedikit pewarna hijau. Kacau rata hingga gula larut dan tapis
dalam periuk.
4. Masak atas api perlahan dan kacau sentiasa sehingga adunan pekat sedikit. Matikan api dan angkat.
5. Sudukan adunan dalam mangkuk pandan dan letak sehiris pisang masak
diatasnya. Buat hingga habis dan kukus 10 minit dengan api perlahan.
Sejukkan baru dihidang.
Always happy to visiting your blog, bring back my old memory!! I miss all traditional food, hopefully I will be able visit my country on summer and eat all the good stuff like Nagasari :)
ReplyDeleteYou really spoiled my eyes today :)
Terima kasih Nisa sering singgah blog DDCT :D
DeleteYa..selalunya kue2 tradisional ni dah semakin dilupakan. Itu yang kena buat supaya anak2 lebih mengemarinya.
As salam Ct....memang terserlah keayuan kuih nie bila di letak cara begini. Nampak saja dah terasa nak makan. Noor pun suka makan kuih nie kadangkala kena hold dulu sebab ketiadaan daun pisang...hehe tapi daun pandan ada la ...dalam pasu.
ReplyDeleteWa'salam Noor..apa yang ada kita guna aje Noor. Daun pandan ct pun dalam pasu gak..kecik2 aje daunnya hihihi.
DeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteKue tradisional adalah kue favoritku. Apalgi nagasari yang cantik ini...yumm
wa'salam Hesti
Deletefav kak ct juga kue ini, tadi singgah blog Hesti, tapi komennya nggak lepas. nanti dicoba lagi ya :D
As salam Ct... waaa... wangi jer bau naga sari sampai kembang kempis hidung gee dibuatnya... Aduh mak ai... terlior!!
ReplyDeletewa'salam Gee
Deletetadi singgah dapur Gee terbau2 nasi dagang hihihi. sedappp!
salam kak siti
ReplyDeletehonestly..
ayu still gemo lagi kuih2 melayu ni sbb resepi dia asli
compare dgn reconstructive resepi tuk kuih2 melayu ni
jadi lain plak
klu setakat tmbh perisa sikit n minor alteration
oklah jugak
tpi bila ade satu stage tu..
kuih tu sedap diluar tpi bila mkn..
mak ayu pernh kate..
(sbb dia pakar kuih2 tradisional)
*kecewa jugak bila tgk kuih cantik2 tpi tekstur dgn rasa takde...sayang betul.
baik yg asli..
*lapo nengok kuih akak.sbb ayu pecinta hijau...(nk cari pisang..nak cari pisang..)
wa'salam Sidratul
Deleteterima kasih singgah DDCT, Alhamdulillah kak ct juga suka kuih2 lama. selalunya begitulah kadang2 kuih yang dijual tu indah rupa dari rasanya. Bukan semua sebahagian sahaja :)
X prnh buat kuih ni kak ct...beli pun jarang..kalau tpg pelita tu selalu gak mkn...nnti nk cuba buat gak lh..menarik je tgok kuih kak ct ni....:-D
ReplyDeleteKalau Sury yang buat lagi bertambah sedap hihi. jangan lupa panggil kak ct tau kalau buat nanti, nak tumpang makan :)
Deletemesti sedap ni kak, bau2 pandansss..
ReplyDeleteBetul Rohah, bau pandan ni memang aromanya memikat sangat. selalu buat biasa ajekan, ni ditambah sedikit pada warna aje :)
DeleteAssalamualaykum kak ct....
ReplyDeleteini salah satu kue favorit saya kak....
diletakkan dalam mangkuk pandan jadi kelihatan lebih cantik dan menarik.
idenya layak dicoba nih.....
wa'salam Rina
Deleteya nampak sedikit kelainan tapi rasanya tetap sama hanya bezanya kak ct bubuh perasa pandan :)
walaupun mimie tak seberapa suka nagasari...tapi mimie suka lihat pic kak ct..
ReplyDeletecantikkkkk.... ^_^
Salam Mimie
Deletemahu tanya dulu, nape nggak suka mimie kan sedap nagasari hehehe. apa pun tr kasih sudi singgah dapur CT ya Mimie :)
Menarik la kak ct. .xrugi xdpt beli majalah rasa..tq 4 syering. .bg sy idea utk pelbagaikan kuih jual sy..tq sgt2
ReplyDeleteSalam Ain
DeleteAlhamdulillah semoga apa yang kak ct kongsikan disini dapat memberi peluang untuk Ain mencuba nanti ya. terima kasih singgah :)
masyaAllah, kue nagasari ini favorit sy waktu kecil kak, biasanya selalu ada di acara2 seperti kenduri, pernikahan , selamatan dll... tak terasa sudah lama tak makan kue ini....
ReplyDeleteAssalamualaikum...betul tu...kekadang kita mesti sedikit berinovasi seiring dengan arus zaman macam penampilan kuih kak CT ni...Memang menarikkk kan....
ReplyDeleteSalam Kak CT....
ReplyDeleteLama tak kunjung blog disuguhi kuih Nagasari yang cantik nian. Wah akak buat saya rindu dengan kuih favorit saya ini. Saya paling suka nikmati Nagasari setelah disimpan dalam peti es, lebih segar rasanya :D. Betul kata akak, memang kuih tradisional seperti ini tak pernah bikin jemu, tapi selalu bikin rindu ^^