Assalamualaikum ... Salam ceria buat semua pengunjung setia Dapur CT. Bertemu kembali diawal bulan February, semoga kita semua di beri kesihatan yang baik pada setiap masa dan ketika dan sentiasa ceria bersama insan-insan tersayang.
Apa menu sarapan teman-teman hari ini agaknya ya. Sebagai entri pembukaan untuk minggu ini, CT kongsikan resepi menu sarapan yang senang iaitu Pancake Pandan. Sudah agak lama juga CT tak buat pancake sebagai menu sarapan pagi. CT bangun awal untuk menyediakan menu sarapan ni. Maklumlah nak perap adunan tu dulu sebelum menyediakannya. Anak-anak CT gemar juga menu sarapan macam ni dan biasanya anak-anak CT suka dilapis dengan sapuan peanut butter dan jem. Untuk CT pulak, biasanya CT bersarapan lewat sedikit dan CT hidangkannya bersama ais krim vanila dan sos chocolate. Emm... memang sedap! tapi CT makan setakat 2 keping aje dah kenyang hehehe.
Resepi Pancake ni boleh dipelbagaikan adunannya. Dan ada juga yang turut mencampurkan inti yang ingin di sapu kedalam adunan tersebut. Itu semua terpulang pada selera masing-masing mengikut citarasa yang diinginkan. Untuk resepi yang CT kongsikan hari ini, CT membuatnya dengan perisa pandan. Sebelum-sebelum ni CT pernah buat dengan perisa vanila dan chocolate. Bila anak-anak merasa pancake perisa pandan ni, anak-anak bertanya... "kenapa pancake mama kali ni rasa lain daripada biasa" hehehe.
Sebenarnya resipi ni hasil carian CT di Google. Asalnya CT mencari resipi kek pandan tapi dalam mencari-cari tu, terjumpa pulak resipi pancake pandan. Apalagi, cuba ajelah hehehe. Lain nak dibuat lain pula yang dijumpanya, namun adunan pancake ni memang lembut walau sudah seharian dibiarkan diluar.
CT olah resepi tersebut dengan menambahkan anggaran 1 sudu besar mentega cair. Untuk hasil dari adunannya pula, CT dapat dalam 7 keping mengunakan frying pan 5 inci. Jika teman-teman ingin mendapatkan jumlah yang lebih, gandakan saja adunan yang CT kongsikan dibawah tu ya.
Pandan Pancake with Vanilla Ice Cream
Resepi olahan Che CT
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu baking soda
secubit garam
1 1/2 sudu besar gula kaster
1 biji telur besar
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu teh esen pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Sedikit mentega - untuk gris
Cara-cara :
1. Adunan Kering: Campurkan tepung gandum, baking powder, baking soda, secubit garam dan gula kaster ke dalam mangkuk besar.
2. Adunan Cecair: Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu, mentega cair, esen pandan dan pewarna hijau kacau dengan whisk hingga rata.
3. Masukkan perlahan-lahan adunan cecair ke dalam adunan kering. Kacau hingga rata dan hingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi susu.
4. Tutup adunan pancake dengan plastik bersih dan rehatkan adunan kira-kira 30 minit.
5. Gris frying pan dengan mentega nipis-nipis dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan anggaran 1/3 cawan adunan dan masak sehingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan dengan perlahan-lahan. Masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.
6. Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran dan tambahkan ais krim vanila bersama sos chocolate sebagai toppingnya.
Sedapnya kak nmpk dipagi hari nie....lapar plak....!
ReplyDeletebestnya bekpes gini....
ReplyDeletelama dah tak buat....
CT.... lapar... nak 2 keping...
ReplyDeleteSerius tergoda....
ReplyDeleteSelamat pagi Che Ct.. tumpang breakfast di sini ye...! Nak 2 leping pancake yang sedap tu...
ReplyDeleteSalam kak Ct,
ReplyDeleteGebunya pandan pancake tu..lebih menarik dengan aiskrim vanilla...
gebunya CT pankek tu...gerammmm
ReplyDeletepagi kak CT....
ReplyDeletebaru kali ini lihat pancake pandan...
cantik sangat ....^_^
sedapnya kak ct
ReplyDeletetak penah terfikir pun pandan pancake hehe, selalu plain atau choc mcm tu je, menarik ni
Salam Kak CT...Wahhh gebus gebasss gitewwwww
ReplyDeletenak sket..
ReplyDeleteSalam CT,
ReplyDeleteLama nian tidak datang menyinggah sapa mesra dan tahun baru sudah lebih sebulan berlalu... dengan kesebokan rutin harian diisi penuh mengikut rentak memasing.. ya ampun.. ketika waktu ini kelihatan salji turun lagi dan esok akan bersalji banyak lantas suhu menurun terasa dingin sesungguhnya... Ratna berharap CT&keluarga semuanya berada didalam kesejahteraan hendaknya, seperti selalu apa sahaja yang CT sedia dan peragakan sudah berjaya memikat hati dengan gambaran photos yang menarik lagi menambat selera dengan hanya menatapnya...
Sampai nanti... salam mesra yang manis semanis madu.