Friday, January 15, 2010

Kuih Dadar @ Ketayap




Assalamulaikum... Salam bertemu kembali Dari Dapur CT. Puan dapur ni selalu benor tenggelam timbul yek hehehe. Hari ni timbul dengan kuih dadar, kuih gulung, kuih ketayap, banyak benor nama dia erk. Kalau orang Johor panggil kuih dadar, bukan dada okey ngeee... Buat sarapan pagi untuk insan2 tersayang dirumah. Selalu gak buat kuih, cuma nak klik2 camera tu macam malas. Biasa ler guna DSLR my laling CM tu berat macam anak batu giling hahaha. Sabor jer ler... tau dek hubby ku sure lepas ni tak leh pinjam lagi kang hehehe. Resepi dari MyResepi dan terima kasih pada Mama Kastam Tioman. Mesti mama ni duk kat Tioman kot. Jemput makan tapi jangan lupa cuci tangan dan baca doa dulu ya :D :D


Kuih Dadar @ Ketayap
Sumber dari MyResepi

Bahan-bahan:
3 cawan tepong gandum
1 biji telor
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali. (CT guna non-stick pan supaya tak lekat)
3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
5. Dah siap..makan..makan..


3 comments:

  1. salam kak CT!! apa kabar..??lama tak jengah dapur akak.busy gituuu!!! kita suka gak kuh dadar ni. pernah buat, tp tebal la pulak. tak cantik!!

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah buat Kak CT. Datang dari rumah LiNda.

    Salam Takziah untuk akak dan famili. Semoga akak & famili tabah.

    ReplyDelete
  3. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...