Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Dapur CT yang tersayang. Pejam celik, pejam celik dah hari Isnin semula kan. Biasanya hari Isnin ni hari yang berat untuk mereka yang bekerja. Maklumlah dah cuti hujung minggu dua hari pastilah rasa malas dan berat sikit nak mulakan hari pertama setiap minggu ye tak. Tapi malas macam mana pun, yang lebih penting adalah semangat mesti selalu dikuatkan tau, sebab kerja itu adalah suatu ibadah.
Berbalik kepada menu CT hari ni, menu dessert yang sejuk dan nyaman di tekak. CT tengok dah dua tiga orang geng masak2 yang dah buat resepi ni jadi CT pun terasa nak mencuba sama. Cuma versi CT ni, CT buatkan kuah koktelnya sebab my laling CM suka sangat puding yang berkuah. Untuk orang tersayang, ikutkan ajelah ye tak. Dan sebagai balasannya, my laling tolong shootkan lagi gambar menu ni hehehe. Maklumlah, kalau CT shoot nanti hasilnya jadi biasa-biasa aje sebab CT ni masih lagi "Buah Cempedak Di Luar Pagar.." hehehe. Jadi bila my laling tolong shoot, dapatlah CT belajar juga bila tengok teknik my laling buat shooting tu. Terima kasih daun keladi ye laling hehehe. Okeylah, kita layan dulu resepi dan gambar-gambar menu Puding Kiwi Koktel ni ye. Daaaa....
Puding Kiwi Koktel
Sumber: Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan :
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis).
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan
Cara-cara :
1. Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
2. Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
3. Kacau hingga sebati.4. Tuangkan ke dalam acuan yang dah dibasahkan dengan air.
5. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti ais.
6. Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dengan hirisan buah kiwi.
Bahan koktel :
1 tin buah2 koktail, asingkan isi dan jusnya
1 tin susu sejat "Ideal"
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Cara-Cara :
1. Masukkan susu sejat, air, buah2 koktail dan gula dalam periuk. Kacau hingga gula pasir larut. Tak perlu hingga mendidih. Bila gula pasir sudah larut, matikan api dan angkat.
2. Bila wap dah hilang, masukkan dalam peti sejuk dan dinginkan.3. Bolehlah dihidangkan bersama puding buah kiwi tadi. Sedap dimakan dingin.
morning kak CT! awalnya bersiaran arini.. sedap betul nmpk puding tu.. hasben tun pun suka puding yg ada kuah2, lagi2 kalau puding kastad.. lajuu je makannyer.
ReplyDeleteawalnya CT dah hidangkan puding kiwi...
ReplyDeleteaiii... tak kan tuk abang sayang je...
tuk kita tak de ke???
amboi...pagi pagi dah ada pencuci mulut...siap nota manja lagi....
ReplyDeletea.kum CT..
ReplyDeleteberseri2 puding ct ni..
macam tuan yang membuatnya..
nak mangkukknya boleh..? hehe
CT...comelnya puding pastu ada paper msg kat cik abg sayang...romantik gitu....:)
ReplyDeleteAssalamualaikum K.CT,
ReplyDeletepepagi dah nmpk puding...lehlah buat utk berbuka puasa arini..tapi takde stok kiwilah...mcmana ni....ekekekee..
* akak singgah umah ambil award dan tag sekali ya..tq..
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletecantiknya puding tu akak.... berseri2 gitu... pasti sgt sedap... bertuah badan jika dapat makan yg segelas tu tau akak...
Hamboii... jelitanya puding dia... tak sanggup nk makan rasanya... aik?? apsal main memo pulak tu... wat surprise kat laling yer... heee
ReplyDeletecantiknya..
ReplyDeleteni sedap dimakan masa hari panas ni. sejuk je masuk dalam tekak.
Assalam kak ct, sedapnya puding kiwi tu, nyaman tekak ni. gambar cun melecun
ReplyDeleteSalam kakak CT DELIMA manissss... sedapnyerrrrr pding!!! pastu ada kuah kitalah org yg paling sukeeeee kalau bajir dgn kuah!! sedapppppp!!! cantekkkkkkkk puding akak tuuu perfecto!!! bg kita secawan yer kak nak ceri lebeh2 hihihi... akak sihat ke kak? relax2 dulu lah kalau bdn tu sakit2 sbb penat semalam mengemas ya kak, take care!!
ReplyDeleteKak nak juga la panas2 gini mkn puding ni sejuk tekak... Lawa gambar tu kak.. Nak buat gak la nanti
ReplyDeletetun_telani ~
ReplyDeletemorning Tun :D samalah kat rumah ni, bab2 puding yang berkuah laju jer bila makan..hihi.
Hb kak ct pun memang suka puding2 yang berkuah ni ada geng lah kan :D
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteMacam biasa jer Ita, dah termaktup dalam dunia blog ct memang awal bersiaran, kecuali hari Sabtu dan Ahad.. hahaha.
Kalau untuk en abg ada, mestilah untuk ita dan teman2 pun ada..meh2 datang, jangan segan2 ya... hihi
Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~
ReplyDeleteNota tuk untuk peringatan, sebelum habis kena cepat2 makan tu Nazrah.. hahaha
Along Maklong ~
ReplyDeleteWa'salam maklong, berseri2 eh. Ada makna lah tu kot.. heheh.
maklong teropong ct ker ni.. hehehe. buat apa nak bagi maklong mangkuk jer, ct boleh bagi dengan puding2 tu sekali kalau maklong nak hihihi
cik cek ~
ReplyDeleteKak cek cayanggg, nota msj tu untuk yang tersayang jer, kalau anak2 ct dok cakap depan2 biar tak berebut masa nak makan.. hihihi.
ct sayang abang tu yang kena amik hati selalu kak cek.. hihihi
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam Yatie...puasa ya alhamdulillah. Bole jer nak buat puding lain kalaiu tak ada kiwi. letak buah stoberi pn sedap gak. perbagaikan mesti sedap :D
kaka ct dah buat Tag tu,terma kasih ya. tapi kalau yatie nak baca klik jer kat Award, Gifts dan Tag tu ya :D
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana, hehehe..dalam gelas tu buat yang teristimewa. kalau untuk Diana manis kak ct buat dalam mangkuk yang besar sikit lagi special..hihi
Gee ~
ReplyDeleteTerima kasih Gee...biasa lah memo tu untuk ingatkan laling ct supaya cepat makan selagi ia masih sejuk. kalau dah panas hilang lah nikmatnya..kannn.. hihihi
ibundo ~
ReplyDeleteBetul tu, cuaca sekarang ni tak menentu, sekejap panas membahang sekejap sejuk. Jadi buat bila perlu nak makan jer lah ibundo :D
Kak Rosaliza ~
ReplyDeleteWa'salam Liza, memang sedap. kena cuba ni buat puding ni liza. kenalah ada masam2 rasa buah kiwi dan rasa manis dari kuah koktil tu. memang sesuai :D
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika cayanggg... terima kasih ya. memang penat tapi ku gagahkan jua membuat keja dan BW ni haa. kang dah penat dan siap buat kerja baru lak lepak2 depan tv dan tidooo.. hehehe
Jap lagi kak ct ronda2 dapur ika pulak ya. masak apa lah tu harum sampai kesini :D
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteIta, cuaca kat sana tengah panas ya. haa..memang sesuai lah kalau makan2 puding yang sejuk macam ni ita. cubalah :D
CT, cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaa gambaaauuuuuu tuuuuu....terus rasa terliur nak makan....adeeeiii, rasa mcm ada kat depan mata jek...ni teknik apa lak CM wat ni...kasi terliur org jek taaauu...CT pi tanya CM....hahahhahah
ReplyDeleteMemang kelas le puding ni. Bertuah CT. huaah nak mengadu ni, semalam buat muffin pandan kukus yang mekar di dapur CT ni tapi tak jadi cam gitu pun. Muffin tu senyum pun tak.
ReplyDeleteUmmi ~
ReplyDeleteKak ummi....hihihi. CM kata kalau nak belajar tenik amik gambo kena tunggu CM datang umah akak nanti..hahaha
Kak Sam ~
ReplyDeleteNape muffin tu tak nak mekar ker? dah baca tak nota yang ct tulis kat belah bawah tu. kalau nak kukus kena api yang besar betul. pastu kena jarakkan sikit muffin cup tu. tak apalah kalau tak mekar asal lembut jer bila makan :D
Cuba lagi jangan cepat putus asa ya :) erima kasih sudi mencuba ya.
assalamualaikum....kak ct.,puasa ni....terliur la...rasa sejuk je kat tekak...hi hi...
ReplyDeleteselamat petang ct,
ReplyDeleteromantiknya .....nota itu!
buah kiwi banyak khasiatnya ye.... rasanya pun sedap bagi penggemar buah asam2 manis ni... amie pun suka, tapi kurang suka harganya... mahal!
ijan ~
ReplyDeleteWa'salam ijan. alahh..maaf lah tak sengaja nak tunjuk..hihi
memang sedap kalau makan dengan kuahnya ni ijan, nyaman jer lalu kat tekak tu :D
Amie ~
ReplyDeleteWa'salam amie, betutla lah memang mahal buah kiwi ni. ct beli pun masa harganya murah dari baisa, tu yang beli sepeket RM8.99 ada 5 biji.