Wednesday, July 27, 2011

Rich Chocolate Pudding




Assalamualaikum... Bersua kembali di Dapur CT. Pagi2 dah tayang puding ni ya, saje jer nak tayang bersempena cuaca yang panas dan cerah sejak2 ni. Desert penyejuk tekak macam ni memang amat sesuailah untuk dinikmati dalam cuaca panas kan. Resipi Rich Choc Pudding ni, lama betul CT tak buat. Bagi pengemar puding yang sarat dengan coklat pasti mengemarinya. Begitu juga dengan CT, amat mudah dan senang saje untuk menyediakan nya. Tapiiii... CT pulak lebih gemar menikmati puding bersama dengan buah2an koktel dan susu cair. Emmm... bila disejukkan dulu dalam peti ais, emmm terasa sungguh nikmatnya, letak susu tu lebih2 sikit bagi banjir lagilah nyaman... hihihi.

Ini salah satu hidangan pudding yang rasanya akan CT ulang-ulang membuatnya untuk hidangan buat keluarga tersayang dalam bulan puasa nanti, insya'Allah. Terima kasih buat Jun - Yummylicious untuk resipi yang sungguh sedap ni. CT panjangkan lagi resipi ini dalam Dapur CT untuk tatapan semua. Ada yang nak mencuba, silakannnn...


Rich Chocolate Pudding
Resipi: Jun - Yummylicious

Bahan-bahan :
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Kuah puding
1 tin buah2 cocktail, asingkan isi dan jusnya
1 tin susu sejat
Sedikit air gula

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer, untuk puding ni dan puding2 lain kalau nak senang keluarkan bila dah beku. Basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding, bila dah beku insyaAllah senang nak keluarkan.
5. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.




20 comments:

  1. perhhh...sedappnya tengok puding tu kak...
    nampak pun sangat menarik la....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak ct cayang...
    pepagi singgah kat dapur akak nie nampak pudiiiing yang cantik mengoda gitu ha'.... geram diana tgk yg gambar pertama tu tau akak... mmg sedaap ler nampak.. sejuk jer tekak nie kalau dapat makan puding yg akak buat tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ct,
    awal pagi dah kuar puding molek ni....bersih perut Amie lepas makan ni tau.... slurrp...slurrrpppp!

    ReplyDelete
  4. selamat pagi ct.
    wah.. sedap nampak puding ni. Rasa nak memuding lah harini. Bahan cukup ni...
    tk ct.

    ReplyDelete
  5. Salam & Selamat pagi CT...

    Cuaca di Spore pagi nih masih mendung lagi..sejuk sikit tak tahu lah nak hujan ke??

    wah nmpk sedap puding coklat CT kalau bulan pose buat berbuka mesti anak2 suka kan CT?

    Anyway lagi beberapa hari saja kite nak menyambt bln mulia ni...
    Selamat Berpuasa yer CT n family :)

    ReplyDelete
  6. CT....!!nak jugak puding coklat tu... mabeles

    ReplyDelete
  7. Mas ~

    Buat lah mas. cuaca KL ni panas2 jer, sesuailah untuk buat makan dengan family petang2 hari nanti :D

    ReplyDelete
  8. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana Maniss.. selalunya kalau buat puding2 kat rumah ni semuanya suka. tak kisahlah puding jenis apa semuanya boleh masuk.

    Oh terima kasih Diana, gambar2 Diana pun kak ct suka tengk. segar jer mata bila melihat dengan resipi2 yang emmm..wallahhhh!

    ReplyDelete
  9. Amie ~

    Wa'salam amie, yalah lepas makan lauk amie tu, bolehlah makan pudding ni sebagai pencuci mulut pulak..hihi

    ReplyDelete
  10. Ibundo

    Wa'salam bundo, cubalah bundo, sedap ni mewah rasanya dengan coklat. tepung jagung tu boleh juga ganti dengan tepung kastard kalau nak :D

    ReplyDelete
  11. Mama Hawa/Mama Nani ~

    Wa'salam MamaHawa, Terim aksih Mama. Selamat berpuasa juga buat Mama dan family di Singapura juga. semoga puasa dan amalan kita diterima Allah hendaknya..aminnn

    Ma, memang sesuai buat dessert macam ni bulan puasa nanti :)

    ReplyDelete
  12. Assalam ct,
    waduh ini lagi satu puding yang kita nak buat tapi tak buat2..ada lagi tak ct..baklah kita segelas yang kat bawah tu..

    ReplyDelete
  13. Ayu ~

    kalau buat puding mana leh buat sikit2 ayu. tak cukup kat rumah ni..hihihi.

    ada meh lah datang, naik apa? kita tunggu kat KLIA..hihihi

    ReplyDelete
  14. bila puasa2 tgk puding ni kat bazaar rasa mcm nak beli semua...mcm nak mkn semua..apalagi ada buah2 mcm tu..lagi kering rasa tekak :)))

    ReplyDelete
  15. sedapnya! teringin pulak nak makan puding time panas2 macam ni...

    ReplyDelete
  16. Deliah's Deli ~

    Dell..bulan pausa ni macam2 kita boleh jumpa kat bazar tu dari yang biasa tengok sampai yang tak pernah nampak pun ada, semuanya menduga imanlah sebelum berbuka kan Dell.

    ReplyDelete
  17. nuwairani ismail ~

    Nani...jangan tunggu sampai jumaat, esok gak pi buat. kak ct tau nani sangat rajin orangnya..kan..kan..kannn...hihihi

    ReplyDelete
  18. kak CT yummy sedapnya gabungan coklat dan buah2 tu.. boleh la buat versi ni plak sebab dulu buat yang coklat je

    ReplyDelete
  19. salam kak ct,
    nak tnya akak guna susu tepung apa? tkaseh. nampak sedap sgt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...