Saturday, July 9, 2011

Ayam Bumbu Bali




Assalamualaikum.... Macam dah berapa kali Sabtu CT ponteng dari bersiaran tapi hari ni tetiba je CT muncul. Entah ada ke tak yang perasan, tak tau lah CT hehehe. Kalau muncul gini maknanya CT tak kemana2 lah hari ni kot. Sebab selalunya bila hujung minggu jer, CT mesti sibuk dengan agenda berjalan2 hujung minggu, jadi mesti CT hilang dari blog. Kot-kot dalam 3-4 jam lagi kalau CT berubah fikiran, terpaksalah CT heret my laling CM keluar jugak... hihihi. Tapi nak keluar ke bandar KL banyak jalan2 utama yang akan ditutup sana sini disebabkan Demonstrasi BERSIH tu. Banyak sekatan polis dijalan2 utama, jadi rasanya kalau nak keluar juga, kenalah keluar dari bandar kuala Lumpur terus. Mana nak pegi ni erk... ? Nak jenjalan kat destinasi fevret CT iaitu Melaka rasa cam jauh sangat pulak... Alang2 jauh, apa kata kalau terus turun ke JB menyinggah ke rumah Azlita Aziz dari blog MasamManis tu hehehe.

Mesti tersedak Ita bila CT sebut pasal dia ni. Cakap pasal Ita ni, inilah menu yang CT masak untuk keluarga tersayang, yang resepinya CT cedok dari blog dia. Resipi asalnya iaitu Daging Bumbu Bali adalah dari Chef Wan. Orang Indon panggil 'Bumbu' ni rempah. Jadi mulanya CT nak ubah menu CT ni kepada Ayam Rempah Bali, macam sedap juga bunyinya. tapi, alamak... rasa macam memandai pulak daaa Che CT ni... hihihi. CT terasa nak mencuba lauk ni bila ternampak di blog Ita semalam, tapi oleh kerana stok daging tak mencukupi, CT tukar dagingnya kepada ayam jer. Selain tu, CT tambah sesudu cili kisar dan sedikit gula dalam tu sebab nakkan sedikit rasa pedas, manis dan lemak2 gitu. Dan hasilnya memang betul, memang sedap, rasa segalanya hehehe. Terima kasih buat penyumbang resipi ni Cindai Biru dari MyResipi. Dan juga terima kasih daun keladi juga buat temanku Ita yang sudi berkongsi resipi yang enak banget ni. Izinkan CT panjangkan resipi ni dalam senarai Dapur CT juga. Jom kita tengok resipi Ayam Bumbu Bali ni ya. Daaaaa.....


Ayam Bumbu Bali
Resepi : MyResipi @ Cindai Biru
Sumber : Azlita @ Masam Manis


Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil, dibersihkan dan diperap sebentar dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng lembab dan ketepikan.
250 ml santan tin (CT guna 300 ml santan kotak)
3 helai daun limau purut
2 sudu besar kicap pekat
5 biji buah keras *
8 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu teh kunyit serbuk * (CT guna 1 inci kunyit hidup)
1 sudu besar cili kisar (CT tambah yang ini)
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar kicap manis (CT tambah utk gelapkan sedikit kuahnya)
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 (CT guna ceri tomato sebab banyak stok :D)
1 biji Bawang besar potong bulat.

Cara-Cara :
1. Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
2. Masukkan ayam, santan dan daun limau purut. Kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.
3. Masukkan garam, sedikit gula pasir, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
4. Masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau lagi dan perasakan.
5. Bolehlah dimatikan api dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi kegemaran anda.





18 comments:

  1. salam pagi sabtu ct. Pagi-pagi dah dijamu dengan ayam sedap ni.. Makan dengan nasi tengah2 panas mesti tak nampak orang lalu lalang. Nak2 ada pula sambal belacan.. adei..

    ReplyDelete
  2. A`kum Ct..
    awalnya dah masak ayam bumbu bali ni.. rajinnya isteri c.mat ni.. hehe..
    nasib baik maklong baru makan nasi goreng kalau tak mesti meleleh2 air liur maklong kan..
    lepas ni nak cubalah resepi ni.. tapi kena tunggu rajin sikit..

    ReplyDelete
  3. Salam kak CT!!! morninggggg!!! alaaaaa..duk ajer lah kat umah>>ayat dengki sbb tak dpt jalan huh! Nak masak jugaklah ayam bumbu bali ni ari ni hihihi.... ari ni kita plan nak masak nasi ketumbar tp dr semalam duk pkir ayamnyer tu nak gayakan dgn apa, asyik masak merah je kan mcm boring pulak :D sedap tak kak???

    ReplyDelete
  4. saya perasan kak ct selalu takde di hujung minggu. sy ni pulak hujung minggu la senang sikit nk bersiaran sebab cuti keje...tp hari ni konfem ramai yg bersiaran sebab taknak bersesak2 kat luar...heheh...

    suke sgt kalau lauk yg dimasak dgn daun limau purut...mesti bau wangi je...rajin kak ct masak awal2 pagi ye.

    ReplyDelete
  5. Tu laaaa... selalu hari minggu kalau ita singah mesti CT tak de rumah..
    aleh2 ari ni singah disediakan pulak dgn ayam bumbu bali..

    terliur tengok walaupun dah makan semalam.. hihi

    CT tak aci laaaa... CT buat dapat pulak kuah tu merah.. ita buat dia tak merah pulak..

    Ni nak kena cuba lagi ni.. sampai kuah dia merah mak ngah.. hihi

    ReplyDelete
  6. pagi2 dh t'pandang ayam yg enak.....sedapnyer kak, cantiknyer pic kak....mabelesss, bile2 bole try

    ReplyDelete
  7. pg2 dah tayang mknn sedap n cantik..berkeriuk2 la plak perut ni! :)

    ReplyDelete
  8. amboiii...pepagi lagi dh hidang ayam bumbu bali ni... nk tumpang mkn sini pulak lah... semalam dh jengok umah ita... pakat yer...

    ReplyDelete
  9. cantik gambar ayam ni..angkut ngan pinggan2 srkali..terliur ni kak..

    ReplyDelete
  10. tergodanya tengok ayam tu....
    terliur ni....
    rasa nak cari nasi jerk....

    ReplyDelete
  11. Semalam baru nampak kat dapo Ita Masam Manis...zuppp...dah sampai kat dapo CT lak...laju nya...aktif sungguh adik kak cek ni....dahla gambonya saje je nak menggoda kak cek...hu hu...nak tumpang makan2 lah...he he...:)

    ReplyDelete
  12. CT,
    tengok ayam bumbu bali ni amie teringat ayam bumbu bali panggang masa makan di bandung, tapi di sana ayam kecil2, kami makan sorang separuh ayam.... agaknya ayam bumbu bali Ct boleh dipanggang juga kut...

    ReplyDelete
  13. salam kk ct..hadoiiiaii ..kk ct dh masak menu ni..cha also nmpk dr dapur ita..kecurr liur tgk ni!!

    ReplyDelete
  14. Hi Kak Ct, arwah nenek rina asal dr Indon so bahasa pertuturana di rumah pun mmg guna bahasa sana. Bila Kak CT post recipe ni ingat kat arwah nenek. Her signature dish telur bumbu bali :D

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum akak...
    nampak sedap ler ayam nie akak... buat ngan ayam yer kali nie akak.. pasti sgt sedap kan... nak try juga ler esok2 nie...

    ReplyDelete
  16. salam ct cayang..kita pun wat menu ayam gak..amboi menu kita sama ek..menu indon..hahaha!!

    ReplyDelete
  17. Kak CT..nak try ayam ni lunch hari ni..nnt mieza tayang kat kak CT ekk

    ReplyDelete
  18. Wah ayam bumbu bali...tak perli pergi Bali,dh boleh mkn ayam ni...nampak sedap..CT sila maik award ya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...