Assalamualaikum.... Selamat pagi :D Nak senyum dulu.. hehehe.. dah senyum baru boleh buat kerja rumah dengan sempurna. Mulakan hari dengan senyuman barulah hari bermula ceria betul tak. lagipun senyuman juga adalah ubat untuk awet muda kan kan kan... hihihi. Inilah menu di hari Rabu, Mee Rebus menjalin kasih... hahaha. Adoiii... bukan main lagi nama resipi ni kan, yelah.. mee tu menjalin kasih dengan telur, udang, tauhu dan limaunya. Kita yang memakannya bolehlah menjalin kasih bersama anak2 dan suami tercinta... hehehe.
Dah lama juga CT sekeluarga tak makan mee rebus ni. Sebab kat KL jarang dapat jumpa mee rebus yang sedap mengikut tekak orang JB nih. Kalau dulu duk kat JB, boleh kata bila teringin nak makan jer, CT mesti ajak my laling CM makan kat Mee Rebus Setulang Laut. Kat situ ada satu kedai yang jual mee rebus tersangat lah sedapnya. Setiap kali makan kat situ, mesti mintak yang special. Lagi satu kat JB yang CT belum pernah rasa lagi ialah Mee Rebus Tulang ZZ yang memang terkenal di Jalan Sultan Abdul Samad, berdekatan Jabatan Kimia Johor Bharu. CT pun baru tahu je ni. Nanti bila balik JB, CT akan cari dan cuba sendiri masakan dari En Zainal Abdul Aziz ni. Tapi sekarang kalau nak makan terpaksalah cari yang betul2 sedap kat KL ni. Buat masa ni masih belum jumpa lagi yang berkenan ditekak. Disebabkan susah nak jumpa, la ni CT buat sendiri, habis cerita hehehe. Resipi ni CT ambil dari blog Hana. CT tokok tambah sedikit mengikut selera CT lah. Okey jom kita jamu mata dan selera dipagi hari ni ya :D
Mee Rebus - Menjalin Kasih
Sumber Asal: Hana
Resepi: Che CT
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - celur dan toskan
4 biji Bawang merah *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
5 batang cili kering - rendam dan direbus dahulu * (* blend halus)
300gm daging - direbus dan potong nipis2 . Air rebusan diketepikan
10 Ekor udang segar - kulit udang bersihkan, direbus dan air udang diketepikan
2 sudu sos tomato - boleh ganti ngan air asam jawa
Segenggam udang kering **
2 biji keledek sederhana **
2 sudu besar serbuk kari daging ** (** diblend halus - yang ini CT tambah)
Garam
Gula
Hiasan :
Telur Rebus, Tauhu goreng, Daun bawang / sup, limau kasturi / limau nipis dan lada hijau.
Cara-cara :
1. panaskan minyak. tumis bahan blend * hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bahan blend ** dan sos tomato. Kacau lagi hingga rata.
2. Masukkan air rebusan daging, rebusan udang dan daging. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga mendidih. kuah mestilah pekat baru sedap.3. Akhir sekali baru masukkan udang. Kacau sekejap dan tutup api.
4. Boleh dihidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, limau kasturi/nipis, daun bawang / sup dan hirisan lada hijau.
Assalam kak CT,uii org 1st nih..Sedapnya kak mee rebus akak tuh..Org jb mesti pandai msk mee rebus kan..Xpernah try lagi yg jenama sernan tuh..Kak Ct pernah try x..rmai yg ckp sedap..
ReplyDeleteTing tong... bukalah pintu CT, k.gee datang nk makan mee rebus menjalin kasih tu... dh terliur banget nih...
ReplyDeleteZaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT, Tahniah kerana memecah tangga terawal..hihihi. Jenama Sernan tu, rempah segera ker CT? tapi kalau yang CT cakap ni, kalau nak cepat masak boleh juga kalau nak cuba :)
Tak tahu pulak semua orang JB boleh masak mee rebus CT. kalau makan semua tahu kot.. hahaha
salam CT..
ReplyDeletemaklong dah lama jugak teringin nak cuba buat mee rebus.. tapi ditangguhkan je.. harap semangat lah lepas tengok mee rebus CT yang membuka selera ni..
Gee ~
ReplyDeleteGee sila masukkkkk..hihihi. Siapa awal dapatlah merasa. kot2 terlewat sikit rasa kuah jer lah.. hehehe
Along Maklong ~
ReplyDeleteWa'salam, selamat pagi maklong, CT pun macam maklong juga. dah lama juga nak masak sendiri, tapi baru ni dapat masak maklong..hihihi. Itu pun bila ada orang disebelah dah mula kenen2 jer :)
Cun lah editing photo kak ct..tema ala2 majalah gitu.hehe..
ReplyDeletenak jugak mee rebus tp setengah mangkuk jer yer kak..diett2..haha..nampak sedap sangat!heee
Assalamualaikum Kak CT:)
ReplyDeletewah!tergodanye tengok udang yg beratur cantik tu..hehe..mesti sedap kan mee rebus akak ni..nyum2~
kak CT..
ReplyDeleteBest nye mee rebus tu.. Naz suka.. kalau buat kuah tu mesti Naz suka pekat2.. Gambar yg kat atas tu..fuhhh..cam depan majalah.. Cayalah kak.cantikk..
HaSue ~
ReplyDeleteSelamat pahi Hasue, ni semua En Hb lah yang menolong. nak harap kak ct buat manalah pandai guna2 tu semua..hihihi
Diet kerrrr?? terbatuk jap..hahaha. kalau bagi sikit kang, tak cukup mana nak amik lagi. kat sini dah habis.. hehehe
Maira Anjami ~
ReplyDeleteWa'salam Maira, memang sedap dan anak2 kat mantop mama..hihihi. siapa lagi nak puji kalau bukan anak2 dan Hb tersayang kan... hihi
Naz ~
ReplyDeleteNaz, kak ct pun suka kuah mee rebus yang pekat dan terasa ada manis keledek dan masam2 sedikit dr perahan limau nipis..adoiii kecur pulak dah... hahaha
Terima kasih Naz, itulah hasil godek2 En Hb kak ct. Katanya biar nampak kelainan sedikit :D
Mee Rebus Tulang ZZ tu mana x sedapnya..dia letak setongkol tulang gearbox! mmg klu makan perghh jilat sudu...sedap..
ReplyDeleteLin selalu pegi kat Damansara Alif tu...nnti blk JB boleh le kita serang yek..hehehhe
Sis-Lin
ReplyDeleteLin..sedap eh, bolahlah serang kat sana nanti bila kita ornag balik jb Lin...hihihi. A'ah tengok ada tulang setongkok dalam mangkuk mee rebus tu..siap ada straw erk, bolehlah gi cuba nanti Lin :D
mas nak semangkuk kak mee rebus tu...
ReplyDeletesedappnya tengok....
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletewah mee rebus tu buatkan diana lapar ler akak... sedaaapnya... cam nak angkat jer tau yg dlm pic tu... sedaaappp
Assalam ct,
ReplyDeletewah gambr yang 1st tu betul2 cantiklah ct..kita ingat mati2 masuk majalah..pandai betul cik abe ct mengedit gamabr2 tu..he is in graphics design line ke ct?..
anyway..dah lama ta k buat mee rebus..nampak mee rebus ct ni waduh kecurnya....kalau dapt yang sebiji macam dalam mangkuk tu..alangkah seronoknya..slurpss..
As salam Ct...saya lama tak masuk sini ...masa first buka ehhh silapke nampak macam majalah saja..pastu ahaha nampaknya Ct dah melangkah ke satu era pembahruan dalam blogging. Cantik pasnie boleh buat naskah. Shoot yang cantik sangat..dan makanan yang sedap. Tahniah Ct...harap awak berjaya selain dari memasak awak pintar mengambil shoot dari sudut yang baik.Suka dengan gambar gambar nie. Alahai jika dapat makan lagi best sebab mee awak dah buat saya lapar la.
ReplyDeletepernah buat sekali kut mee rebus....lama dah, hai..terliur nengok me kak CT pulak ni
ReplyDeletesalam kenal kak,singgah dr blog kak nor.... :)
ReplyDeletesedapnya mee rebus...lia suka makan yg kat restoran ZZ tu kak...mmg mantap rasa mcm x cukup makan sepinggan..:D
klu yg kat stulang tu x penah plak mencuba..apa nama restoran tu yer? manalah tau kot2 meronda smpi ke stulang nnti blh try....^____^
emmm .... menyelerakan ........
ReplyDeletenak sikit kak ct
nak cubalah CT. tq for recipe.
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeletewahhh!!! npk classs lah gambar2 kak ct tu..cantik!!!..mee rebus tu menyelerakan...1st time npk mee rebus ada udang...
assalam Kak CT, mee rebus memang my fav kak, sedapnya lama tak buat..menyelerakan betul tgk mee akak ni...slurrrpp...hehe
ReplyDeleteMas ~
ReplyDeletesemangkuk jer cukup ker, kang ain dok tengok jer mas, sian dia..hihihi
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana, hehehe..memang sedap ni Diana. yang dalam mangkuk tu dah kena makan dah habis..hihi
Ayu ~
ReplyDeleteWa'salam ayu, hehehe. tu lah dia hasil seni my laling CM ayu. Hb ct tak der amik graphics design, dah memang bakat Hb amat menyerlah. Tu yang dibuatkan untuk ct, kita suka sangat2..hihihi
Noor ~
ReplyDeleteWa'salam Noor, terima kasih diatas pujian tu. ct ni masih belajar dalam segala segi. tidaklah pandai sangat pun setakat memasak untuk ahli keluarga tu bolehlah noor.
Belajar amik gambar pun dari Hb jugak, kalau dulu memang main tembak jer tak tahu dimana nak shoot dan dimana nak letak angle yang betul. sekarang dah pandai sikit2, Alhamdulillah :)
Ida,Japan ~
ReplyDeleteApa kata sebab dah lama tak amsak mee rebus ni, ida buatlah untuk family. mesti semuanya suka :D
kak ct first time masak dan dah lama juga tak makan..hihi
Mamamya ~
ReplyDeleteWa'salam lia, salam kenal juga dari kak ct. terima kasih sudi meninggalkan jejak dalam kotak komen DDCT.
Kak ct tak pernah lagi makan mee rebus tulang tu lia. nanti balik jb nak cuba jugak lah. Yang kat setulang tu tak ingat. Tapi dengar kata dah tutup kat situ dah lama dah.
Roses_Leo09 ~
ReplyDeleteHanim ..terima kasih singgah DDCT. suka pulak tengok puding tembikai hanim tu. kak ct belum mencuba lagi. nanti2 nak kena buat jugalah :D
mee rebus ni dah habis lah hanim, dah petang dah gantung semua periuk..hihihi
Kjee ~
ReplyDeletekak Gee, silakan kak. Jika nak tambah2 apa yang patut tu silakan juga :D
Wa'salam Ady, tak kisahlah kalau tak pernah tengok. tapi kita yang buat dia, jadi kita tambah apa2 yang patut untuk kasi seri lagi mee rebus tu...hihihi
ReplyDeleteBila makan mee rebus ni ady, buat kak ct teringat masa zaman bujang2 dulu rajin masuk woodlands makan mee bandung udang. tersangatlah sedapnya :D
Nieza ~
ReplyDeleteSamalah kita berdua suka makan mee rebus gak erk nieza..hihihi. Bila2 senang cubalah buat nieza, nanti dah puasa dok kecur semuanya nak makan :D
cttt cayaang..kalu buku resipi ct nih dh siap nk jual..kita nk booking dulu satu ek..hehe!!
ReplyDeleteingatkan kt ct duk JB. rupa2nya duk KL. Hmm..kalo bab mee ni memang takleh lawan johor la...raja segala mee. heheh...
ReplyDeletenampak terjalin betol kasihnya tu...heheh
Salam CT cayang.... sori ler Along pun dah lama tak singgah sini juga.... I miss you too. Ni tengah sakit tengkuk, tak leh nak ngadap pc lama2... Waduh, cantik banget gambo tu macam majalah betul lak... mmg pro. Alang2 tengok gambo nak juga merasa mee semangkuk...hehe
ReplyDeletekak CT sedapnya kak mee rebus ita pun suka mee2 gini tau kak.. makan tiap minggu pun tak pe
ReplyDeleteSlm ct..siang2 tak dpt bw kat sini... kita terjah dapur awk kul 3.00 pg... jangan marah!!!
ReplyDeletesedapnya ct... dah lama wana tak wat mee rebus!! kita dtg sini telan air liur kerana mee rebus ni my fav tau.. selalu kita wat guna resepi bro Rozan.. next time kita nak try resepi dari ct pulakkk!!
Oppsss awk org JB ya... kita org Kulai... tp skrg ni kita duk Kjg ( eh... ada org tanye ke!! )
CT orang jb ke...ckp pasal zz sup tulang, saya baru je pegi sabtu lepas ngan famili dan baru je upload dalam blog....nanti CT jenguk la ye blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makannnnn jer hehehe terutama kat area JB. Jangan lupa register follower yer maklum la blog baru so sunyi jer TQ TQ TQ
ReplyDeleteMenarik masakan2 kat blog CT nih...wife sure suka nih