Assalamualaikum.... Salam penuh keberkatan buat semua teman2 CT walau di mana jua berada. Tanpa banyak bicara di sini CT ingin kongsikan sekali lagi menu Ketam, menu khas untuk My laling CM. Ketam ni memang CT pun suka makan, tapi lauk ni hidangan khas untuk suami tersayang sebab CT ni tak makan kari hehehe. Anak2 pun suka juga ketam ni, cuma anak2 ni kurang pandai nak meratah ketam. Kang asik suruh CT jer tukang korek isi ketam tu entah bilalah nak makan nasi agaknya... hihihi. Senang cerita, tak nak banyak cakap, CT masak lauk sampingan lain jer untuk anak2. Kira adillah kan, suami makan lauk ketam masak kari, CT dan anak2 makan lauk yang lain.
Menu kari ketam ni CT letak sedikit cili merah sebab my laling suka rasa kari tu pedas sket. Bahan yang lain tu semuanya macam biasalah. Ikut selera masing2lah nak ubah sikit2 atau nak tambah apa2 pun tak kisah. Janji sedap kat tekak ye tak :D Jom kita semak resepinya ye.
Ketam Masak Kari
Resipi Che CT
Bahan - bahan :
3 ekor ketam - dibersihkan
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
11/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
Rempah 4 beradik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
2 batang cili merah
6 batang cili kering
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 beradik dan daun kari. Kacau sekejap dan masukkan bahan2 kisar kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari ikan, kacau sekata sehingga pecah minyak.3. Kemudian masukkan santan cair, asam gelugur, garam, gula secukup rasa.
4. Masukkan ketam dan gaul rata dan biarkan sehingga ketam berubah warna.
5. Akhir sekali baru masukkan santan pekat. Bila dah mendidih perasakan, tutup api angkat dan hidangkan.
peberet ayah mas ni ketam masak kari....
ReplyDeletesedappp tu kak..
mas lak suka ketam..cuma malas lak nak kopek kulit ketam tu...he..he..
salam siti. Kalau makan ketam ni dengan anak-anak memang tak jadi makan kita. asek kena korekkan isi ketam tu untuk diorang.
ReplyDeletehmmmm... sedap. terbau sampai sini.
salam CT
ReplyDeletesekali dia angkat ketam daaaa...
Ketam ni suka makan tapi tang nak kupik tu yg den lomah...
penatlah makan ketam ni.. isi cikit aje... sampah yg banyak..
tapi anak ita ketam memang fav diorang.. maknya je yg malas nak masak.. hihi
CT ni nk kena ketam tau... pepagi lagi dh buat orang terlior... kembang kempis dah lubang idung k.gee nih terbau kari Ct tuh... eiiii...menganacam!!
ReplyDeletewaduh...waduh CT! mengancam banget ini ketam masak kari....cantik pemandangannya, cili hijau merah nan menyerlah warnanya tu....
ReplyDeleteAs salam Ct...saya baru masak lauk nie semalam tapi tak sempat ambik gambar lapar sangat. Apapun saya teruja lihat gambar atas sekali yang di rakam sangat cantik macam dalam majalah. Lihat gambar pun dah terliur memang mengoda kalbu.
ReplyDeleteketam nonie punya favourite tapi x berapa pandai nak siang.makan tau la hihi..nyummmm
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletesedaaaaapnyaaaa.... warnanya tu mmg mengancam... tergodaaaa diana... sedaaaap.. nak tumpang mkn kat rumah akak ler kalau gini... hehehehe
Assalamualaikum...
ReplyDeleteNak puji jugak gambar kat atas tu. Cantikkk sangat. Tak pernah pula masak kari ketam ni. Biasanya kalau ketam buat masak lemakk + nenas. Ambil resepi yea Ct.
Assalamualaikum Kak CT..
ReplyDeletesye rse mcm x pernah mkn ketam msk kari..
tgk ketam kari akk ni nmpk sdp dan menyelerakan~lagi-lagi dgn gamba yg cantik..hehe
WoW!...sedapnya...sedapnya..kita nak jugakkkkk..
ReplyDeleteSalam CT....bestnya kalau dapat makan ketam ni...mesti lepas makan masih dok lagi makan ketam....meratah sampai licin...kan CT...:)
salam ct ketam mmg sedap..setuju sgt bak nak kupas kan kulit nya...makan ketam ratah je tanpa makan nasi...dan nasi ada lauk sampigan lain kan syok...nya
ReplyDeleteSalam Ct..
ReplyDeleteBetullah.. Maira cakap tu.. maklong tak pernah masak kari ketam ni.. selalu buat masak lemak kuning atau masak sup je.. lain kali mesti maklong cuba..
Ct.. semalam masa maklong pergi puchong maklong jumpalah JJ yang ada kedai yang Ct cakap tu.. menantu maklong nak bawak maklong singgah.. tapi kan dah petang.. tak jadilah.. huhu.. hampa ko..
Sedapnya kak CT ketam.. Ita suka ketam kak.. Nak mkn trill sikit la sebab kena kopek... Cantik gambar tu menyerlah
ReplyDeletekalau kat rumah akak apa lagi ct,masak lomak cili padi le ketam ni kalau tak pun buat sweet sour..masak kari ni selalu akak makan kat kedai nasi kandar bila ke Penang..
ReplyDeleteAssalam kak Ct,kalo sy,selalu masak ketam nih kari ketam cam kedai nasi kandar n kari letak nenas,kalo xpon cili padi,nanti nak try msk cam akak lak la,eh nape akak xmkn kari ek,uish xleh pekena nasi kandaq lah kak..
ReplyDeleteAssalam ct, dari jauh kita dah bau kari ketam ni tau..heheh sedap betul baunya ..kalau dapat sekor ketam buat ratah2 memnag confirm tak cukup at least kena 2 ekor..baru urppp..heheh..my hubby oun suka makan ketam masak kari ni..anak2 memang tak retilah masak ketam kalau masak lauk ketam kena masak lauk lain untuk dia orang..Thanks ct for the wishes tu ya..
ReplyDeleteassalam..nih sorang lagi masak lauk fav..adess sedapnya kalau dpt makan lauk nih tengahari nih...
ReplyDeleteCT, waaaaaaaaaa...x takut kena sepit ke...hahahahha...komain dia anak beranak, menyepah2 meja dgn kulit ketam...hahahha
ReplyDeleteMas ~
ReplyDeleteKetam ni memang sedap mas kalau dimasak apa2 pun, tu lah cuma bab2 nak mencungkil isi dia tu yang buat kak ct malas nak masak..hihi
kang kalau ketuk dengan tukul habis kecah satu meja pulak.. hahaha
Ibundo ~
ReplyDeleteWa'salam Ibundo. Betul tu bundo, nasib baik lah anak2 ct ni ada ynag tak suka makan sebab leceh lah tu kan. kalau nak sangat makan baru ct beli. Itu pun untuk Hb jer dengan anak dara ct yang sulungyang betul2 suka makan :D
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, hahaha... betul tu kecah satu meja nak2 kalau masak sambal kan. kena ketuk ker dulu sambal merecik2 ada juga yang kena kat muka.. hehehe.
Ct pun tak gemar sangat ita, kalau yang dah siap dikopek baru ct sudi nak makan.. hehehe
lyn at home ~
ReplyDeleteLyn..mesi dah lupa kat pakmertua mu itu ya.. hihihi.
apa kata masak lah lauk ketam dan jemput dia datang kerumah nanti lyn :D
Gee !
ReplyDeletehahaha...sori ler. bukan sengaja, tapi memang disuruh2 pun letak lauk ketam ni haaa... hehehe
Gee, nasib baik lubang hidung tu kembang kempis jer, kalau kembangggg jer memajang payah gak nak tutup tu.. hahaha
Amie ~
ReplyDeletememang enak banget ni amie, tapi ct tak makan kari. cuma amik bau lepas masak cukup lah. jangan kempunan kannn... hihihi
Noor ~
ReplyDeleteKalau publis semalam, mesti nampak sedap kan noor. lain kali lepas masak jer terus jer klik2 jangan tunggu lama2 tau! hihi
nonierahman ~
ReplyDeleteNonieeee... gi beli lebih2, kak ct boleh tolong siangkan. tapi kenalah bagi 2 ekor lauk ketam tu sebagai upah siang ketam eh.. hehehe
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana maniss. meh2 datang cepat sikit. dari semalam kak ct tunggu Diana, tapi tak sampai2. kena tinggal belon lagi ker tuuu.. hehehe
Kak Sam ~
ReplyDeleteWa'salam Sam, ct pun kadang2 masak lemak cili api jer. ketam masak kari ni dah biasa orang masak. cuma kadang2 jer lah. kita boleh perbagaikan masakkan kita sebenarnya. cuma rajin denagn tidak jer sam.. hihi
Maira Anjami ~
ReplyDeleteWa'salam maira, terima kasih. Ohh..maklong tak pernah masak ya. tak apa, kena cubalah baru tahu kesedapannya :D
cik cek ~
ReplyDeletekak cekkk! memang tepat dan betul sekali..hihihi. En Hb kalau lauk ketam ia akan mintak nasi putih sikit jer, sebab nak meratah ketam tu. rasanya kalau ct yang dok meratah ketam memang tak makan nasilah gayanya kak cek.. hehehe
Lina ~
ReplyDeleteWa'salam Lina. Yalah selalunya kalau masak ketam ni kena ada lauk2 yang lain. sebab kalau setakat nak meratah jer, rasa macam tak cukup bahan jer kan. lain lah kalau yang betul2 suka makan ketam jer :D
Along Maklong ~
ReplyDeleteWa'salam maklong. ct pulak tak pernah masak sup ketam..hihi dah ekna lah tu. maklong kena cuba lah nanti ct akan cuba pulak lauk ketam masak sup :D
Ohh..nape maklong tak singgah jer kejap. nak sampai sana tu bila lagi kan.
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteMemang sedap Ita bagi yang mengemarinya. tapi pada kak ct makan ketam ni memang leceh sikit. sebab tu kak ct suka masak jer nak meratah tu kena pikir 2 kali lah..hihi
anymz ~
ReplyDeleteKak anim, masak lomak cili padi lagi kaw2 kak. makan sampai berpeluh2 den ...hihihi
nasi kandar ct belum cuba makan lagi. kena pi penang gak ker kalau nak makan.. hehhe
Zaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT, letak nenas sedap tuuu. ada rasa2 manis dari ketam dan masam sikit dari nenasa. memang sesuai lah kan. A'ah kak ct dulu makan CT sekarang2 ni agaknya dah jemu lah kot tu yang macam tak boleh masuk kat tekak lahhh..
Ayu ~
ReplyDeleteWa'salam ayu, mesti masa ct masak tu angin bawak jauh ke s'pore erk, boleh samapi sana lagi tu..hihihi
Hb ct boleh lah join Hb ayu semeja. kalau meratah ketam ralit betul kita tegur pun tak sedar.. hahaha
welcome dear :D
chikadakbiru ~
ReplyDeleteCB..dah petang ni semua dah bersih. periuk pun dah gantung balik..hihihi
Ummi ~
ReplyDeleteHahahaha... kak ummi, ct memang kuat sepit kak, tak tahu ker..? hahaha. adoiii... selalunya kalau makan ct pastikan kena makan dengan sopan santun kak ummi, jadi taklah sepah2 satu meja. sape yang sepah kena kutip sampai bersih.. hehehehe
sedapnyer ketammm~~~~~ tun suka makan!! tp allergic.. uu uuu...
ReplyDeletekalau nani suke makan ketam...masalahnya habis la berterabur dalam piring nasik tu dengan kulit2 bersepah... pendek kata, takleh makan ketam depan mak mertua la..
ReplyDeletesedapnya ketam kak....nieza kalau mkn tak nampak nasi dah..suka ratah gitu jer..hehe
ReplyDeletetun_telani ~
ReplyDeleteTun, kalau nak makan ketam ni kena makan ubat allergic dulu jawabnya. ada kang asik mengaru2 jer nanti..hihi
nuwairani ismail ~
ReplyDeletehehehe...nani nak makan ketam tu boleh. tapi kena belakun jadi lemah lembut lah jawab nya..hihi
Nieza ~
ReplyDeleteBetul tu Nieza, kalau dah makan ketam lupa jab pada nasi. dan kalau asik makan nasi, ketam pulak kita lupa nak ratah... hihihi. kannnn..
rempah 4 beradik tu hape kak?....
ReplyDelete