Assalamualaikum.... Selamat Hari Lahir Puan Siti Delima @ Che CT. Hari ini genaplah usia Che CT 44 tahun. Amat terasa sangat2 yang umur kita ni dah meningkat sekarang ni. Perjalan masa terlalu cepat, sampaikan waktu yang berlalu memang terasa amat pantas sekali. Apa pun CT amat bersyukur sangat2 kerana dipanjangkan usia dan sentiasa disayangi oleh insan2 tersayang. Dihari lahir CT ini, tiada apa yang lebih istimewanya selain mendapat ucapan manis dari anak2 dan suami terchenta. Tepat jam 12.00 tengah malam My laling CM wish happy birthday to me terharu jap, suka sangat2. Yalah setahun sekali menyambutnya mestilah suka kan... hehehe. Dan subuh2 lagi dah dapat ucapan yang ikhlas dari anak2 " Selamat Hari Jadi MAMA.." dan satu ciuman sayang dari anak2. Sedih dan terharu sangat2 bila diri kita ini dihargai setiap kali bila tiba hari bahagia seperti ini kan.
Hari ini tiada makan2 diluar, CT celebrate makan kat rumah aje sebab my laling terlalu sibuk dgn tugasan kerjanya. Insya'Allah esok kalau my laling CM tak sibuk barulah buat belated celebration. Kerana hari ini hari bahagia CT, jadi CT buatlah kek untuk makan2 sendiri jer. Kira ini kek birthday lah ya... hihihi. Sendiri punya birthday sendiri kena buat, aci tak..?? hehehe. Resipi RVC ni CT copy paste dari blog Hana, terima kasih ya Cikgu Hana. Ingat nak letak buah strawberi, tapi dok kirim kat anak dara CT dah habis katanya. Selongkar dalam peti Doraemon jumpa buah pic ni ada lagi 4 ketul, jadilah sekadar untuk hiasan atas tu. Pertama kali deko kek, inilah hasil kerja keras tangan Che CT, comot sedikit... hihihi. OKlah, CT mohon berundur dulu, ada kerja yang nak dibuat. Sampai jumpa nanti. Assalamualaikum...
Red Velvet Cake
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Bahan Kek:
250 gm tepung kek *
1/2 sudu kecil garam *
15 gm @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113 gm @ 1/2 cawan butter
160 gm gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
1 sk esen vanila
240 ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2 sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
227g cream cheese
227 mascarpone - ( hana ganti cream cheese)
115 gm @ 1 cawan gula kastor
360 ml @ 11/2 cawan whipping cream
( hana tambah susu segar sedikit untuk frosting yang agak lembut)
Cara-cara:
1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dengan sukatan yang sama.
2. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 - 2 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
7. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan hingga sebati.
8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. (CT guna loyang 8 inci dan bakar lebih kurang 50 minit).
9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.
Hepi Besday Kak CT.....
ReplyDeleteYUmmyyy...takde ke hantr ke bukit indah sini..huhuhuhu
sengil chooka hamnida kakct...(h'py b'day)...akak saya ingatkan akak ni baya2 saya je...dalam 30an...hehehe...cantik kek b'day dia...moga akak panjang umur dan dimurahkan rezki serta hidup bahgian disamping keluarga tersayang...:)
ReplyDeletehepi besday ct cayang..moga kekal awet muda & berjiwa muda..hehe! lebiuuuu...muaahhh100x!!!
ReplyDeleteselamat hari ulang tahun to akak ct sayang...nan cantik... semoga dengan kebertambahan umur kali ini akan lebih membahagiakan akak sekeluarga dan terus dilindungi Ilahi adanya...
ReplyDeleteHappy birthday Kak CT. Semoga sentiasa awet muda :-)
ReplyDeleteHappy B'day PN CT Delima...
ReplyDeletesemoga hari2 yg mendatang lebih baik dari hari2 semalam...
Dilimpahkan rahmat dari yang maha kuasa... memperoleh rezeki yang barakah..
sentiasa ceria dan gembira di samping insan2 tersayang..
Diberkan kesihatan yg baik.. agar sentiasa dapat bersilat di dapor... hehe
Cerianya Si Baldu Merah secerianya CT Delima yg sentiasa tersenyum setiap kali ita dok bertandang...
Assalam kak Ct cayang,happy birthday utk akak,moga bertambah keimanan,berbahagia selalu disamping insan2 tersayang,murah rezeki n ceria2 selalu..Akak mesti peminat merah kan,sbb tuh wat r/velvet..Apa pon kek tuh nmpak tersangat lah sedapnya..MESTI dpt hadiah spesial dari CM kan..
ReplyDeleteHppy besday CT... Mudah-mudahan betambah rezeki, bertambah iman, bertambah keberkatan umur...
ReplyDeleteHepi birthday K'CT...semoga diberikan kesihatan yg baik dan murah rezeki segalanya
ReplyDeletewowwww!!!...ngancan abis RVC tu, ida baru sekali buat recepi ni...deco buruk2 jer.he.hee sedapp sgt!!!
salam..
ReplyDeletehepi besday kak.. comel cute RVC tu mcm kak CT jgk...:)
Salam pagi yg ceria CT...
ReplyDeletehehehe sama lah ngan mama..birthday sendiri buat cake sendiri :)
Hope yr have a great day on yr birthday :)
Muda lagi tuh :)
selamat hari lahir kak CT! semoga dimurahkan rezeki, dilimpahkan rahmat, dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat....
ReplyDeleteselamat ulang tahun kak CT....smga sentiasa dirahmati n diberkati olehNYA aminnnn....
ReplyDeleteadmire sungguh kat kek baldu merah ni...tp blm b'kesempatan nak mencuba....:)
happy birthday kak ct.. semoga senantisa dianugerah kan kesihatan yang baik dan didampingi oleh org2 yang menyayangi...special kek ..fuhh cantik n menarikkk
ReplyDeleteSalam CT cayang comeeeiii, Happy Birthday....Moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah serta dilindungi sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat....amiiinn
ReplyDelete*psstt - cantik kek tuh..akak pun lama dah x buat kek nih..tengok CT punya rasa mengidam laks..hehehhee
salam hari lahir buat dek ct delima. semoga kekal kebahagiaan kekal berjaya kekal muda..emmm.. anak kak 20 julai... wah leh sambut sama2 ni tahniah..
ReplyDeleteCT...amek card ek...heeee
ReplyDeleteHappy B'day kak ct...mg pnjang umur, di murahkan rezeki,di tetapkan iman, menjadi isteri yg solehah dan ibu yg mithali..Aminnn....oh ye...mg sentiasa awet muda...=)
ReplyDeletehappy birthday kak CT.. may His blessings be with you always =)
ReplyDeleteHappy Birthday CT. Moga panjang umur and stay sweet always!
ReplyDeletehappy birthday to you!
ReplyDeleteHappy birthday kak CT.. Cantiknya kek akak tu... Geram tgk... Moga happy2 selalu..:)
ReplyDeleteselamat ulangtahun kak ct. semoga happy & berbahagia d samping keluarga tersayang
ReplyDeleteHappy Bday ct.Semoga kekal bahagia hendaknya...:)
ReplyDeletehepi ulangtahun kelahiran semuga ceria dan lebih kreatif haha dan sihat disamping family..insyallah. Berseri seri kek velvet dgn buah tu.
ReplyDeletehappy birthday ct.. lupa nak mintak kek masa bg bunga kat fb td.. dtg ngendeng sini la kek RV ya.. hehe
ReplyDeletenor@secubitgaram :)
happy birthday ct. Baru 44 tu..muda lagi..
ReplyDeleteCantik kek tu. mesti rasanya sedap.
hepi besday kak..moga sentiasa dalam Rahmat-Nya..bahagia & sihat selalu..
ReplyDeletehuu..cunnya kek..
Happy birthday CT cayang. Harap nya bahgia selalu...ok, bergembira tau hari ni...mmmuah2.
ReplyDeleteselamat hari lahir Kak CT...semoga akak diberkati Allah didunia & akhirat...amin...kak x mcm 44thn pon...hehehe
ReplyDeletehappy birtday kak! smg panjang umur n murah rezeki. :)
ReplyDelete*stylo la pic akak skrang. :)
Happy Birthday Kak CT....
ReplyDeletewalaupun umur dah menjangkau 44 tahun.. tapi nampak kak CT awet muda! Saya ni yg nampak lebih tua dari akak... boleh share petua awet muda tak? hehehehe...
kek yg dibuat tu nampak sangat sempurna... mana ada comotnyer? elok jer dimata saya... sedap tu.. blm pernah dicuba lagi kek ni walaupun dah lama kawan2 lain mencuba...
ASSALAMUALAIKUM... SALAM SAYANG DARI CT
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 buat semua pengunjung setia Dapur CT dan terima kasih juga yang tak terhingga diatas ucapan ikhlas dan doa2 yang diberikan untuk CT juga. Nak balas komen satu2 tak larat nak tunggu tenet ni nak lodding. Jadi CT akan tinggalkan komen ni khas untuk teman2 CT semuanya. Mudah2an Allah saje yang dapat membalas segala2nya, Semoga kita semua akan mendapat rahmat dan hidayah yang Allah berikan untuk diri kita bersama. insya'Allah..Aminnnn Ya-Allah
Assalam Ct,
ReplyDeletekita datng dah petang baru nak ucapkan Happy Birthday to you!!..masih belum lambat lagi ya..Semuga dipanjangkan usia, murah rezeki, diberkati Allah didunia & akhirat..kira kita tua bulan aje ya ct..heheh...tapi betullah ct awet muda u!!..slimmmm aje..
wah cantik cake merah baldu ni ct!!! secantik puan yang membuatnya..hope you enjoy your day today..psst dapat present apa tu?...hehe makcik kaypo menanya ni..hehe
Assalamualaikum,
ReplyDeleteHappy Birthday Kak CT, moga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan semoga sentiasa di rahmati. Aminn.....
**cantiknya kek yg akak buat tu..mcm beli kat kedai jek..bolehlah ambek tempahan lepas ni...suka warnnanya yg terang tu..mengancam betullah..
Assalam Kak CT cyng, tadi dah wish kat fb ni nak wish kat sini pula....hehe btw Happy Birthday buat Kak Ct..semoga dengan bertambahnya umur akan bertambah jugalah rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yg baik selalu...amin:)
ReplyDeleteada lagi tak kek tu kak...ishh terliur lak nengoknya...memang cun tul mcm jual kat kedai dah tu.
Assalamualaikum akak CT sayang...
ReplyDeleteMaaf Diana lewat datang.. Huhuu... Nie diana datang nak peluk akak ct.. hehehehe... sambil2 tu wish akak Happy Birthday akak.. Moga d panjangkan umur.. sihat tubuh badan... d murahkan rezeki serta sentiasa d rahmati.. Amin..
wah cantiknya kek tu akak... nampak sedaap.. pandai akak deco kek tu .. suka tgk.. cantik!