Friday, August 14, 2009

Acar Buah




Salam semua... pernah tak you all makan acar buah. Rasanya mesti pernah kan... kan... Kalau pi kenduri kawin ker mesti ada tuan rumah yang hidangkan acar buah atas meja. Tapi tak semua tempat yang ada. Kebetulan masa anak sedara aku kawin kat JB, my sister ada buat. Aku pun tumpang dua kaki dua tanganlah menolong sama membuatnya hehehe. Biasalah bila dah menolong tu kenalah ambil ilmu dan resepinya sekali. Tapi my sister pulak main curah semua bahan2 tanpa sukat2. Biasalah orang dah pro, kalau dah masak banyak2 tu mana nak sukat2 ni kan. Tapi kerana aku ni baik hati... aku tolong carikan resepi acar buah ni. Resepi ni aku amik dari chef tersohor Hanieliza (kak liza). Bagi yang nak mencuba tu boleh lah cuba ya. Makan dengan nasi putih pun sodap gak tau hehehe.


Acar Buah
Sumber dari FP Hanieliza

Bahan-bahan:
500 gm buah campur (kismis hitam/kuning, prune, aprikot, mangga jeruk, kurma & lobak asin.. potong kecil)
sedikit cili api jeruk (jika suka)
belimbing kecut (belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut)
jeruk limau


Bahan Mesin Halus:
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan (goreng tanpa minyak)
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak)


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi, garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

14 comments:

  1. salam k.ct..

    wahh..acar nie memang sedap. saya panggil acar tahun . sbb dia sangat tahan sepanjang tahun. ekeke

    lawan plak ngan nasi panas.. fufhh.. terangat sehh.

    ReplyDelete
  2. Linda manisss... a'ah kat johor memang panggil acar tahun.k.ct dah makan ngan nasi hangat2 tadi..sedapppp!

    ReplyDelete
  3. kak CT...saya mcm malas nak buat lah, kalau saya mintak akak punya aje..boleh ker..???

    ReplyDelete
  4. salam ct..pakallah akak tak suka makan acar buah ni..
    kalau idak dah datang umah mengecak tau...

    ReplyDelete
  5. Hah! ni die... lama kite carik resipi acar buah nie... hubby nak makan.. tocey kak CT..!!! hopefully sempat buat sebelom meletop karang.ehhee

    ReplyDelete
  6. acar buah kak ct...ima tak pernah makan lagi...bolehlah bagi rasa...hehehe

    ReplyDelete
  7. k ct oiii feberet nekpp nihh...makan gitu2 aje tawww...terlior sehhh..boley mintak sikit takkkk..ahaks

    ReplyDelete
  8. kak ct, siti lak tunggu mak mertua je buat..he he he...

    ReplyDelete
  9. ain: bole apa salahnya.tunggu k.ct balik JB nnt bole rasa ya :-)

    ReplyDelete
  10. Kak Ina KL: alah kak ina..rugi tau tak suka acar tahun ni hehehe

    ReplyDelete
  11. Ijan: harap2 dapat lah membuat nya Ijan.tapi kalau tak sempat tunggu dah abis pantang bole lah makan ya ;-)

    ReplyDelete
  12. Ima; nak rasa gak ker..tak nak suh anto sekali hahaha

    ReplyDelete
  13. NekPP... meh lah bagi alamat.k.ct anto ya hehehe

    ReplyDelete
  14. Siti: untung mak mertua nak buat kan.ni mesti sayang menantu kan..kan.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...