Buat kuih sagu ni untuk memenuhi tuntutan tekak yang dah lama tak makan kuih ni. Nak buatnya pun taklah sesusah mana pun... jerang air, masukkan itu ini, dah siap. Kuih yang paling senang seantero dunia... yooo ler tu hehehe. Dah ramai yang buat, aku ni yang ke berapa pun tak tahu ler kan. Resepi ni amik dari blog Kak Ummi kita tu lerrr, yang terror memasak tanpa jemu2 tu kan. Puji ada makna tuuu hehehe.
Kuih sagu
Resepi dari Kak Ummi
Bahan-bahan:
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah atau hijau
kelapa muda (parut dan gaul dengan sedikit garam)
Cara Memasak:
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut.
Kuih sagu nie dah lama nak buat... terberanak dulu kang tak sempat makan lak kuih nie.hehe
ReplyDeleteklu bt color pepel x leh ek?hehehehe
ReplyDeleteIjan...apa kata harini buat,kang ngences lak baby tu bila keluar hehehe
ReplyDeleteLin...camana gupernya kale purple erk..ct cam seram nak makan huhuhu
ReplyDeletekuih sagu ni pun sedap kan...sagu ada lat gobok tu..tinggal lg rajin ke tak hihihi
ReplyDeletesy suka gak kuih sagu ni, tp bdk2 tak le suka sgt. nak dpt uih sagu ni bkn senang kan kak?? kena 2ggu bolan posa la.
ReplyDeletesuzi: sedap lahhh..tapi ank bujang k.ct Haqim x suka ada kelapa..huhu macam2 jer kan.
ReplyDeleteAin: a'ah lah ain..kalau posa jer mesti ada...kale lak macam diaorg buat :-)
ReplyDeleteLama tak makan kuih ni...nak cuba buat la...terliur la...yumyumyum
ReplyDeleteCT bulan puasa nanti nak cuba resipi ni ya. tq
ReplyDelete