Wednesday, March 7, 2012

Banana Layered Bread Pudding



Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis buat semua di pagi Rabu. Cantik berseri-seri semua teman-teman CT pagi ni, pakai baju berkaler-kaler ada yang berbunga-bunga lagi... hehehe. Macam ada cctv pulak kat Dapur CT ni kan, sampai boleh nampak orang pakai baju apa.. hehehe. Okey jangan buang masa dengan omelan CT yang merapu ni, nanti semua kerja tak siap sebab masa tidak menunggu kita.



Berbalik pada menu CT hari ini yang menu terdahulunya di beri nama Puding Roti Pandan Kukus di SINI. Tapi kali ini CT ada tambah hirisan buah pisang dalam lapisan roti ni dan paipkan sedikit cream cheese diatasnya. Jadi rasa macam tak sesuai pulak kalau puding roti yang dah dimekapkan dan naik pangkat ni guna nama lama. Jadi CT letak nama resepi ni Banana Layered Bread Pudding ala-ala macam menu orang putih gitu... hehehe.



Menu ni amat sesuai untuk dihidang sebagai sarapan pagi atau buat minum petang. Kita juga boleh pelbagaikan bahan sampingannya dan boleh ikut kreativiti masing-masing untuk menghiasnya. Jika nampak lebih menarik, tentu lebih menaikkan selera untuk menikmatinya, betul tak. Resepi ni kalau nak dikurangkan sukatan gulanya tu pun boleh juga, sebab pisang berangan pun dah sedia manis bila dah masak. Nak guna pisang yang lain-lain pun boleh juga. Cuma CT nasihatkan, bila dah dihiris pisang tu letak dahulu diatas sehelai paper towel supaya airnya menyerap dahulu. Bila kita kukus taklah banyak air dari pisang akan keluar.



Satu lagi kalau nak buat dua lapis roti baru letak hirisan pisang pun boleh juga. Tapi yang ini CT lapiskan satu-satu agar nampak cantik sikitlah. Dan tunggu hingga betul-betul sejuk baru dipotong agar kemas potongannya dan nampak cantik. Yang lain-lain tu terpulanglah pada masing-masing. Kalau ada yang ingin mencuba silakan ye. Okey, kita terus pada resipi dibawah, sampai jumpa lagi nanti. Salam manis dari CT. Daaa...




Banana Layered Bread Pudding
Resepi : Che CT

Bahan-bahan :
12 keping roti putih - tak perlu buang kulit tepi.
200 ml santan kotak
21/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (boleh dikurangkan sukatan jika tak suka manis).
3 biji telur - pukul sebentar dengan garfu
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil paste pandan
1 susu kecil pewarna hijau
Sedikit garam

5 biji pisang berangan masak - hiris serong

Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Sapu loyang bulat 8 inci dengan sedikit minyak. Ketepikan (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan-bahan kecuali roti. Pukul dengan whisk hingga gula larut dan rata.
3. Rendamkan kepingan roti dalam adunan tadi dan susun kedalam loyang sekeping demi sekeping. Kemudian susun hirisan pisang diatasnya dan susun lagi kepingan roti yang direndam tadi sekeping demi sekeping. Ulang proses menyusun tersebut hingga habis.
4. Kukus selama 15 - 20 minit dengan api sederhana. Buka penutup kukus biarkan roti yang dikukus tu berada dalam periuk kukus selama 3 minit lagi baru dimatikan api.
5. Biar betul-betul sejuk dahulu baru boleh dipotong dan sedia untuk dihidang.




28 comments:

  1. hmmmm...sedapnya puding roti ngan pisang tu...
    mengeliurkan....
    sos kastard tak de ke kak..
    klu letak sos kastard..
    perhhhh....

    ReplyDelete
  2. buat sebagai dessert lagi menjadi kan ct..best lah..kreatip sungguh ct ni..boleh try dgn sos kastad seperti saranan mas tu..

    ReplyDelete
  3. assalam,

    selamat pagi kak ct.sedap nampak puding tue.nonie suka kalau ada pisang seketul2 mcm tue.mmg best.bila makan rasa pisang tue

    ReplyDelete
  4. mas ~

    Salam ceria Mas, sos kastard tak ada mak yong, tak cuba lagi mungkin lain kali boleh letak. benda2 macam ni kalau tak cuba tak tahukan Mas.. :)

    ReplyDelete
  5. anymz ~

    Salam ceria kak Anim, yalah..dah dua orang yang cakap ni..hisss kena buat juga nnt ni kak..hehehe tr kasih kak Anim :)

    ReplyDelete
  6. nonierahman ~

    Salam pagi juga Ninie, salam ceria pagi ni KL sejuk jer. tapi kalau nak makan dessert ni kena suhu suam2 sikit baru seronok layan..hehehe

    gandingan roti dan pisang memang sesuai, cubalah :)

    ReplyDelete
  7. asslm kak CT...
    terasa lapo terus tgk puding roti ni...
    mguirkan dan myelerakan sgt puding ni...
    pssss....gmbo pon cntik...suka tgk...

    ReplyDelete
  8. Selamat pg kak ct

    Sedapnya tgk puding roti layer dgn pisang, menyelerakan sungguh. Mcm nk mintak sepinggan je hihihi

    ReplyDelete
  9. Wow...dahsyat2x..!! rasa nk melompat ke dapor CT pagi ni... baru buat talam roti kemarin terlior pulak puding roti Che CT ni...fengsannn....

    ReplyDelete
  10. Qasey Honey ~

    Salam pagi dan salam ceria QH, saja nak goda2 QH pagi2 ni dengan dessert, nanti bolehlah QH buat pulak..hehehe

    ReplyDelete
  11. Mas ~

    Wa'salam Mas, salam ceria pagi ni, kalau dekat jangan kata sepiring, setengah loyang k.ct bagi rasa nanti..hehehe

    ReplyDelete
  12. Gee ~

    Salam ceria Gee, cantik baju boleh pinjam nak gi dinnerlah..hehehe

    tu lah ct dari seharai2 nak buat talam roti tu Gee. insya'Allah nak buat juga nanti :)

    ReplyDelete
  13. wow..nampak mengoda dan sedap sangat...kena try ni...bak sepotong sis...lapor ni...

    ReplyDelete
  14. Waaaaahhh puding roti pandan....bestnyaaaa...letak lak pisang...mesti lg mantopsss kan CT cayang...mintak kat akak 1 slice tuuu...dgn air sekali taaauu ^__^. Kencang2 update tau CT, akak nak lalu hari2 kat dapur CT...muaahhss

    ReplyDelete
  15. waaahh kreatif kak ct.. ada lagi tak? nak terbang kerumah akak la ni. nak breakfast roti kukus pulak. letak pisang tu lagi menambah rasa. dan bf yang sihat kan. insyaAllah jika diseru nak membuatnya. boleh jugak ni.

    ReplyDelete
  16. AS-SALAM KAK CT
    wahh!!! cantik dan menarik BLBP ni...... sungguh menyelerakan yummy..

    ReplyDelete
  17. aa menariknya, nanti boleh lah buat tapi tina tak minat pulak ada pisang ni

    semalam baru buat puding kastard resepi kak ct, tapi sos dia tak buat lg, petang ni nak sambung semula hehe sebab smlm takde stok fruit cocktail lah pulak kat giant ni

    ReplyDelete
  18. cantiknya roti tu kak Ct kaler ijo....berlapis2 pisang plak...yummy!

    ReplyDelete
  19. Salam CT, gandingan santan kelapa juga perasa pes pandan itu pasti bertambah-ganda ke-yummy-an puddingnya CT lagi-lagi berselang-seli lapisan dengan hirisan buah pisang... sudah Ratna bayangkan betapa... super yummy... nanti mahu dicubai gitu.

    Salam manis manis madu

    ReplyDelete
  20. Sedapnya tengok puding akak...nyum..nyum..

    ReplyDelete
  21. Terliur melihat puding roti ni, pasti ada kelainannya.

    ReplyDelete
  22. salam CT...
    kita ni dah lama beratur sambil tadah pinggan... harap2 adalah lagi sepotong utk kita yer.. hehehe.. pantang nampak pisang.. semedang ngencess!!

    p/s: maaf lama tak bertandang.. pc tak berapa sihat aritu selalu hang jer.. now dah ada pc baru leh la merempit ke blog kengkawan.. hihi..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Kak CT,
    tngk je pun dah tau mmng sedap..dpt bayangkan harumnya bau pandan dan pisang tu..mmng memikat selera..kan...

    ReplyDelete
  24. slurrp..pasti enak nih , di hat aja uda keliatan enak nya, apalagi di tambah photo yang cantik dan menarik.. hmmm lebih enak lagi kalo abis di poto melly duduk di balconi nya kak CT menikmati pudding ini sambil hitung berapa orang yang lewat pake baju polka dot.. hehe

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum CT

    Sedapnya Kuih Nagasari Ni..Kak Lin Pernah Makan Tapi Belum Pernah Buat..Hehehe

    *Terima kasih sudi melayari blog Kak Lin..Kak Lin Follow...

    ReplyDelete
  26. mmg sedap... tp ari tu buat mcm lembik sikit.. tp mmg sedap..ramai yg puji..

    ReplyDelete
  27. CT, saya ni peminat CT lah. Bukan sahaja memasak dan mendeko berseni, ambil gambar pun mengalah professional photographer ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...