Thursday, March 1, 2012

ButterMilk Doughnuts



Assalamualaikum... Salam mesra, salam manis dan bersua kembali dalam awal bulan Mac dari cuti 2 hari yang meletihkan. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga merehatkan badan selepas penat menyiapkan segala kerja. Cuma tak sempat nak update masakan dalam blog Dapur CT jerlah. Tak bercuti kemana-mana pun, ada kat rumah je. Hanya ada sedikit kerja yang perlu dibereskan hehe. Rasa rindu jugalah nak singgah blog teman-teman CT semuanya, tapi keadaan tak mengizinkan sama sekali. Hanya sempat bukak facebook tu sekejap aje. Tu pun jengah-jengah mana yang termampu jer, dan tinggal komen sikit-sikit jer... hehehe.



Oh ya dah sempat baca entri CT dua hari yang lepas tu tak? Haa... hanya itu saja yang dapat CT kongsikan bersama untuk teman-teman CT bagaimana caranya CT mengambil gambar untuk setiap hasil kerja-kerja CT di blog ini. Semoga semua itu dapat membantu serba sedikitlah ya. Sekarang ni semua dah tahulah lah ruang kerja CT untuk blog ni kan. Nak berkreatif mestilah kat ruang yang selesa untuk kita buat kerja. Untuk CT, di situlah kebanyakan masanya CT melakarkan sedikit kreativiti dan melakukan kerja-kerja fotografi CT selama ini :)



Berbalik pada resipi CT hari ini, ButterMilk Doughnuts resipi dari Ros-Jintanmanis. Rasa teringin nak makan donat tiba-tiba, tu yang terus mencari resipi, google sana sini, akhirnya CT ambil dan cuba resipi dari Ros ni. Banyak juga dapatnya dari adunan yang CT buat ni. Dalam rumah CT ni semua suka makan donat jadi tak kisahlah buat banyak mana pun mesti habis dimakan. Separuh darinya CT salut dengan coklat sebab anak bujang bongsu CT tu Haqim suka letak coklat. Yang lain-lain tu CT salut dengan gula kastor aje. Untuk yang diposingkan dalam gambar ni, CT salut coklat putih dan taburkan dengan almond slice yang CT panggang dalam oven dan juga sedikit kacang tanah bergaram yang dicincang yang dijual ready-made tu.



Sebelum ni kalau buat donat, CT selalu buat guna resipi dari HaSue mudah dan cepat nak disediakan tu. Tapi kali ni guna buttermilk yang CT buat sendiri jer, mengunakan susu dan cuka makan. Menurut kata Ros, buttermilk yang dah siap, ada dijual dikedai bakery. Tapi malas pulak nak pergi beli, jadi CT buat sendiri aje. Memang lembut donat ni sesuai dengan selera CT juga. Sebelum ni pernah buat donat Mayo resipi dari Ros juga. Untuk masa yang lain nanti, CT akan kongsikan resepi donat yang CT ambil resipinya dari satu laman web di internet, simple dan ringkas aje. Dalam sedikit masa CT akan cuba buat dan akan kongsikan bersama dalam Dapur CT, Insya'Allah.



Okey... tanpa bercakap panjang lebar lagi, kita terus pada resipi Buttermilk Doughnut dari Ros ni ya, terima kasih banyak-banyak ya Ros. Secebis dua kata untuk Ros, semoga apa yang Ros dan anakandanya lalui itu, anggaplah ia sebagai dugaan Allah pada hamba-hambanya... Aminnn. Untuk yang berminat mencuba resepi ini, silakan ye. Sampai jumpa lagi. Daaa....


ButterMilk Doughnuts
Resepi: Rosmarlina @ jintanmanis.com
Di olah: Che CT


Bahan-bahan :
2 sudu kecil baking powder
180 gm tepung roti
220 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
140 ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin/butter/shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis - 1 1/2 sudu kecil
3 sudu kecil buttermilk - beli kat kedai bahan bakery

Untuk Hiasan :
sedikit serbuk gula - salutan pada donut

Cara-Cara :
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota:
Jika digantikan buttermilk siap dengan buttermilk buatan sendiri (menggunakan susu dan cuka), tidak perlu gunakan 140 ml air suam dalam bahan di atas tu. Selain itu, tepung roti juga boleh ditukar kepada tepung gandum sahaja.




23 comments:

  1. Sakan pagi khamis,

    Ct...kretif nya awak ...donat pun nampak cantik...and latangbelakang pun cantik jugak. Saya suka sangat...donat yang bersalut almond tu.

    ReplyDelete
  2. asslm kak CT...
    geramnya tgk donut2 tu semua...
    sya suka juga tau mkn donut...
    tp xpenah lg cuba buat...hehehe
    mintak seketuiii yer..

    ReplyDelete
  3. salam ct....typo error kat atas tu....pagi pagi tak pakai spec...habis kantoi haha maaf ye.

    ReplyDelete
  4. Salam CT...patutlah akak datng tapi tenguk rumah berkunci rupanya CT menyorok Ya....ok...donut ni masuk list...semua bahan ada bolehlah buat hujung minggu ni

    ReplyDelete
  5. As salam & slmt pagi CT...
    Dari jauh mama dtg nk mkn donut butterMilk nie hehehe gebu sekali nmpk kejadian nyer pasti anak2 suka...

    salin resipi & kena cari buttermilk dulu hehehe tq

    ReplyDelete
  6. rasanya, tak silap saya.. masa ros buat donut ni, dia tersilap.. eh bukan bakery yang tersilap.. sebenarnya bukan buttermilk tapi butterscotch yang ros guna tu.. sebab tu donut tu wangi... apa pun sungguh menggoda donut kak ct ini.. lawaaaaaa...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Ct...
    Nampak gebu dan lembut donut itew...teringin gue mencubanya..

    ReplyDelete
  8. perhhh...menggodanyer... bab mendonut ni i like... memang harus dicuba..

    ReplyDelete
  9. Salam rindu kak CT..
    Kak, bila tgk gambar2 kat blog akak ni, ingatkan akak ada satu studio khas utk shoot gambar2 masakan. siapa sangka kan rupanya dgn kreativiti akak, balkoni pun boleh jadi medan utk shoot gambar2 dgn canti sekali.. Tahniah kak! Really admirer dgn kerja2 dan bakat akak..

    Kalau guna buttermilk, sah2 lembut dan gebu jer ni, betul tak?

    ReplyDelete
  10. donutt...
    like banyak kali..
    sedappnya tengokkkkk............

    ReplyDelete
  11. Subhanallah...cantiknya gambar2 yang akak snap..donatnya pun cantik macam kat kedai..he he..apapun memang terbaikkkkk :)

    ReplyDelete
  12. Assalam CT cayang...nampak sedap jer buttermilk donut tuuu...nampak lak lelehan dgn kekacang tu sekali..adeeeiii.. Weeee, gambar mengancam sgt la haaaiii....bravooo CT cayang.. muaaahh..

    Akak ni dah slow gak laaa update..kebetulan duk ke hulu ke hilir setelkan kemasan rumah 1 lg nuun...rasa mcm nak pindah sgt...tp malehh nak packing...hahahaha

    ReplyDelete
  13. Alahai akak.. sedapnya donut akak ni.. geram jue tgk. nak cikit blh?
    Kalai la jue blh wat segebu ni ek..

    ReplyDelete
  14. Salam CT, aduhai... cantik-jelitanya doughnuts... Ratna ingat ketika sepintas melihat bahawasanya doughnuts itu dibeli karena rupa-parasnya yang sempurna sekali tapi tidak sekarang karena dizaman ini banyaknya para Ibu begitu bijaksana memasak juga mem-baking, teruja-ruja dengan doughnuts buatan dari CT itu, gitu boleh dijual, cantik dipandang-lihat lagi enak dimakan. Sepasang tangan yang berseni apa sahaja yang dilakukan menjadi senantiasa, apa lagi dengan seni-perhiasan, semuanya indah!

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  15. cantiknyer donat kak CT!!! terliur! terliur!

    ReplyDelete
  16. salam ct, mokwo bukan saja terliur kat donut jerr...air dlm sirap ijo dlm botol pun terliur gak...haha..tq ct kongsi tips fotografi yek...ghupenya susah jugak nak amek gambo2 yg menarik..tapi mokwo rasa ct memamg kreatif, sbb tuh gambo2 ct semua cukup berseni...geram mokwo tengok...lepas nih nak gi carik kayu kayan lah...hihi

    ReplyDelete
  17. alamak, dah macam donut jco je dah, lepas ni jco & the gang tutup kedai lah hehe

    ReplyDelete
  18. geramnya tgk donat kak siti tu..sy ni pminat donut tegar..walopon br buat donat 2 ari lepas..tp bila tgk donat kak siti ni rasa nk buat lagi plakk

    ReplyDelete
  19. Assalam kak Ct, lama tak singgah dapur akak sejak cuti blogging hari tu..hmm sedapnya tgk donut ni kak.rasa nk capai mkn jer tgk pic akak ni..:)

    ReplyDelete
  20. Mama sentiasa ternanti2 dgn hasil kerja CT,hebat!

    ReplyDelete
  21. Akak....
    Comelnya donut tu akak... Cantik sgt tau... Geram plak diana tgk.. Nie ada irfan tgk sama nie.. Dia kata nak suh mummy dia buat skg.. Hahahaa... Adeeh diana x reti buat donut.. Hihiii

    ReplyDelete
  22. love donut.. mau coba juga ahh.. tahnks kak ct sayang .. muachhh

    ReplyDelete
  23. I'm drooling lihat donat cantik Kak CT...serasa mau melahap saja! love the pictures...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...