Monday, March 19, 2012

Pau Gebu Dan Lembut II



Assalamualaikum... Salam manis, salam ceria buat semua teman-teman dan bertemu kembali setelah seminggu Blog Dari Dapur CT tak ber update selepas sekembalinya CT dari kampung dan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Sekarang ini pun badan masih lagi rasa seram sejuk dengan sakit tekak yang masih tak hilang dan batuk sedikit. Sepanjang CT berehat, ada ke yang tertunggu-tunggu apa entri seterusnya dari "Blog 6.30 pagi" ni. Mungkin ada yang tersenyum-senyum tu... hehehe. Ada juga yang bertanya pada CT kenapa entri CT semuanya diupdate pada pukul 6.30 pagi. Untuk menjawab persoalan tersebut, sebenarnya CT siapkan gambarnya, edit sikit, letak watermark, bubuh resepinya dan save dalam posting dulu pada waktu malam. Jadi selepas subuh tu CT terus siapkan menaip teks nya pula dan publish dengan masanya disetkan kepada 6:30 pagi. Memang dah menjadi kebiasaan CT buat macam tu sebab nak siapkan teks tu lebih mudah kalau CT buat fresh awal pagi, senang dapat idea apa nak tulis. Kecuali hari Sabtu dan Ahad je CT tak update sebab pejabat buruh suruh CT cuti 2 hari dalam seminggu... hehehe. Jadi, itulah sebabnya tepat jam 6.30 pagi blog Dari Dapur CT akan publish entrinya kecuali ada hal-hal tertentu yang menghalang seperti tenet slow atau lain-lainnya. Okeylah kita kembali semula pada resipi untuk hari Isnin ni dulu ya.



Resepi Pau Gebu Dan Lembut ni yang kedua kalinya CT buat, sebelum ni CT pernah buat tapi resepi orang lain. Yang kedua ni, memang betul-betul lembut tak tipu punya. mungkin sebab letak bread softener tu kot. Kiranya ini adalah kuih kegemaran yang paling digemari oleh anak-anak dan suami begitu juga dengan CT. Makan pau ni kalau hari-hari pun CT tak kisah, tapi intinya kenalah diubah-ubah. Kalau setiap hari intinya sama, tak masuk juga hehe. Untuk resepi pau ini CT letak inti daging dicampur keledek dan CT sumbat intinya banyak-banyak. Kalau letak sikit-sikit macam dok celah gigi aje tak cukup... hehehe.



Pau kali ini CT cuba resipi dari Ton MyResipi, yang ternyata memang lembut dan gebu. Walau disimpan semalaman ia masih lagi lembut hingga keesokan harinya. lain kali kalau nak buat pau lagi, nak guna resipi dari Ton ni lagi. Terima kasih banyak-banyak pada yang empunya resipi ni, memang sangat sedap, lembut seakan kapas aje bila dikoyak kulitnya. Pau ni CT lapik dengan daun pisang jadi paunya jadi macam kekuningan sikit. Mula-mula tu tanya juga kat My laling CM kenapa pau ni tak putih macam selalu. Laling CT bagitau kalau guna daun pisang, memang pau akan jadi kuning sikit disebabkan warna dari daun pisang tu diwapkan dan meresap ke pau semasa dikukus. Macam tu rupanya, tapi tak kisahlah janji pau tu sedap dan lembut CT tak kisah pun... hehehe. Cuma sampai sekarang CT masih lagi tak pandai nak buat bunjut atas pau tu macam yang jual kat kedai tu... hehehe. Kalau ada sesiapa yang tahu bolehlah kongsi dengan CT nanti ya :)



Okeylah, CT tak nak cakap panjang berjela lagi, kita terus pada resepi dibawah ni ye. Jika ada yang suka makan pau dan nak cuba resipi dibawah ni, silakanlah mencuba. Dan kalau makan tu nanti ingat-ingatlah CT sama okey. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT. Daaa....


Pau Gebu Dan Lembut II
Resipi : Ton MyResipi
Sumber : Che CT


Bahan-bahan :
250 gm (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 gm (1/2 sudu teh) baking powder
50 gm (4 sudu makan) gula castor
20 gm (1 sudu makan) lemak sayuran
2 gm (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-cara :
1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. (Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start)
4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. (Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
6. Masukkan inti dan tutup kemas.
7. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi yang dipotong 2" x 2 " dan susun didalam pengukus.
8. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
9. Didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.




25 comments:

  1. Salam manis di pagi hari CT

    Mmg dah lama tertunggu2 N3 terbaru dari CT
    hihi N3 6:30 pagi...

    Ita sekeluarga pun suka pau, cuma kadang2 susah nak dapatkan pau yang lembut dan gebu macam jual di luar tu kan.. dan pau ni kalau nak lembut sentiasa nak kukus semula..

    nanti boleh cuba resepi yang CT kongsikan ni..

    Semoga CT cepat sembuh.. banyak kan berehat ye!

    ReplyDelete
  2. As'salam kak Ct harap cepat sembuh yee byk minum air suam

    menarik lah kak pau tu lama juga x megepau hehehhe megepau RM hahahah x lah saja sakat akk pg1 ni :-D....

    Sy suka pau yg lapik gan daun pisang cpk klasik lg pun baunya wangi...bekean gan inti dlm tu...nak juga cuba resepi ni tq kak CT cyg..:-)

    ReplyDelete
  3. slm k.ct...
    pagi2 lg akak dah mengepau...tertarik sggh dgn gebus pau tue..pic shoot sgt marbeles kak...bak cnie seketui kak ;))

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali CT, ololo tak sihat yer...jgn lupa makan ubat... sedapnya pau...kalau dpt 2 ketoi buat buka puasa ni gerenti kenyang kan...hehehe

    ReplyDelete
  5. asslm kak CT...
    xbape sihat yer...byk2kan brehat tau n jgn lupa mkn ubat!!!!hihihi...

    gebussnya kak pau ni..teruja pula nk mcubanya...geram rasa mcm nk picit2...tq kak resepi...

    ReplyDelete
  6. Asalam ct..
    semoga cepat sembuh..

    menarik nampak paunya.kena cuba buat ni.

    ReplyDelete
  7. as-salam kak CT

    kak CT harap cepat sembuh..pau tu npk gebu..menarik resepi kak CT ni guna bread softener..

    ReplyDelete
  8. salam..
    ermmm nmpk gebu dan lembut pau kak ct ni.. blh nnti jue nk cuba buat.. tp xtau menjadi atau x, ia berdasarkan air tangan. hehe..
    akak pulak byk2kn berehat, semoga cpt sembuh.. blh masak byk2 lg.. :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak ct.. dah sihat ke tu?
    bila tengok resepinya nampak simple je. memang kalau letak bread softener tu banyak beza kan. kadang2 saya letak sikit kt donut, memang lembutt sangat hasilnya. insyaAllah saya nak try resepi ni kak. sebab tepung gandum pun boleh juga kan. tepung pau dah habis stok pulak ;-)

    tq kak ct kongsi resepi

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi Ct sayangggg....
    lama Amie tak kunjung ke mari, rupanya Ct cuti ye he he hehh... apa pun kena jaga kesihatan supaya boleh terus aktifkan diri menghasilkan macam-macam resepi yang cantik dan sedap!

    Agaknya kalau pau dah nampak gebu, semestinya dia lembutkan Ct... he he he ini pertanyaan orang yang masih jakun bab tepung-tepung dan kuih muih ni...hi hi hiii

    ReplyDelete
  11. tergodanya nengok pau kak ct tu pepagi ni....
    cantikkk gebuuuu jerk tau...
    curi 10 ketoiiiii...he3

    ReplyDelete
  12. akhirnya....ada juga resepi senang,..
    balik nak try lerr..
    thanks kak ct..

    ReplyDelete
  13. Nanti boleh la Rahel try pulak resepi ni..menariknye..nyam nyam..

    ReplyDelete
  14. assalam kak Ct, sedapnya tgk kuih pau ni...lama tak buat. harap akak sihat yer..bawa-bawa berehat kalau penat tu.

    ReplyDelete
  15. As salam kak Ct..

    Waaa banner sudah tukar la, hehehe
    Camne kesihatan tu Kak Ct? Jaga kesihatan ye, kat JB ni pun tgh musim demam muntah2 ni, ni Yana tgh MC demam muntah2 pagi td..huhuhu

    Pau ni mmg pantang jumpa kak Ct, nak buat aje yg malass, tp klu jumpa kat luar mmg beli punya, kena plak adik ipar Lin dh keje kat Pau Roslan, hahahaha mau tak asyik mintak pau je dgn dia..hahaha

    Jgn bdn ni mcm pau dh le..hehe ;p

    ReplyDelete
  16. suka la header br kak CT...sgt sweet..sy penah buat pau menjadi...bila buat lg..kecut plak..so maleh nk wat dah...bagus la kalo pandai wat kan.
    tringat citer kt fb..pau Ahmad tu sebenonya C punya..wallahualzam

    ReplyDelete
  17. Salam K CT

    everytime you make pau, sure I akan teruja nak buat sebab nampak so gebu & lebut macam yg dulu K CT buat tu memang tak menghampakan..so Yat pun teruja dah ni nak coba yg ni jugak!

    ReplyDelete
  18. sorry kak, yg atas is from me la..hahahah..tertekan anonymous plak arr

    ReplyDelete
  19. I love pau... need to belajaq buat, asyik dok makan frozen pau, rupa pun dah seropa frozen pau.
    Anyways, love your photos, as usual!!
    xoxo

    ReplyDelete
  20. Assalam Ct, muaaahh muaaahh...rindu betul la x jenguk wpun baru 3 4 hari rasanya kan...belum lama lg tuh...adeeeiii.... Harap Ct cepat sembuh dr batuk2 tu dan rajin2 update eh...senang2 dtg sapu sawang kat dapur akak tu nnt eh...hehe.. Cantik gebu betul pau tu...mmg malas tahap gaban dh akak skrg ni...fokus dah menghala ke lain...hahahaa

    ReplyDelete
  21. nak tanya, lemak sayuran tu ape yea? maafla budak baru blajar nie hehe..

    ReplyDelete
  22. utk dikongsi bersama,tips:lemak sayuran/majerin sebolehnya tak banyak supaya doh tak berat,yg menyebabkan pau tak naik semasa kukus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...