Thursday, March 22, 2012

Kuih Seri Muka Keledek



Assalamualaikum... Salam manis penuh keceriaan untuk pengunjung setia Dari Dapur CT. Berikan senyuman yang manis dan seikhlasnya dipagi hari buat insan-insan disekeliling kita semoga suasana keceriaan dipagi hari Khamis ni akan kekal berpanjangan sepanjang waktu hingga tirai malam berlabuh. Minta maaflah ya sebab Dapur CT ni asyik tayang kuih muih aje, lauk pauk jarang-jarang sekali.. hehehe. Sebenarnya nak masak macam-macam ni kena tengok selera anak-anak juga. Sebab yang banyak makan pun anak-anak berbanding suami dan CT. Kalau masak yang bukan kegemaran mereka nanti siapa pulak yang nak habiskan semua tu. Dan jika terbazir rezeki yang ada, terkilan pulak rasanya kan. Untuk resepi hari ini, inilah pertama kalinya CT mencuba buat Kuih Serimuka menggunakan Keledek. Sebelum-sebelum ni CT buat serimuka pulut dengan perasa pandan aje atasnya. Memang terasa kelainan dan sedap jugalah kuih ni. Memang lembut sangat-sangat. Dan resepi kuih Serimuka ni asalnya adalah kuih serimuka pisang dari blog Yatie Memories, tapi kemudiannya ditukar jadi serimuka keledek oleh blog Nazrah Bakery. Apa pun, terima kasih untuk kedua-dua teman CT diatas resepi tersebut.



CT buat kuih Seri Muka Keledek ni dalam loyang bulat 5 inci dan adunan selebihnya CT tuang dalam 2 acuan agar-agar. Masa nak keluarkan kuih ni dari acuan agar-agar tu dia melekat sikit pada acuan tu, emm... tu yang kejadiannya tak berapa cantik. Dan mood nak ambil gambarnya pun sedikit terganggu... hehehe. Nanti CT nak ulang buat lagi sebab kuih ni memang sedap dan lembut betul. Untuk resepi ni, CT blend keledek tu sampai halus dan letak sedikit pewarna oren. Untuk lapisan warna hijaunya pulak CT letak perasa pandan emulco, jadilah kuih serimuka keledek oren dan perasa pandan... hehehe.



Sebenarnya masa CT amik gambar kuih ni, adalah kejadian yang tak disengajakan berlaku. Tengah syok-syok amik gambar, papan yang CT letak untuk latar belakang tu tumbang dan hampir-hampir menghempap kuih CT tu, nasib baik tangan ni cepat dan tangkas. Kalau jatuh papan tu atas kuih, terus jadi leperlah kuih serimuka tu... dan terpaksalah tukar namanya kepada Kuih Seri Muka Penyet pulak hehehe. Dah jadi gitu, CT terus makan kuih tu kat situ dan tak jadi nak sambung shoot bagai... hehehe. Lain kali kena lebih berhati-hati dan ikat papan latarbelakang tu supaya kejadian macam ni tak berulang lagi hehehe.



Untuk teman-teman yang nak mencuba resepi ni pulak, dipersilakan dan kalau nak lihat resipi yang asal iaitu kuih serimuka pisang boleh lihat di blog Yatie ya. Salam manis dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa....


Kuih Seri Muka Keledek
Sumber : Nadzrah

Bahan Lapisan Bawah :
1 cawan tepung beras

2 cawan santan
2 cawan Keledek lenyek
1/2 cawan gula
2 sudu tepung kastad
sedikit pewarna oren

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kecuali keledek. Dan masak sebentar dalam periuk hingga naik wap barulah masukkan keledek yang di lecek.
2. Alas loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak.
3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.

Bahan Lapisan Atas :
60 gm tepung gandum
100 gm gula pasir
250 gm santan
50 gm jus pandan + 1 sudu kecil pandan emulco + 50 gm santan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara :
1. Pukul telur dengan gula. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Tapis dan curah perlahan atas kukusan lapisan bawah tadi.
2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar-cakarkan sedikit permukaannya dengan menggunakan garpu. Kemudian kukus lagi selama 20 minit.
3. Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.



Di sini juga CT nak ambik kesempatan untuk berkata sesuatu buat anak bujang CT yang tersayang, Mohamad Azree Rahmat. Hari ini, tanggal 22hb Mac 2012 adalah hari ulang tahun anak bujang CT yang ke 15 tahun. Selamat hari ulang tahun buat Azree anak Mama. Mama mohon maaf kerana tidak ada kek yang indah dan tak sempat belikan hadiah untuk diberikan di hari lahir mu sayang. Hanya yang dapat Mama berikan hanyalah sekalung doa dan harapan di setiap waktu selepas solat, semoga anak Mama Mohamad Azree menjadi anak yang berjaya, anak yang taat pada suruhan agama dan sentiasa mengingati Allah setiap masa. Dan tidak melupakan jasa kedua ibubapa mu serta orang disekeliling mu. Mama, Ayah, kakak dan adik-adik mendoakan semoga Azree mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan berjaya dalam kehidupan serta mendapat keberkatan dariNYA didunia dan di akhirat, Insya'Allah... Amin Ya Allah Ya Rabbal Alamin.


20 comments:

  1. wsalam Kak CT.. Selamat Ulang Tahun ke 15 untuk Azree.. semoga mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat.. trima kasih resepi nya ..

    ReplyDelete
  2. salam kak CT..cantiknya kejadian kuih seri muka ni,cantik kalernya.
    Happy birthday tuk anka bujang k.CT,, & good luck tuk PMR

    ReplyDelete
  3. asslm kak CT...sedapnye tgk kuih seri muka tu...nmpk myelerakan bile di makan dgn buah strawberry tu...hihihi...spinggan tu utk QH ker???

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kuih serimuka, berseri-seri macam muka cik CT...ahai

    ReplyDelete
  5. terasa kelembutan kuih ni..
    cantik yang padan dengan rasanya.
    happy birthday untuk anak bujang c.ct.

    ReplyDelete
  6. salam CT...

    waaaa... mengancam nampak tu CT.. kalau dpt sepiring pepagi ni sedap jugak... cantik kombinasi warnanya..

    ReplyDelete
  7. Salam kak CT! aduhaiiiii sedapnyerrrrr serimuka keledek! jakun ni kak :D selalunyer kan dgn pulut kan kan, jakun lagi ehehehe... meh sini kita bg akak sesuap melteser jer eak :D

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi Kak Ct...
    alahai...pagi2 dah keluarkan godaan...tak tahan gue tengok lama2...ambik satu pinggan kecik..

    ReplyDelete
  9. As salam Kak CT..

    Selamat Hari Jadi Azree, aunty juga doakan moga Azree akan menjd anak yg soleh dan taat pd ibu bapa juga agama dan terus berjaya dlm apa jua yg Azree ceburi..Aamiinn..

    Sedapnyaaaaaa....tgk gambo pun dh kenyang..hehehe
    *papan jatuh tu sbb angin kuat ke Kak Ct? nsb baik x penyet..heheheh

    ReplyDelete
  10. Slm kak ct..senyum lebar tgk kuih akak tue..terasa2 je dlm mulut nie,nie kuih feberet asz,happy besday juga buat ank bujang akk k

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..nampak enak serimuka ni, kombinasi warna pun menarik..

    ReplyDelete
  12. Salam Kak CT,

    Cantiknya color kue serimuka kakak ni...pasti enak pula rasanya. Sayang di tempatku ini tidak ada keledek orange kak, cuma warna putih saja...tak menariklah ^^

    ReplyDelete
  13. salam kak ct.
    dah senyum semanis manisnya nie..best betul baca celoteh kak ct..singgah cnie nak mintak kuih tu ckit..:)

    ReplyDelete
  14. memang tergoda mas tengok serimuka keledek akak tu....
    boleh try nnti bila ada keledek..

    ReplyDelete
  15. Malam kak CT.. cantik nya kue serimuka nya secantik photo nya.. keren deh.

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan...creative nya... serimuka moden gitu..

    ReplyDelete
  17. salam kak ct...sedapnye sri muka keledek..mesti makan ni ..muka berseri2kan....nnt nk cuba la...kebetulan keledek pn ade ni...

    ReplyDelete
  18. Comelnya! Memang nampak serinya dengan kombinasi warna yang Ct gunakan... nampak lebih menawan bia strawberry bertenggek atasnya tu...cantik!

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum CT

    Alahai! Comelnya dan cantiknya Kuih Seri Muka Keledek Tu...

    Tgk pun dah tahu sedap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...