Monday, March 17, 2014

Kek Pisang Lembab | PIBF 2014


Assalamualaikum... Salam manis dan salam rindu buat semua pengunjung setia Dapur CT dan teman-teman CT semuanya. CT doakan semoga kita semua beroleh kesejahteraan di setiap masa. Sebelum CT bercakap lebih panjang, terlebih dulu CT ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya CT membuatkan teman-teman semua tertanya-tanya ke mana menghilangnya CT meninggalkan blog ini tidak berupdate. Sebenarnya CT agak sibuk sedikit disebabkan kekangan masa. Dan, banner di atas tu adalah salah satu juga penyebabnya. CT akan berada di Book Fair tersebut untuk pelancaran buku resepi CT bersama pihak MPH pada hari Ahad hujung minggu ini, 23 March 2014, daripada pukul 6 hingga 7 malam. Pada yang berkesempatan, bolehlah kita bersua muka disamping memberi sokongan moral untuk CT di sana nanti ye. InsyaAllah.


Berbalik pada apa yang ingin CT kongsikan kali ini. Resipi Kek Pisang Lembab atau nama omputehnya Banana Bread yang CT mengexplorasinya dari website allrecipe.com dan CT ubahnye mengikut citarasa CT. Gambar resepi yang CT kongsikan di sini adalah percubaan CT yang kedua kalinya dalam masa seminggu. Jika sudah diulang buat dua kali dalam seminggu maknanya memang menambat citarasa kami sekeluarga lah tu. Ditambah pula memang CT menggemari kek yang ber asaskan pisang. Agak banyak juga resipi kek pisang yang CT simpan dan telah di cuba tetapi resepi yang ini adalah antara resepi kek pisang yang paling CT gemari.


Kek pisang ni memang sedang-sedang aje manisnya, bertepatan dengan selera CT yang memang tidak suka pada kek yang terlalu manis. Dan tekstur kek ini kekal lembut walaupun setelah dibiarkan semalaman didalam bekas yang bertutup rapat. Walaubagaimanapun, pastikan kek betul-betul sejuk dulu, barulah disimpan di dalam bekas ye. CT tambahkan Choc Chips dalam resepi kek ini sebagai penambat selera buat anak-anak untuk lebih menikmati kek pisang ini. 


Dalam resipi asal tidak menggunakan serbuk koko serta esen pisang. Untuk resepi yang CT eksplorasi ini, CT telah mengurangkan 2 sudu besar tepung gandum dari jumlah adunan tepung gandumnya dan menggantikannya dengan 2 sudu besar serbuk koko. Esen pisang pula CT tambahkan sebagai penambah aroma pada kek pisang ini. Bagaimanapun, terpulanglah pada teman-teman jika mahu mengikut resepi asal atau mengikut cara CT. Bagaimanapun, pastikan sukatan gula perang tu padat semasa kita menyukatnya di dalam cawan ya.


Okeylah, rasanya cukuplah CT berhenti sampai di sini dulu. Buat teman-teman yang bertanyakan resipi kek ini semasa CT postkan di Instagram dan facebook sebelum ini, CT dah kongsikan diblog kesayangan CT ini ye. Cuma CT minta maaf sebab terlambat sikit untuk CT kongsikannya. Maklumlah, sibuk kan. hehehe.


Sampai kita berjumpa lagi nanti dan InsyaAllah pada yang berkesempatan untuk bertemu CT di Putrajaya International Book Fair, hujung minggu ini nanti, CT ucapkan selamat mencuba dan sampai kita berjumpa lagi nanti ye. Salam manisss teramat manisss dari CT buat semua. Daaa...


Kek Pisang Lembab (Banana Bread)
Resepi diolah daripada: allrecipes.com

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum - (kurangkan sebanyak 2 sudu besar)
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking soda
¼ sudu teh garam
½ cawan mentega - suhu bilik
¾ cawan gula perang
2 biji telur gred A - dipukul perlahan
½ cawan pisang masak - dilecek kasar
1 sudu teh esen pisang - jika suka
sedikit chocolate chips - untuk hiasan

Cara-cara membuatnya :
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C. Gris loyang loaf pan ukuran 9" x 5" dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, ayakkan tepung, baking soda, garam dan serbuk koko. Kacau rata dengan whisk dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega bersama gula perang sehingga berkrim (anggaran 2 minit) kemudian masukkan telur yang telah dipukul bersama pisang lecek, kacau rata.
  4. Masukkan adunan telur dan pisang kedalam campuran tepung dan kacau rata (setakat untuk sebati sahaja, tidak perlu lama).
  5. Tuang adunan ke dalam loyang, kemudian taburkan choc chips diatasnya. Kemudian angkat loyang sedikit dan hentaknya jatuh sebanyak dua kali. Tujuannya supaya gelembong udara dapat dikeluarkan.
  6. Bakar selama 60 minit atau sehingga masak (uji dengan mencucukkan lidi)
  7. Setelah kek masak, keluarkan kek dari oven dan biar didalam loyang selama 10 minit sebelum dikeluarkan kek sejuk sepenuhnya atas rak dawai.

10 comments:

  1. lama sekali kak CT tidak update blog. Rinduuuu....Cake pisang ini kelihatan lembab dan pasti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rina atas kunjungannya, ya lama juga kan. Rindu untuk berkongsi ilmu pada teman2 semua. Insya Allah nanti pasti ada yang akan menyusul. Semoga Rina sukses juga ya :-)

      Delete
  2. Assalamualaikum ct terubat rindu dgn resepi kek pisang ct ni...semoga sentiasa suksess dan..jg stop berblog....Uj suka dgn resepi2 ct....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Uj..InsyaAllah semoga diri ct sihat sentiasa dan dapat berkongsi segala resipi untuk tatapan pengunjung setia Dari Dapur CT. Terima kasih Uj :-D

      Delete
  3. Salam CT, alhamdulillah kakpb dah ada kenalan blogger yg melahirkan buku masak. Selalu pergi kedai buku, agak kecewa tak ramai kaum kita cipta buku masak banding dgn kaum cina. Tahniah CT, happy for you.

    ReplyDelete
  4. Salam kak..saya minta izin share resepi yer

    ReplyDelete
  5. salam singgah dr blog http://iriskitchen.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. عیب یابی و تعمیر آبگرمکن بوتان در مرکز تعمیرات تخصصی وسایل خانگی

    ReplyDelete
  7. در سال 1394 پا در عرصه طراحی و تبلیغات نهادیم، قبل از استارت مدت ها فکر کردیم، به نتایج و برنامه های مختلفی رسیدیم، دریافتیم برای ماندگاری در این زمینه با وجود رقبای بسیار، تنها یک راه وجود دارد، رضایت شما !

    پس این موضوع را یک هدف قرار دادیم، و امروز با گذشت چندین سال متوجه شدیم که بهترین هدف را انتخاب کرده ایم، در واقع دلیل سرعت رشد ما در این سال ها تنها و تنها مشتریانی بودند که از همکاری با آژانس طراحی جاسینا رضایت داشتند و این همکاری رضایتمند منجر به یک رفاقت شد.

    منبع : http://jasina.ir/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...