
Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi untuk teman-teman CT semuanya. Buat pengunjung yang setia saban hari menjengah tanpa jemu, CT ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana teman-teman CT dan pengunjung setia CT semuanyalah pencetus inspirasi untuk CT terus berkongsi resepi di laman Dapur CT ini... Alhamdulillah. Sebenarnya hari ini CT dah masuk mood bercuti dah. Maklumlah, hari ni dah hari Jemahat kan. Namun demikian Dapur CT tak bolehlah ikut sama dengan mood puannya bercuti nanti lesen dapur kena tarik sebab dapur tak berasap. Tak boleh jadilah kan... hehehe.

Untuk resipi pagi ni, bukan menu buat sarapanlah ya. Ni menu yang sesuai untuk hidangan minum teh waktu petang atau dessert untuk dinner malam nanti. Sebenarnya pastry crust untuk tart ni CT dah buat awal-awal lagi dan simpan dalam peti sejuk, jadi bila nak letak fillingnya tak payah nak kelam kabut lagi. Semuanya dah tersedia. Dan CT buat pelbagai saiz. ada besar, sedang dan comel-comel belako... hehehe. Yang comel-comel tu sekali ngap jer masuk mulut dah hilang. Yang besar tu kena 3-4 kali gigit baru habis... hehehe. Resipi ni CT ambil dari Blog Mat Gebu. Resipi asal dari Mat namanya Fresh Strawberry Cheese Tart. Oleh kerana buah strawberry tak ada, CT ganti jer dengan buah-buah yang ada dalam peti ais CT. Jadinya nama tart ni CT tukarlah kepada Fresh Fruits Cheese Tart.

Fresh Fruit Cheese Tart ni memang sedap. Tapi sayangnya anak CT yang bongsu tu tak gemar sangat dengan tart ni sebab dia tak gemar makan buah kecuali buah epal. Nak pujuk dia makan, CT kena buang dulu buah-buah atasnya. Payah betul sorang anak bujang CT ni kan. Abang-abangnya yang lain tak cerewet pun semuanya masuk jer dalam mulut sedappppp! katanya... hehehe. Terima kasih ya Mat sebab berkongsi resipi ni dan CT panjangkan lagi dalam senarai Dapur CT untuk rujukan bersama semua teman-teman yang lain juga. Untuk yang berminat, selamat mencuba ye. Daaa....
Fresh Fruit Cheese Tart
Resipi : Mat Gebu DTS
Di Olah : Che CT
Bahan untuk Pastry :
150 gram tepung halus (boleh guna tepung gandum)
25 gram gula aising
70 gram mentega sejuk - dadu kecil
1 biji telur gred C - pukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla
Bahan untuk Cream Cheese filling :
180 gram cream cheese
50 gram mentega
1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
1/2 sudu kecil jus lemon
3 sudu besar gula aising diayak (atau ikut manis)
Bahan untuk hiasan :
Buah Kiwi secukupnya
Buah anggur secukupnya
Buah peach dalam tin
(*dan sebarang buah segar lain jika suka)

Cara-cara membuatnya :
Untuk pastry :
1. Satukan tepung, gula aising dan mentega sejuk, gaul ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan-akan serbuk roti. Masukkan esen vanilla dan gaul rata. Tambah telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Bulat-bulatkan doh dan balut dengan ciling wrap rehatkan sekejap dalam 10 minit. 3. Sediakan acuan fruit tart, yang ini ikut saiz apa yang anda nak, seelok-eloknya biar lah yang sesuai untuk kita susun buah-buahan dalamnya.
3. Ambil sedikit doh tadi, anggaran sebesar syiling 20 sen atau lebih sedikit. Tekan dalam acuan tart, hingga memenuhi ruang acuan, kemaskan lebihan.
4. Buat hingga siap, cucuk sedikit tengah pastry tadi dengan garfu.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C, selama 25 minit. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan semasa lagi panas dan sejukkan atas jaringan.
Untuk Cream Cheese Filling :
1. Putar cream cheese dan mentega hingga lembut dan bersatu. Masukkan lemon juice dan gula aising dan putar lagi hingga gebu, tambah parutan kulit lemon.
2. Jika kurang manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula aising. Putar dengan kelajuan sederhana hingga bancuhan kelihatan berkrim dan licin. Masukkan dalam paiping beg dan gunting hujungnya.
Untuk hiasan Cream Cheese Tart :
1. Buah anggur dicuci dan lap kering, kemudian belah dua. kupas buah kiwi dan belah kecil. Buah peach tadi ditoskan sirapnya.
2. Ambil satu kulit tart, isi dengan cream cheese dalamnya hingga hampir penuh. Susun buah-buah mengikut kesesuaian anda. Buat kaedah yang sama untuk baki kulit tart tadi. Selamat mencuba.


































































