Wednesday, November 18, 2009

Sup Ayam



Hari ni hari pertama anak aku Lily exam. Keresahan dalam diri aku kuranglah sikit berbanding hari sebelum2 ni. Cuma risaukan batuk dia tak baik2 lagi. Ubat dah makan, dan dah abis pun. Ikut gak petua orang tua2 minum air campur madu. Aku bimbang sangat2 takut batuk dia tu akan menganggu dia masa nak jawab paper nanti. Mesti kena bawak pegi jumpa doktor lagi malam ni. Risau gak dengar dia batuk tak berenti jer malam2, tambah2 cuaca sejuk skrg ni kan, kesian pulak kat anak tu.

Menu untuk hari ni masak sup ayam mat gebu jer. Sebab lily suka sup ni, jadi aku pun buatkanlah. Tapi bila dah masak, tak mahu lak dia makan. Takut mengantuk kat sekolah bila kekenyangan nanti dia kata. Ada2 jer anak2 ni kan, nak masak yang berminyak2 sangat, dia tengah batuk. Nak masak yang berlemak kang kolestrol naik pulak. Nak masak bening2.. tengah musim hujan, alamat tak laku pulak kat rumah ni kang hehehe. Resepi ni aku CnP jer dari blog mat... mintak keizinan ya mat, dah banyak kali buat sup pakai resepi mat ni, sedappppp!!. Di jamin mesti habis punya :-)

Sup Ayam
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*
(Bahan bertanda * - untuk hiasan)


A (Dikisar halus)
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (Ditumis)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara-cara:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankan api dan renihkan.
4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka...

5 comments:

  1. siannya lily batuk2 tgh time peksa ni. moga2 batuk lily tu tak lah sampai menganggu tumpuan pd kertas peperiksaan.

    ReplyDelete
  2. Salam kak CT,
    Oh, tak penah try sup buh kunyit. nampak yummy sup ni. :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak CT,
    Selamat hari Raya AidilAdha, buat kak CT n family

    ReplyDelete
  4. Salam Kak CT,

    Lily exam SPM kan. Kami doakan dia beroleh kejayaan yang cemerlang. Lepas ni bolehlah tolong Kak CT kat dapur time cuti. Dapat juga habiskan masa dengan aktiviti berfaedah. :D

    ReplyDelete
  5. Teruja tengok masakan kat sini...menarik..nampak sedap sgt.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...