Friday, March 18, 2011

Kuih Lapis 1 Malaysia



Nama kuih lapis ni glamour nampak... ekekeke. Ini lah kuih lapis 1 Malaysia memandai jer bagi nama ni kan. Cuma tak letak kale kuning, biru jer kat kuih lapis ni... hihihi. Apa pun nama kuih ni, ia tetap sedap dan sentiasa mendapat tempat dalam hati pengemar2 kuih tradisonal. Macam Ct juga lah suka kuih2 lama ni dari yang baru. Bukan tak suka sangat cuma makan sekali2 okeylah... huhuhu. Resipi ni pun dah ada gak, tapi CT cnp juga lah untuk kesenangan kawan2 yang nak mencuba nya. Tak payah nak tercari2 kat senarai tu, kang tak jumpa ada yang merajuk terus tak nak masuk Dapur CT...hahaha. Jangan lah macam tuuuu... Sila lah datang jangan jemu ya... hehehe. Sayanggggg kamu ... *wink2*


Kuih Lapis 1 Malaysia
Resipi dari RinnChan

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)
3 cawan santan (tambah jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dengan sedikit minyak. Masuk loyang dalam kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Biarkan selama 6 min-8 min atau hingga masak baru tindih dengan lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

*TIPS untuk mendapatkan hasil kukusan yang tidak keras atau tidak terlalu lembik: (i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cawan, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cawan. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.

(ii)Gunakan cawan yg sama untuk semua sukatan.

(iii)Kalau tak de pewarna merah, rinn kekadang guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros daaaahh...

4 comments:

  1. dari kecik da tabiat mkn selapis2 kuih nih. ujan2 ni layan ngan kopi panas pun sodappp :)

    kak Ct, sy nak kasi award kt dapur Ct nih, kalo sudi and ada free time, sudi2 lah ambil kt blog sy :)

    ReplyDelete
  2. mmg best kuih nih,lum pnah buat..tp slalu mkn,heheh..
    nnt kne try gak nih dh ado resepi kak ct ni..^_^

    ReplyDelete
  3. Daniera:
    kuih2 lama ni mmg sedap kalau kita makan. cuma tu lah kena ikut sekera jugalah kan padapengemar2 kuih lama ni.

    ada award, tr kasih..bila line tenet dah laju k.ct dtg amik ya. ni line tgh semput 99% hihihi. tr kasih sekali lagi sudi singgah Dapur CT dear :))

    ReplyDelete
  4. ibunaznoy:
    cubalah k.ct selalu guna resipi yg mudah dah senang nak ingat. Tp kadang2 cuba gak resipi dr kawan2 yg lain juga. Nnt dah cuba bolelah k.ct cuba merasa, Rumah dekat x ni..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...