Saturday, May 2, 2009

Ketam Lemak Cili Api




Ini menu untuk family di hujung minggu... ketam masak lemak cili api. Lepas makan mesti berapi2 telinga tu hua hua hua. Dah seminggu nak masak lemak ketam ni. Dok cari kat kedai tapi asyik tak ada jer, hari Jumaat pagi dapat msj dari budak kedai... "Akak CT, hari ni ada ketam... ". Apa lagi terus mandi2 ajak my laling gi kedai. Dapat lah nak melepaskan ngidam yang tak 'berisi' tu ngehh..ngehhh... Disebabkan dah janji dengan anak2 utk makan kat luar semalam, tak dapat nak masak ketam tu. Lepas bersih2 kan je, simpan dalam petiais dulu. Jadi hari ni lah dapat memasaknya hehehe. Pesanan utk En. Kasawari, lepas ni jangan ler kecur2 lak ya. Pegi cari ketam dan suruh Cik Linda pulak masak hehehe. Yang lain, jom kita ratah ketam ni ya :-D


Ketam Lemak Cili Api
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
5 ekor ketam sederhana besar (dibersihkan)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah*
20 batang cili padi* (kepedasan ikut suka)
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 sudu besar ketumbar*
1 batang serai (dititik)
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
sedikit garam dan gula
(bahan bertanda * - dikisar halus)

Cara-cara:
1. Masukkan bahan2 yg dikisar, serai, santan dan air kedalam periuk. Gaul rata kemudian masukkan ketam.
2. Masak dengan api sederhana dan dikacau selalu agar tak pecah santan.
3. Setelah hampir mendidih, tambahkan garam dan juga sedikit gula.
4. Kacau lagi hingga mendidih dan perasakan. Bolehlah ditutup api.

Friday, May 1, 2009

Pengat Durian




Salam semua.. Hari ni ada menu istimewa utk penggemar durian. Sebenarnya resepi ni sama dgn resepi pengat kacang hijau. Cuma yg istimewanya, ditambahkan durian kat dalam tu. Bila sendawa jer.. Burppppp!! berterabur mat saleh semua lari hehehe. Meh kita layan jer resepi ni ya :-D


Pengat Durian
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan kacang hijau (dibersihkan dan direbus hingga empuk, ketepikan).
10 ulas durian
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh dikurangkan ikut suka)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Masukkan santan, air, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan kedalam kacang yang direbus tadi. Masak dan kacau sebentar diatas api yang sederhana.
2. Setelah semua bahan2 mesra, masukkan durian. Kacau sentiasa hingga mendidih untuk mengelakkan daripada pecah santan.
3. Rasa kemanisannya dan bolehlah ditutup api. Enak dihidangkan bersama roti putih atau pulut.


Acar Telur




Hai semua..... Semalam aku takde idea nak masak apa dah, tu yang masak acar telur ni jer. Agaknya tengah musim ayam bertelur kot kat rumah ni hahaha. Resepi ni amik dari rumah Mat Gebu. Agak terliur gak lah tengok acar telur puyuh kat rumah mat tu. Tapi aku ganti dgn telur ayam saiz kecik jer. Lagi pun telur memang tengah banyak kat dapur tu. Dari dok kat situ lelama...baik dimasak cepat2 kan. Kang kalau menetas jadi anak ayam payah lak nak masak wakahkahkah. Lagipun nak buat kuih pun susah sebab telur tu saiz kecik, susah nak sukat.... JOM LAYANNNNNN...


Acar Telur
Resepi dari MatGebu

Bahan-bahan:
8 biji telur
2 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah*
3 biji cili merah* (CT guna cili kisar 1 sudu besar)
1 camca besar jintan manis*
1/2 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam,gula secukup rasa
(Bahan bertanda * - ditumbuk halus)

Cara-cara:
1. Rebus telur, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuk, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
3. masukkan cuka, kicap, gula (lebih sedikit) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur. Gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...