Monday, February 6, 2012

Biskut Chocolate Chip Famous Amos



Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi untuk semua. Sebenarnya CT masih lagi dalam mood bercuti. Tapi itulah, walaupun mood bercuti tapi masih lagi menggodek didapur... hehehe. Tapi bila hari cuti macam ni, tak perlu terkejar-kejar untuk buat kerja rumahkan. Sarapan pun lambat sikit dari biasa. Sebab hari-hari biasa tu bila anak-anak nak ke sekolah dan My laling CM nak pergi kerja kena bangun dan bersiap awal untuk siapkan sarapan segala. Bila cuti inilah seronoknya, semua tugasan dan kerja rumah tak perlu kelam kabut kan.



Berbalik pada resipi kali ini, Biskut Chocolate Chip Famous Amos CT ambil dari Blog Nad'z Cute Oven. Memang sedap sangat-sangat tak tipu punya, sampai aroma biskut ni masa CT bakar mahu menusuk ke lubang hidung jiran-jiran berdekatan. Sampai jiran belakang rumah CT ingat jiran CT yang seorang lagi yang berbangsa India tu yang buat, sebab esok raya Taipusam dorang kan. Jadi dia ingat jiran India tu buat kuih raya. CT dok dengar dan senyum kambing je lah mendengar perbualan dorang bila jiran India tu jawab, "eh taklah saya tak buat kuih raya" hehehe. Alahai... segan betul kalau macam ni kan. Kita buat sesuatu yang baunya sedap bila jiran-jiran terbau serba salah dibuatnya. Nak dihulur kena buat satu pusingan U baru sampai rumah dia... hehehe.



Cerita tergerak nak buat biskut ni bermula bila CT pegi jalan-jalan dengan anak-anak dan My laling CM ke Sungei Wang Plaza hari kelmarin. Kat tingkat 3 Sungei Wang tu ada outlet Famous Amos jadi bila lalu situ je anak2 CT tak boleh tahan dengan aroma bau biskut coklat ni. My laling dan anak2 suruh CT beli, tapi CT kata tak apalah, esok Mama buatkan banyak-banyak lagi sedap dan puas makan. Dan dengan kerajinan melanda, CT kotakan apa yang CT janjikan. Pagi-pagi lagi dah menggodek adunan biskut ni. Boleh tahan banyak juga dapat, tapi CT buat besar-besar sikit. Puas makan hehehe. Jika ada yang nak mencuba, silakan ye. Dan terima kasih pada Nad'z sebab berkongsi resipi Biskut Chocolate Chip ni ya. Daaa....

Biskut Coklat Chip Famous Amos
(Home Made)
Sumber : Nad'z Cute Oven
Di Olah : Che Ct


Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua



Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




Friday, February 3, 2012

Super Fudgy Brownies



Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat teman-teman Che CT semua. Hari ni dah hari Jumaat. Esok dah cuti, yahoo! Seronoknya hehehe. Bila cuti, dapatlah juga bercuti dari update resipi. Bukan orang yang bekerja aje nak rehat ya tak. Jadi dapatlah CT bermalas-malas dan bermanja-manja dengan insan-insan tersayang yang bercuti juga.. hehehe. Tapi ada jugalah curi-curi singgah blog teman-teman sempat tinggalkan komen kat blog sambil tengok resipi mana yang berkenan untuk dibuat 'modal idea' bila dah naik 'kerja' semula nanti. Selain tu dapatlah juga baca email dan balas msg di inbox FB juga. CT amat hargai teman-teman yang tak lokek berkongsi ilmu masakan ni. Berkongsi ilmu adalah satu amalan yang mulia, jadi janganlah setakat berkata tapi tak nampak hasilnya. Untuk resipi yang CT kongsikan bersama pagi ini iaitu Super Fudgy Brownies, CT ambil hasil dari perkongsian ilmu seorang wanita minah saleh yang tak asing lagi dalam dunia masakan. CT dah dua kali mencuba resipi dari beliau, cupcake dan kali ni brownies, kedua-duanya memang tak menghampakan.

Berbalik pada resipi hari ni, CT ambil dari Blog Martha Stewart dan CT translatekan resepi beliau kepada bahasa melayu. agak-agak kalau ada tersilap tu maaflah ya... hehehe. Agak lama juga CT tak buat brownies ni. Macam tiba-tiba je termengidam pulak nak makan, tu yang CT dok buat ni... hehehe. Memang sedap rasanya yang tidak kering, rasa garing diluar tapi lembut didalam... Emmm... CT sukakan rasanya. kalau makan sepotong mesti nak makan lagi sepotong. Seperti kata Martha "It's just like you eat the real chocolate. Chewy and gooey in your mouth". Kalau sesiapa yang pernah mencuba boleh berkongsi sama rasanya okey. Sekarang kalau kita buat brownies amat mudah dah boleh diubah-ubah menjadi bermacam-macam rasa dengan penambahan bahan-bahan seperti keju, strawberry, blueberry, kekacang, kopi, dan lain-lain didalamnya. Juga cara pembuatannya yang sekarang tidak hanya dibakar dalam oven, tetapi juga boleh dikukus, semuanya sangat mudah. betulkan?



Buat brownies ini juga amat mudah sebab tak perlu mengunakan mixer untuk memukulnya. Cukup dengan mengunakan whisk saja. Untuk adunan ni CT ada buat penambahan sedikit dengan meletakkan choc chip didalamnya untuk menarik minat anak-anak makan. Sebab anak-anak CT macam dah kurang gemar makan kek yang bercoklat sekarang ni. Harap-harap lepas merasa Super Fudgy Brownies ni anak-anak akan gemar balik makan kek yang berasaskan dari coklat. Kalau tak suka juga Mama dia kena habiskan sorang... hehehe. Tapi... Alhamdulillah, semuanya suka dan telah keluar kata-kata jujur dari anak-anak "sedap sangat-sangat kek ni Mama..." Ada yang nak join CT makan Brownies ni tak..? hehehe.

Okey... Jika ada yang tercari-cari resipi Brownies yang lembut dan sedap penuh dengan rasa coklat, boleh mencuba resipi ni. Resipi asal guna sukatan cawan tu ya. Selamat mencuba :) Daaa....


Super Fudgy Brownies
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT


Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)





Thursday, February 2, 2012

Kuih Kaswi




Assalamualaikum... salam mesra dan salam ceria buat teman-teman CT yang masih sudi meluangkan masa singgah ke Dapur CT. Sememangnya CT hargai setiap yang sudi singgah kesini. CT akan balas kunjungan teman-teman juga disetiap kesempatan yang terluang. Tak kiralah di waktu pagi, petang atau pun malam. Ada kalanya waktu subuh lepas solat tu dapatlah On9 sekejap sebelum memulakan tugas harian jadi CT ambik kesempatan membalas kunjungan. Walaupun tak dapat nak blogwalking sana sini berterusan, CT akan cuba bila ada kesempatan disetiap waktu senggang. Begitulah rutin harian CT yang sentiasa padat dengan urusan rumahtangga. Namun, asal saja ada kesempatan CT akan balas komen-komen yang diterima dan jika tak sempat CT akan buat kunjung balas jer. Adakalanya tenet kat rumah ni bermasaalah sket terutamanya waktu malam... asik disconnect memanjang, dan bila jadi macam tu mood nak bertenet pun merudum... hehehe.




Berbalik pada menu CT pagi ni, resipi dari Kak Wan@K1. Memang sedap lembut sangat. Kalau nak buat lagi CT akan doublekan sukatan tu. My laling CM dan anak-anak pun suka katanya sedap dan lembut jer. Sampai My laling CT ni mintak tambah lagi... hehehe. Terima kasih Kak Wan untuk resipi Kuih Kaswi ni. CT panjangkan resepi ni dalam senarai Dapur CT untuk rujukan semua. Kita terus pada resipi di bawah ya. Daaa.....

Kuih Kaswi

Resipi : Kak Wan - Citarasawan
Sumber : Che CT


Bahan-bahan (A) :
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan-bahan (B) :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan-bahan (C) :
Kelapa parut yang dikukus sebentar dan dicampur sedikit garam


Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang (9") yang telah di sapukan dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut. (jika buat dalam acuan lompang kukus selama 20 minit saja).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...